Sunday, October 31, 2010

06.11.2010 ●•٠·

tak sabar rasanya nk menunggu tarikh ni.....korang jgn fikir yg bukan2 lak...aku dah kawen la...ank pun dah ada..eniveseri pun bkn la...dah lps dah....besday aku?bukan2....agak2 korang knapa la aku tak sabar rasanya nk tunggu tarikh tersebut??...kikikikiki.....aku bg kelu kat korang....korang tngk gambar di bawah ye.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ha....btoi2....kita orang nk wat reunion......pandai la korang teka ye.....ekceli prezen ni semua org wajib kena bawa.. prezen ni pula presiden kita orang sajes herga dlm senggit sembilan ja...tapi aku tak bli la herga senggit sembilan punya...mahal 2 aku bli...pada sesiapa kwn2 ku yg mendapat prezen aku..dia akan ingat sampai bla2..sbb bila aja diaorang nk buka diaorang kena telipon aku..benda ni memang menarik lah...kita tngk siapa la yg akan dpt prezen aku ni..walaupun herga PERSAHABATAN bukan boleh di jual beli....*kata2 ini dari seorang kawan aku*.tapi.. erti dan nilai PERSAHABATAN lebih bermakna dari prezenkan..... sama2 lah kita menjaganya...... aku memang teruja sgt2 nk berjumpa dgn kwn2 ni....xsbr rasanya.....kwn yg dari jauh...dekat....semua insyaallah nk datang.....korang tunggu aku tau.....

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA ●•٠·

BACA DENGAN TELITI DAN HAYATI DALAM HATI

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

Sumber : Tok Wan

Saturday, October 30, 2010

kenapa omputih ni jahat sgt?●•٠·

tadi seorang adik publish gambar kaabah dgn keadaan yg........*aku jadi terkejut korang tngk la sendiri ye*...knapa la omputih ni jahat sangat....ni aku nk kongsi gambar ni dgn korang.....

aku jadi geram la....

Demam Piala Malaysia ●•٠·

siapakah yg bakal memenanginya?KELANTAN @ NEGERI SEMBILAN untuk keterangan lanjut mai kita tanya ahli nujum.....



 Sumber : giantpolar

Setobery celop Coklat ●•٠·

hai punya la payah....dari semlm baru arini boleh publish....mlm jumaat lalu aku gi mkn dgn family aku kat kola perlis..masa nk paking keta aku ternampak 1 b0oth yg menjual Setobery celop Coklat...eemmm...bunyi mcm sedaP kan...memang sedap pun...ini la makanan feberet Dato'ct yg penyanyi 2 la.....tapi kan...aku tak suka 1 ja...memang nama gerai dia Setobery celop Coklat yg tak bestnya....setobery tu dia campur dgn anggur....mungkin dia nk dapat untung cepat kot....ni aku nk tunjuk kat korang dari mula sampai siap Setobery celop coklat.....

setobery + anggur *tapi gambar anggur kecik ja kat atas 2*
ha hat ni dah ready untuk di celop...*korang nampakkan..dia campur dgn anggur*

hat ni mesin yg dok celop 2 la....
 satu cucuk RM1.50 beli 5cucuk free 1 cucuk...

tara....dah siap....skg bleh mkn le....

Thursday, October 28, 2010

Baru aku tau "APA ITU PEDOPHILIA"●•٠·

harini aku blogwalking ja...aku klik la...blog yg wajib aku baca tu kat blog ni.....aku tngk blog Mr.K tajuk dia memang menarik...korang nk tahu apa yang aku baca...ha..baca la kat bawah ni ye....

Kenapa dan Apa Itu Pedophilia.


So, how many of you yang tahu what the hell is pedophile?
Rasanya, ada yang tahu bahawa pedophilia bermaksud mental illness di mana orang dewasa yang tertarik terhadap kanak-kanak bawah umur. Ya. But that is not the scary part. The scary part is, they are interested to the kids, in sexual-manner-thingy-so-bad-bad-way.


Benda yang korang patut tahu pasal pedophilia:


Myth : People with pedophilia hanya tertarik kepada kanak-kanak.
Fact : Actually, that is so wrong. Lelaki/perempuan yang pedophilia tak bermaksud mereka hanya tertarik kepada kanak-kanak dari segi seksual. Mereka kebanyakkan ada keluarga. Mereka dah kahwin, dah ada anak, ada awek, ada skandal, ada booty-call. Ada sahabat handai. Kalau nak di ikutkan, 'penghidap' pedophilia tu tak bermaksud mereka hanya target kanak-kanak. Mereka juga tertarik dengan orang yang sebaya dengan mereka. Tapi, their mental illness, membuatkan mereka kadang-kadang tertarik kepada kanak-kanak bawah umur, and super abuse them dari segi seksual.

Myth : Orang yang menghidap pedophilia tertarik dari segi seksual terhadap kanak-kanak yang dia tak kenal/random.
Fact : They fact is, most of the case, pedophile ni akan terdorong untuk cari someone yang dia rapat dan kenal, serta fantasize about them. Dia akan belanja ais kerim, jajan, toys dan sebagainya dengan kanak-kanak tu. Dan, mostly juga, kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang amat rapat dengan si pemangsa. Family kanak-kanak tu mungkin kenal rapat dengan pemangsa. Jarang si pemangsa nak cari mangsa yang dia tak kenal. Lagi pun, dia tau yang budak tu percaya kat dia. So, kalau dia suruh budak tu tutup mulut dengan kasi chocolates, memang tak ada hal lah. 

Myth : Pengidap pedophilia adalah lelaki.
Fact : Hell no. Ada some cases, perempuan adalah pengidap pedophilia. Tapi, tak ada lah banyak. Cuma, still ada. Samaada tak banyak atau tak dilapor kan.

Myth : Depressed people might turn into pedophilia.
Fact : Actually, anyone could be pedophilia. Tak semestinya seseorang tu perlu depressed dulu. Kawan, jiran, guru dan saudara mara semua berpotensi menjadi pedophilia. Kawan sebelah korang pun mungkin pedophilia. Cikgu korang pun mungkin pedophilia. Lecturer korang pun mungkin pedophilia. Roomates korang pun mungkin pedophilia. Try check-check laptop/pc dieorang. Tengok-tengok kot-kot ada video-video kanak-kanak yang tak sepatutnya. Termasuk anime.

gambar hiasan je ye..

Sebab-sebab yang seseorang itu berkemungkinan dan berpotensi untuk menjadi pengidap pidophilia.
  • Di dera semasa kecil.
  • Hubungan dengan parents semasa zaman kanak-kanak
  • Some kajian menunjukkan yang pengidap pedophilia ni tertarik dengan kanak-kanak sebab psycologinya tidak berkembang. Masa umur 13 tahun, suka budak umur 12 tahun. But then, masa dia umur 18 tahun, still suka budak yang umur 12 tahun. Something like that.
  • Ingin kan so-called-kuasa. Contohnya kes rogol. Ada certain kes, perogol bersiri bukan tak handsome dan tak mampu cari perempuan untuk check in hotel. Tetapi dia suka merogol. Mostly, dia yang suka bila tengok perempuan sakit dan melawan tapi tak mampu buat apa-apa. Hardcore punya style.

 Thanks to Cik Girang for the info.

Actually, it is hard to detect pedophilia. Kadang-kadang, orang yang pedophilia ni mungkin berselindung dengan ayat "Saya suka kanak-kanak". Well, I dont know, really.

Tapi, kadang-kadang tu ada juga jenis 'cyber phedophilia'. Yang ni aku tengok kat astro beberapa tahun lepas. Ni adalah jenis cari mangsa yang dia tak kenal then dapatkan kepercayaan kanak-kanak perempuan/lelaki tu.

Caranya mudah je sebab gaya hidup zaman sekarang 'terlampau maju'. Ye lah. Budak-budak darjah 4 dah ada handphone. Dah reti main Facebook. Dah reti chatting kat skype, YM, Gtalk. Kalau kita tengok, zaman-zaman dulu zaman nenek moyang kita dulu mana ada banyak kes pedophilia. Why tak ada? Sebab dieorang mana main Facebook, Skype, Ym and Gtalk tu semua. Tu semua bullshit.

But nowadays, kalau nak cari mangsa perempuan yang muda-muda senang je. Buka facebook, then search guna email dengan keyword nama perempuan yang di hujungnya letak tahun. Contohnya 'Wani_94@yahoo.com' atau pun "Syaz_93@yahoo.com'. Kalau tak dapat, guna lah keyword dan tahun lain. Dan cara ni memang mudah lah. Cuma perlukan sikit usaha dan masa. Biasalah. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Tanpa usaha, siapalah kita.

Modus operandi 

ni pun gambar hiasan juga ye...

Modus operandi dia mudah je. Mostly lelaki lah. Sebab lelaki kretive bila buat benda-benda jahat ni. Biasanya dieorang akan cari target. Chat-chat. Tunjukkan kejantanan memalui perbualan. Topup handphone skali dua. Kasi ayat kaw-kaw biar si perempuan akan berasa cair (biasalah, budak-budak umur 14 tahun baru nak up. Mudah je cair). Dapatkan kepercayaan si perempuan. And puff. Your lil sister is gone. Sounds cute, but hell scary believe me.

Tapi kan, kalau nak di ikutkan, ada tau 'pedophilia' jenis 'tak underage'. kalau ikut law, pedophilia biasanya orang kata 'Tertarik dari segi seksual terhadap kanak-kanak yang umurnya bawah 14-16 tahun (atau sebelum baligh). Tapi kan, aku rasa belas-belas tu adalah angka je. Andai kata kalau lelaki tu umur 45 tahun. Then dia tertarik dengan awek berumur 14 tahun, then it will be super scarier kan? But since lelaki umur 45 tu kebanyakkan dah kaya. Rasanya perempuan lagi suka ye tak? Apa barang bagi gula-gula. Bagi duit lah baru boleh tutup mulut ye tak? Maklum lah. Banyak duit, masa depan pun terjamin. Realistik. Kan?

Kalau tak silap aku, dalam psykologi, pedo ni di kira mental illness. Tapi yea ke? Kalau pedo tu mental illness, kenapa gay bukan tergolong dalam mental illness? Ada budak yang ambil law dan belajar psokologi tahu pasal ni?

Oh, oh. Memandangkan korang yang baca blog aku ni ramai perempuan. Meh sini Abang K nak kasi sikit hadiah.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Dalam sebutan rumi : Allahumma In Kunta Ta'lamu Unni Aamantu Bika, Wa Birasulika Wa Ahsontu Firji Illa 'Ala Zawji Fala Tusallit 'Alayya Al-Kafir Wa Az-Zalim.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Di atas adalah doa yang aku ambil dari blog Ustaz Z. Khas untuk kaum perempuan. Bagus untuk mencegah dari di rogol dan yang seangkatan dengannya.

arini baru aku tahu "APA ITU PEDOPHILIA" terima kasih Mr.K
gambar di ambil dari pakcik Go0gle

Wednesday, October 27, 2010

Tentang EMAK ●•٠·

Sebelum itu aku pernah buat entri ini..dah baca ka?


skg aku nk kongsi lg dengan korang tentang email *yg aku dpt ni dah lama dah.. cuma masa tu aku blum ada blog lg...*klu korang pernah dapat Email yg mcmni...kira korang dah baca la kan....tapi...klu korang nk baca sekali lg pun bleh jg....*aku tak paksa*Email tu berbunyi seperti dibawah....baca dengan teliti ye....

Orang kata aku lahir dari perut mak...  
(bukan org kata...memang betul)
       

Bila dahaga, yang susukan aku....
mak                
             
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak   

                 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak  
                       
 
Bila bangun tidur, aku cari.... mak                              
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati.......
mak 

                             
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak        
                   
 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak                            
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
mak                          
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak                  
 

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak                            
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak                          
Aku selalu teringatkan .....
mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak                            
 

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                          
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak                      
 

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak                          
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak 

                   
Yang selalu berleter kat aku... mak                                
 

Yang selalu puji aku.... mak                                  
Yang selalu nasihat aku......
mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak    
 
           

Aku ada pasangan hidup sendiri.... 


Bila seronok, aku cari....pasanganku                            
Bila sedih, aku cari.....
mak
 
                               
Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak    
 
                     

Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku                          
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku  
                       

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak  
                   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
                 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
           

Selalu... aku ingat pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku

                             
Bila-bila.... aku akan talipon
pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon
mak
                         
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk
emak      
             

Renungkan:  
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".                
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........    
               
Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....  
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
       
 
Berapa ramai yang sanggup   menyuapkan ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
  mencuci muntah ibunya......  
berapa ramai yang sanggup
  mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup
  membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup
  membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....    
berapa ramai yang sanggup
 berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....  
dan akhir sekali  berapa ramai yang   sembahyang JENAZAH ibunya.......  
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
 
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.  
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Entri ini kepada sahabat- sahabat kamu.
P/s : aku sangat2 sayang mak aku...sbb tu aku nak kongsi Email yg aku dapat pada korang....

Tuesday, October 26, 2010

1st Lucky Draw by Atie Aizam ●•٠·

hehehehe....saja la nak cuba nasib..kot2 ada rezeki kan...aku tngk hadiah pun best juga...
syaraT2 dia pun mudah ja...


1. Anda mesti seorang blogger (aku br lagi dlm dunia "berblog" ni...oleh kerana makincek ni ckp mestilah seorg blogger..jadi aku join je lah..dia tak kata pun utk blogger baru ka lama..kan2..)

2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com  (dah folo pun...tak caya...ha..tngk kAT bawah ni...)



3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia (ha itu sudah semestinya...tak caya juga...ha tngk la kat blog aku... http://mysweetworld-didie.blogspot.com)

4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam (dah buat pun..tak caya juga...ha cuba tngk kat atas..ada kan..)

5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda dan linkkan ke blog ni (ya2...dah buat dah...cuba klik tngk banner kat atas tu..)

6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
(ya dah buat dah...klu tak caya chek kat sini )

7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje (dah...dah tinggal dah pun cuba makincek chek tngk ye..)

8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda (eemmm....aku nk tag kat sapa ye...ha....aku tag dia ni sweethoney  dan orkidscyl boleh kot no....)

Tarikh Tutup: 30 November 2010

TAHNIAH ●•٠·


Sofea Jane. Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia. Orangnya pun cukup cantik. Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan. Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka. Mungkin layak digelar primadona Malaysia.
Baru-baru ini suami Sofea Jane iaitu Meor Zain Azman telah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Maka dengan rasminya Sofea Jane bolehlah dipanggil Datin Sofea Jane.
Untuk pengetahuan, Datin Sofea Jane baru berumur 38 tahun. Sudah berkahwin selama 15 tahun dengan suami tercinta dan mendapat 3 puteri sebagai penyeri keluarga. Melihat gambar di atas membuatkan kami rasa cemburu sebab Datin Sofea Jane tetap nampak muda dan berseri. Apa rahsia beliau agaknya ye?
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sofea Jane atas gelaran Datin ini.

Monday, October 25, 2010

Tahniah buat Zakuan ♥ Ayu Raudhah●•٠·


Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.
Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.

 sumber : beautifulnara.com

Majlis Perkahwinan Sheikh Muszaphar ♥ Dr. Halina ●•٠·

kelas gitu....

ini videonya...

video : Saiful Nang
gambar : gua.com

Rahsia Menambat Hati "Perempuan" ●•٠·

Bukan susah pun...senang saja...cuba korang baca tips di bawah....
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada  orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu
    ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
  • Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 
  • Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 
  • Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!. 
  • Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu
    disisi mereka. 
  • Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 
  • Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
    lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka c
    emburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!  

info : hasil BW

Sunday, October 24, 2010

Ibu Seorang Penipu!!●•٠·

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.


Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"


"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.


Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.


Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.


"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."


Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."


Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.

Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.


"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"


Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan. Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,


"Ada apa Mak Piah telefon ni?"


Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?


Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah

Amin...

Gambar di ambil dari pakcik G00gle

Hati2 wahai blogger ●•٠·

Semalam boring sangat2 pastu aku klik fb adik ni...aku suka tngk fb dia sbb gambar dia suma cantik2...nama adik tu yuna ni bukan penyanyi yuna tu ye...aku tngk la kat wall dia ada tercatat mcm ni...
 This emoticon has been enhanced by Facicons this not my blog yeah . somebody use my pic for her blog . err =.= This emoticon has been enhanced by Facicons

miss-linanina.blogspot.com
Everybody Get's That Way... Everybody Makes Mistakes... Everybody Has Those Days...everybody Knows What I'm Talkin' 'bout... Everybody Get's That Way...sometimes I'm Here To Jam..i've Gotta Make A Plan..it Might Be Crazy..i Do It Anyway..no Way To Know For Sure..i'll Figure Out A Cure..i'm Patchin'


blog yuna yang sebenarnya klik > sini

korang tengok la...ini kes nanya ni...kesian dia...siapalah yang punya kerja ni....ni nk tuduh keja sapa pun xtau ni...korang ada pendapat tak mcmana nk tolong dia selesaikan masalah ini....jadi untuk korang semua dan aku juga kita kena hati-hati lah ye...

Saturday, October 23, 2010

Tips yg aku buat ●•٠·


STEP 1:
Bila pi ke blog orang jangan segan silu, add orang tu..jadi follower dia..kalau dalam realiti konsepnya macam kita pi rumah orang yang baru kenal, pastu kita nak buat dia sebagai saudara, kita ambik dia jadi keluarga angkat kita.

STEP 2:
Korang jangan setakat jadi follower ja.. korang tinggallah mesej kat shoutbox / cbox dia tu..bagitau kat dia kata korang follow dia pastu nanti ajak la dia pi umah korang pulak...dalam alam realitinya.. umpama macam kita lalu depan rumah jiran baru kita,pastu kita tegur dia..ajak la dia pi rumah kita pulak..

STEP 3:
Kadang-kadang ada sesetengah blogger tak da shout box ni..korang jangan lupa komen kat posting dia..kalau boleh komen sekurang-kurangnya 5 posting..ala macam orang mai umah kita pastu dia komen.."awat meja ang nie cantik sangat ang beli mana","iissshh kek ang nie tawar la kalau aku buat lagi sedap"..mesti kita akan teringat kat dia kan2..

STEP 4:
Ada juga blogger yang tak sudi nak follow blog tu..dia just klik linky widget..ala widget yang tinggal nama korang tu la..kat blog aku ada..kat bawah tu...cara ni pun boleh juga..
dia umpama kita pi rumah orang kita bagi alamat suruh kita pi rumah dia pulak..

P/S : korang ada buat ke?

Wednesday, October 20, 2010

Air Tangan Orang Tidak Solat ●•٠·


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Info : petua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat