Assalamualaikum...
kat mana aku nak cari ANNISSA ni? *kat TV3 la...* yg tu pun.. mau tanya ka?hehehehe...saja ja buat lawak tengahari2 ni...hampa ada dak tngk drama bersiri ni?bagi aku la kan...best la juga tngk drama bersiri ni...selain dari Nora Elena tu... ini la antara pelakon2 nya...klu hampa tak pernah tngk drama bersiri ni aku ada masukkan sikit sinopsis yg aku Go0gLE tadi...
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?
Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
kalau nak tau lagi cerita selanjutnya silalah hampa semua kena tngk Drama bersiri ini setiap Selasa-khamis jam 10.30mlm...ewah2 siap buat promo lg....
ha mcmana best kan?ni kat bawah ni aku ada sertakan sekali lagu tema ANNISSA....lagu tema pun best jg..jom layannnn...



