Thursday, October 20, 2011

KAU ADA?●•٠·

Assalamualaikum...

Ada yang kata tak ada....ada yang kata tak tau....dan ada yg tanya siapakah beliau....untuk pertanyaan disebalik WW kemarin....


Siapa Dr. Azizan Osman?

Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.

Kepakaran beliau adalah di dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya. Beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Beliau juga merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan & kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah terbukti berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.

Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran, beliau telah membimbing lebih 100,000 individu hanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini serta telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.

Dr. Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah seperti Majalah Jutawan, akhbar seperti Metro Ahad, radio dan kemunculan di televisyen.

Beliau juga selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.

Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran Malaysia (Malaysian Institute of Marketing) serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sains (Metafizik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi.

Sekiranya organisasi anda memerlukan perkhidmatan beliau atau ingin mengundang beliau untuk bercakap mengenai pembangunan potensi sumber manusia, jualan, pemasaran, kepimpinan atau kualiti perkhidmatan pelanggan, beliau boleh dihubungi di Chairman's Office, Richworks melalui Puan Sharina di sharina@richworks.com.my atau hubungi 03-55191260 -Admin-


sekarang mungkin dah ada yg faham dgn sedikit penerangan dari Admin Alumni Dr.Azizan ni ye....

ok berbalik pada cerita aku plak....bg aku la kan..pada sapa2 yg baru nak mulakan perniagaan..dalam perancangan nak buka perniagaan...atau dah pun memulakan perniagaan...anda WAJIB (siap bold lg tu...)kena dgr talk yg diberikan oleh beliau....insyaallah perniagaan anda mesti akan menjadi huru-hara....huru-hara?ya...kenapa anda harus terkejut dgn perkataan huru-hara tu?hanya anda akan mendapat jawapannya setelah anda mendengar talk oleh beliau......rugi pada sapa2 yg tak dgr talk beliau...memang best giler...giler pun tak best mcm tu...<--(bak kata Dr.Azizan...)moga aku kaya & berjaya....dan tak lupa juga aku doakan kepada hampa semua...semoga anda kaya & berjaya....

Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

1

2

3

4

kau ada??

Monday, October 17, 2011

ANDA MESTI BACA●•٠·



UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."





SUMBER : Tok Wan

Wednesday, October 12, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Wednesday, October 5, 2011

SAYA DEMAM LAGI●•٠·


Hari ini saya demam lagi...kakak2, abang2, makcik2, pakcik2.... yg singgah diblog ibu saya tolong doakan saya semoga cepat2 semboh ya....

JAWAPANNYA●•٠·

Assalamualaikum....

eemmm....ada yg dah teliur ye.....bila tngk WW tadi....hehehehhe...ada yg jawab betoi...ada yg silap...tu org kedah panggil LAKSAM....Laksam yg aku makan tu masa majlis pertunangan 2pupu aku minggu lepas....aku sampai kemajlis tu pun dah lewat sebenarnya....sbb tu aku tak dpt bergambar masa bakal mak mertua dia sarung cincin...aku cuma dan snap ini gambo ja.....


ank dara pun sibuk bagai...sampai nak ajak ambik gambar pun punya la bizi bersms dgn tunang dia la kot....lagi satu aku terlupa nak ambik gambo hantaran la pulak...punya dok sedap memulun makan laksam tu la...hehehhehe....

adakah anda semua perasan...disudut gambo itu?itu adalah watermark dari Dari jepun tu....terima kasih daun keladi ye ayu...kalau rajin buatkan la lagi....

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Tuesday, October 4, 2011

VIDEO MAYAT BAYI DALAM LONGKANG●•٠·

Aku ni tak tau apa nak ckp pada mak sibudak ni....memang tak dak hati perut sungguh...bg aku yg susah utk mendapat ank ni...aku tiba2 sedey tngk mayat bayi ini....

masa aku baca kat SiNi aku dah memang sedey dah.... ni pulak bila tngk video ni lagi2 la aku sedey sgt2...pada simak budak ini hang memang KEJAMMMM.....

Monday, October 3, 2011

WATERMARK DAH ADA●•٠·

Assalamualaikum....

wah2 gumbiranya dlm hatiku kerana apa yg selama ini aku impikan semuanya dah menjadi....sekarang gamboku dah ada "watermark"nya.....terima kasih buat Adik ADAH yg tlg men"design"kannya....siapa adik adah ni?dia adalah ank saudara pada Akak YUS kita ni...kemarin dia dah "makeover"kan blog akak yus ni...pastu aku pun mencelah juga la minta adik adah ni tlg buatkan watermark utk aku....no..no..no..no..bukan tolong saja...pasti kena ada upahnya....

pastu minta dia tlg buatkan Scroll sekali....aku ni bukan pandai nak Edit HTML bagai...buta it la katakan...yg aku qeti nak up entry pandai la..*alaaa...up entry pun 3hari sekali tu yg kata pandai....* kahkahkah...

jom kita tngk watermark aku itu...pastu ada sedikit aku nak selit kat sini ada yg bertanya kat mana aku beli stiker pada entry iNi dan kat sini juga aku akan bgtau segala2 rahsianya...*eceh2...rahsia la sangatkan....*

taraaaa....santek dak "watermark"ku

ok sekarang aku nak buat kakelesyennya :-

1.cermin beli kat kedai RM2.x 20keping...
2.stiker beli kat TSB(Taman Sultan Badlishah) SUPERSTORE RM3.90 satu set...semua aku beli 9set...kalau kat tempat hampa tak dak TSB SUPERSTORE ni kat GIANT, TESCO & PASAR HARI(pasar tani) pun ada jual...
3.double sided yg ada span tu RM3.x5
4.gambar hiasan tepi cermin kat kedai RM2x2keping

jumlah semua jadilah sembilanpuluhempathengget sahaja....ala sory2 sekupang lupa kira....hehheehhe TOTAL :RM94.10 TUNAI.....

ok selamat mencuba bagi yg nak mencuba la kan....



Sunday, October 2, 2011

DAH SIAP DI"MAKE OVER"KAN●•٠·

Assalamualaikum....

cehhh tajuk ada sikit "over" disitu....bukan apa hari tu...aku ada la masuk blog Kasih Firdaus ni..aku terjumpa AKA dok gerodek baca entry dia sama..tiba2 aku TERbekenan nak meniru la plak kan...sbbnya aku punya minat yg sama dgn dia...nak beli cermin besar2 mcm kat rumah org tu...rasa mcm mahal la kan...sampai cecahan ratusan hengget....aku pun dgn rasa tak malunya terus nak meniru cara ke kretifan dia....

jom kita tngk apa yg aku tiru ke kretifan dia...TAPI dgn cara aku sendiri la kan...aku tiru cara dia jimatkan kos...biasa la aku ni bukan la kayo rayo sangat...mana yg boleh jimat tu nak jimat ja....la aku dok melalut apa ni...jom2 kita tngk apakah yg di "make over" kan itu.....

taraaaa.....inilah cermin ajaib yang aku maksudkan itu.....

cermin ni memang aku dok letak kat bilik ayaq ja pun..entah kenapa sikit tak terpikir utk mengkretipkan ia....nasib juga aku dok gerodek2 blog kamu ya aida....boleh juga aku merealisasikannya...

ini cermin yang aku letak kat bilik ayaq...stiker bunga tu lebihan dari aku "make over" cermin yang kat atas tu...

dan ada lagi aku meng "over"kan kabinet tv aku ini....

 see..see...cermin dia semua aku lekatkan kertas pembalut hadiah sebenarnya....tak la nampak terus menerus apa ada kat isi dalam tu kan....sebenarnya kat dalam tu ada apa benda tah aku sumbat ja dlm tu....bila dah buh kertas tu....dan2 nampak kemas kan....hehehehhehe.....

kos aku "make over"kan cermin ajaib itu termasuk stiker2, double sided tape,gambar2 yg ada kat sebelah cermin itu semua hanya....sembilanpuluhempathengget sahaja.....murah kan....jadi pada sapa2 yg ada keinginan mcm aku untuk memiliki cermin besar....silalah tiru mcm aku......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat