Monday, January 31, 2011

AKU MENANG WEI●•٠·

Alhamdulillah...biar BENAR AKU MENANG...akhirnya aku berjaya jg...merampas set wangiAN yg ditaja oleh kakcik A.K.A ella hehehehehe...aku bohong ja...bg la.. aku buat lawak sama...yg sebenarnya aku adalah pemenang saguhati...


klik pict tersebut bg tumpembesarannya...

walaupun saguhati aku tetap berbangga wei....bukan senang aku nk perah otak memikirkan apa isi yg aku nk masukkan...pada yg belum baca.. hampa BOleh klik sini >>>1st misz ellablogspot contest
terima kasih byk2 juga ku tujukan pada kakcik A.K.A ella  i lap u lah mak bebeh....dan tak lupa juga pada yg menyokong aku...terima kasih pada hampa semua....ceh buat ucapan mcm   menang set wangian u..kikikikikiki...perasan la hg ni Ladyzul ooiii....

JANGAN LA MERAJUK●•٠·

Assalamualaikum semua....
hari ni aku nk story mori Farah yg merajuk sesungguh hati...tadi pagi aku memang tak bw dia naik keta...sbbnya mak2 menakan dia ada dirumah aku.. jadi aku memang tak bw dia naik kereta la...oleh kerana merajuk la sgt terpaksa juga boh dia dlm baby sit...aku pun dan la jg snap gambo2 org merajuk...

ulut warna-warni pun dah tak mo pegang...

tu kira dah tak mo turun...
mcm la org tak leh bik dia kan...
dia rasa mcm tahap selamat dah la tu...
last2 acik ambik jg...ibu n abah nak p keja...sayang ooii...dah lewat dah ni...

hai klu mcm ni pening la ibu...klu bleh nk ikut naik keta jg la...
dia selalu naik kete skali la sbb nk antaq dia p umah maktok..ni dah ada mak menakan dia kat umah aku jadi aku memang tak bw dah la...eemmm...masa aku naik keta dok dgr dia nangis2 kat atas rumah...sian la plak..arini bleh la maktok berehat...sbbnya farah duduk dgn mak2 menakan dia....ptg ni blik keja kena bawa jg la p jln2...adusss...fening ibu...

Sunday, January 30, 2011

Memang Panas lg ni●•٠·

taraaaa....
perghh...memang sedap...goreng pisang pas tu cicah dgn cabai kicap lg...
aku bukan apa nk balas dendam pada yg dok tayang2 menu ptg kat aku....
nah ambik balik....hehehehehehehe...jgn mare ye...
anak pakcik usop kakD dah dpt mkn apa yg ko tayang aritu...
mai la join sekaki...

NASI AYAM MAS BERPERISA BLACK PEPER●•٠·

adus...tiba2 pula aku terlapar nasi ni....
sodapkan....
sapa yg nk tlg cari ni...

Bertambah lg AWARDKU●•٠·

Terharu jg ni dapat AWARD lg...dah lama aku tak dapat AWARD aku pun dah tak ingat ni AWARD yg keberapa...hampa nk tngk dak AWARD yg aku dapat ni....

kiut kan...
TERIMA KASIH BYK2 LA PADA YG MEMBERI....
KLU HAMPA NK BERKENALAN DGN SI PEMBERI AWARD NI...
HAMPA LEH klik sini >>> Mamat yg Hensem
hampa tngk bopa kali mamat suh aku p ambik AWARD ni...


kesian kat mamat...kakD tak sempat buka blog dear..
harini br buka blik...
kemarin pun kakD tak dak entri...

Saturday, January 29, 2011

sambutan setahun taufiqhelios.blogspot.com●•٠·


Assalamualaikum semua...hampa semua sihat ka?aku sihat2 aja...
hampa mesti tau sbb apa aku letak banner kat atas tu...mesti hmpa dah leh agak dah...
biasa la kan...aku mesti la..dipaksa join kontes ni....
ekceli aku pernah dipaksa diajak oleh tuan punya kontes ni utk meng"join"kan diri...
tapi aku keteqaq lg....tak mau buat lg
yg sebanarnya aku terlupa....tut..tut...
kemarin dulu aku baca komen kat Entri iNi skali dah kena tag da....
nk tau sapa yg meng tag kakD ni..ini lah orgnya...

hensemkan....dia ni ANAK PAKCIK USOP yg kampung dia kat bt pahat tu la...
tak kan hampa tak kenal kot...dia ni rasa2nya masih solo lg ni...
cepat2 sapa2 nk buat menantu cukup baguih ni....
kakD nk buat menantu kakD pun Farah kecik lg..
larat ka dia nk bela ni...hehehehehe..ko jgn mare ye osman....

tanpa membuang masa aku pun trus kan niat murni itu hari ini....

nak tau syarat dia klik SiNi
1. dah pun aku tunaikan..
2. dah lama dah kakD folo kamu...
3. dah siap buat dah tngk kat atas tu..
4. ok kakD mula cerita dari sekakang.....

kakD stat cerita yg TAK best dulu lah ye....

Pada suatu hari....*ceh ayat mcm nk buat cerita budak2 la plak....* cerita yg TAK best ni berlaku kira2 2,3, minggu yg lepas la...ada kwn kakD ni..dia suka guna kesempatan yg kakD ada....maksud kesempatan disini...dia dah tngk folower kakD dah byk...komen pun masuk berpusu2...(ceh perasan femes la plak..) bg kakD folower ramai komen byk sbb kakD memang rajin folo n komen blog kwn2...jadi diatas usaha kakD ni...dapat la ganjarannya blik....btoi dak kwn2?dia pula pemalas..nk buat mcm kakD...sepatutnya..dia nk jual produk..dia kena la rajin..btoi dak?ini TIDAK..nk jg guna kesempatan yg ada utk meminta tlg pada kakD...kesimpulannya...terjadilah mengambil kesempatan ni....dulu dia pernah dah suruh kakD mempromosikan brg2 dia...takpa la...kakD pun ingat kwn...pas tu kakD tolong la jg...tlg bukan kerana paksa tau...kakD tlg dgn ikhlas hati....tut..tut...2,3, hari yg lepas plak...dia suruh lg kakD mempromosikan brg2 dia...ini sudah lebih...kdg2 kita pun ada keja yg nk dilakukan...jadi skg hampa dah faham ka?klu tak faham nk cerita lg ni....cukup2 la kot..nanti 3 hari 3 mlm pun tak abis lg ni....kakD nk cerita PERKARA yg best plak  ni....

CERITA YG BEST PERNAH BERLAKU PADA kakD masa berblog ni...kakD dpt BERKENAL-KENAL dgn semua golongan dari pelajar2 yg terpelajarnya...bakal2 cikgu sampai yg dah bergelar cikgu...bos2 sampai la ke pekerja biasa mcm kakD ni...memang seronok dlm dunia blog ni...pas tu bila kakD BW kakD leh tngk mcm2 pemandangan di blog masing2...

ok skg giliran kakD plak nk tag ni....jadi pada sapa2 yg dah terbaca entri ni...
kaMO dah kena tag....
ha...ha...ha...jgn mengelak..kamo dah kena....
tuan punya kontes pun tak paksa...sapa raSA nk join...
hampa leh klik sini >>>> taufiqhelios.blogspot.com

Friday, January 28, 2011

INI LAH VIDEONYA●•٠·

Assalamualaikum semua...
masih ingat dgn entri iNi


jadi inilah video yg dijanjikan...

Thursday, January 27, 2011

BUKAN KENA BAYAR PUN●•٠·

Assalamualaikum semua.....
Tanggal 26hb January kemarin adalah Hari Lahir MAK aku yg Ke-54 Tahun Hapy Besday MAK cek doakan semoga MAK dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur hendakNya...
ok aku nk cerita semlm semasa dlm perjalanan bw mak aku nk p mkn2 besar incek su0mi aku adalah berselisih dgn sejibik kereta ni...nak kata hebat tu dak la...keta aku hebat lg...bila beselisih..incek su0mi aku ada la berenti tepi konon nk bg keta dia lalu dulu la..bila aja dia lalu...sikit pun dia tak pandang & angkat tangan kat incek su0mi aku ni...hoi..nk angkat tangan.. bukan kena byr pun...

{gambar disambar dr go0Gle}
apa kena mengena dgn gambar ni...
sj ja nk tunjuk cara2 nk angkat tangan bg sapa2 yg tak tau nk angkat tu...


sekurang2nya hargai la sikit org yg menunggu ni...ceh mcm la keta dia  baguih sgt...klu tau nk jadi mcm tu biaq incek su0mi aku tak tunggu pun tak pa...biaq sama2 jalan2 nk tngk keta sapa yg nk tegelincir..keta aku dok belah yg selamat...keta dia dok blah sungai...ha..ha...keta aku keta kebal tau...sbb tu.. la aku kt keta aku hebat lg...kikikikiki...




{gambar disambar dr go0Gle}
ini bukan keta aku la....
ini kereta idaman aku....

Wednesday, January 26, 2011

Terima Kasih pada SEMUA●•٠·

Mula2 aku nak minta maaf pada yg terasa...aku sayang hampa semua, tanpa hampa semua...blog aku tak kan hidup sampai ke hari ini....dan TERIMA KASIH BYK2 YG SUDI SINGGAH KOMEN & FOLO BLOG AKU....hampa jgn kecik hati no....sbb aku tak menshen nama hampa yg komen kat blog aku...klu aku menshen tobat kawan nu berasa...@ kwn ni berasa...sbb memang ramai yg komen kat blog aku...bila aku boh nama takut ada yg tertinggal...jadi skg aku nk bgtau kat hampa...sapa2 yg komen kat blog aku... aku memang suka+Terharu jg...tapi jgn terasa la sbb aku tak buat N3 pasal hampa....ni skg aku dah buat dah....jgn kecik hari na...aku tau..di ulang skali lg... tanpa hampa semua...blog aku tak kan hidup sampai ke hari ini....lepas ni jgn tak komen plak kat blog aku ni na....aku sayang hampa semua...aku cuma SIKIT TERUJA bila org yg femes em0s mai blog aku....hampa jgn marah na....


*IKLAN SEBENTAR*

Terima Kasih incek Ben Ashaari kerana meng "review" blog aku
nama Farah Dieana tu nama FB aku ye....

BIAR BETOL?●•٠·

sebenarnya aku pun mcm tak percaya....hampa percaya dak?hampa tngk ni....
org femes em0s yg mai belog aku ni weiii...

dia komen kat entri aku yg ni la weii >>> tengok2 sapa tu
untuk kwn2 yg lain pun aku ucapkan ribuan terima kasih sbb tanpa hampa semua belog aku pun mcm hidup mati tak mau...

Berkorban apa saja demi anak tercinta●•٠·

Assalamualaikum semua...harini aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita yg aku baca ini....

COMEL...Aimy tidak kelihatan seperti kanak-kanak bermasalah walaupun berpenyakit.

KEHADIRANNYA pasti jadi tumpuan mata sesiapa saja yang memandang. Walau di mana saja berada tanpa mengira bangsa, malah dia pernah diekori sepasang suami isteri berbangsa Cina hanya kerana mereka ingin mengetahui mengapa anaknya berkeadaan begitu.
Bagi mereka yang baru pertama kali melihat mungkin agak pelik kerana pada usia yang baru menjangkau dua tahun, anak comel itu, Aimy Sufia Zairol Azlan sudah memakai kaca mata.

Lebih mengejutkan apabila tahap kerabunan Aimy meningkat sehingga 700 pada mata sebelah kiri manakala kanan sehingga 500 yang tentunya sangat tinggi untuk Aimy yang masih bergelar bayi.
Malah tanda-tanda itu menunjukkan dia bakal menghidap penyakit glaucoma.
Melihat keadaan Aimy ketika berkunjung ke rumahnya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, dia masih belum berjalan, berlari dan menuturkan perkataan berbanding kanak-kanak seusianya dengannya.
Dia hanya boleh mengesot dan merangkak apabila ingin mencapai sesuatu dan menangis apabila keinginannya tidak dipenuhi. Sejak berusia lapan bulan, Aimy sudah memakai cermin mata dan doktor menasihatkan Aimy supaya terus memakainya pada waktu siang bagi mengelak rabunnya bertambah hingga dia terus tidak dapat melihat.


Bayangkan pada usia yang masih terlalu muda, tentulah Aimy tidak selesa apabila dipakaikan cermin mata. Malah dia pasti menanggalkannya apabila sudah lama dipakai.
Menurut ibu Aimy Sufia, Kartica Shahreema Mohd Sab, 37, ketika dilahirkan pada 20 April 2009, Aimy sihat seperti dua kakaknya iaitu Alesha Sufia, 7, dan Adani Sufia, 5.
Namun ketika diperhatikan pada tubuh Aimy sejurus selepas dilahirkan, Kartica menyedari anak mata kiri Aimy lebih besar daripada mata kanan.

"Pada mulanya saya anggap ini perkara normal, namun selepas dia demam dan mencatat suhu yang sangat tinggi saya terus ke hospital. Saya terkejut apabila doktor memberitahu secara tiba-tiba Aimy menghidap asma," katanya.

Semakin hari asma Aimy semakin teruk dan memerlukan alat pernafasan sekiranya diserang penyakit itu. Sangka Kartica, Aimy hanya menghidap asma namun apabila doktor mula perasan ada tanda-tanda yang tidak kena pada mata Aimy, lantas mereka mendapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.
Selama tiga bulan keadaan ini berterusan sehinggakan Kartica membawa anaknya ke hospital untuk rawatan lanjut. Setelah rawatan dijalankan oleh pakar menunjukkan Aimy menghidap penyakit Primary Congenital Glaucoma.
Menurut Kartica, kesan daripada penyakit itu kedua-dua mata Aimy berair dan akan mengeluarkan air mata yang banyak apabila menangis.
Keadaan ini membuatkan matanya menjadi terlalu kering dan dikhuatiri akan dijangkiti virus berbahaya sekiranya dibiarkan.


Sebab itu, Aimy diwajibkan bercermin mata. Ini kerana mata kirinya terlalu tinggi tahap kekaburannya, sekali gus cermin mata ini dapat menggalakkan Aimy menggunakan kedua-dua belah matanya juga bertujuan mengaktifkan matanya agar tidak menjadi terlalu lemah.
Sekiranya cermin mata tidak dipakai, lama-kelamaan akan menyebabkan mata menjadi juling dan buta.
"Sekurang-kurangnya cermin mata ini dapat membantu Aimy mengembangkan pancainderanya agar boleh membantu pancaindera yang lain supaya berfungsi seperti biasa," jelasnya.
Selain masalah mata, Aimy juga adalah kanak-kanak Dysmorphic iaitu mempunyai ciri-ciri kelainan dan ketidaksempurnaan kejadian serta struktur fizikal secara semula jadi.
Menurut doktor yang merawatnya, Aimy bukan saja tidak normal pada matanya tetapi telinga, kepala, lelangit, tekak, ibu jari kaki dan tangan yang lebih, jari jemari yang kemek, tapak tangan yang lembut, tulang pinggul serta kaki.
Malah lututnya juga didapati berlainan dan perbezaan ini berkemungkinan akan menyebabkan cara berjalan Aimy tidak normal seperti kanak-kanak lain.
"Namun keadaan ini akan berubah sekiranya lebih banyak latihan atau rawatan fisioterapi dijalankan ke atas Aimy," katanya.

Aimy juga mengalami sembelit yang agak teruk. Setiap kali mahu membuang air besar, dia terpaksa dimasukkan ubat menerusi dubur untuk melembutkan najis dan sekiranya tidak, dia pasti menangis kesakitan. Kemungkinan sembelit ini ada kaitannya dengan penyakit yang lain, namun doktor juga tidak dapat memastikannya.
Aimy juga tergolong dalam kanak-kanak yang menghadapi masalah Global Developmental Delay iaitu perkembangan yang tergendala atau lambat serta tidak mengikut umur yang sepatutnya.
Contohnya pada usia setahun tujuh bulan, Aimy sepatutnya sudah boleh berjalan dan berlari tetapi dia baru pandai duduk ketika berusia setahun empat bulan, itu pun masih tidak stabil.
Pertuturan Aimy seperti bayi berusia enam bulan, kemahiran motor seperti bayi 10 bulan manakala mentalnya berfungsi seperti bayi berusia 12 bulan.


"Saya bersyukur kerana cepat mengenali perubahan pada Aimy. Menurut kata doktor, ada sesetengah ibu bapa yang hanya mengetahui kelainan pada anak mereka ketika anak berusia lebih tiga tahun dan ini sudah agak terlambat," katanya yang tidak pernah berputus asa mendapatkan rawatan untuk Aimy.

Boleh dikatakan setiap bulan Aimy terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pelbagai rawatan. Begitu juga dengan rawatan tradisional dari setiap pelosok negara sudah dijelajahinya, namun tidak menampakkan sebarang tanda positif.
"Saya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan buat Aimy. Walaupun sukar untuk saya menerima kenyataan yang dia tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), namun untuk apa saya terus menafikannya? "Memanglah sebagai ibu saya mahu menganggap Aimy seperti anak normal yang lain dan terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.

"Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Hakikatnya perkembangan Aimy tetap tidak sama seperti kanak-kanak lain.
"Cuma apa yang boleh diubah adalah usaha untuk masa hadapannya. Ujian dan pemeriksaan itu hanyalah sekadar membantu untuk memperjelaskan jenis sokongan yang paling tepat harus diberikan kepada Aimy," katanya.

Justeru, Kartica dan suami mendaftarkan anak mereka sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah dia tahu pengiktirafan ini memberikan banyak keistimewaan kepada Aimy terutama dapat meringankan beban ibu bapa bagi mendapatkan rawatan untuknya.
Sekurang-kurangnya wang yang diperuntukkan untuk bil hospital juga boleh digunakan untuk pembelajaran Aimy.
Pada usia yang masih terlalu muda, sebagai ibu Kartica bimbang mengenai perkembangan anaknya lantas dia mencari sekolah untuk membantu meningkatkan perkembangan motor dan mental Aimy supaya walaupun tidak setaraf, sekurang-kurangnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan orang lain.

Malangnya sekolah yang menjalankan pembelajaran ini hanya menerima kanak-kanak pada usia lima tahun ke atas. Jadi Kartica menghantar Aimy ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani sesi fisioterapi dan pertuturan.
"Kami harus berusaha keras bagi memastikan dia mampu menguruskan diri sendiri apabila dewasa lain. Sebagai ibu, memang ini adalah tanggungjawab saya namun bagaimana pula setelah dia dewasa nanti? Siapa yang akan menguruskan dirinya melainkan diri sendiri," kata Kartica yang sangat berharap agar sesi rawatan fisioterapi dan pertuturan itu dapat membantu diri Aimy.
Dalam pada itu, Kartica mengakui sebagai wanita bekerjaya adalah sukar untuknya membahagikan masa dengan baik. Justeru, dia bersyukur dikurniakan suami, Zairol Azlan Abdul Jalil yang banyak membantu menguruskan rumah tangga dan hal anak-anak.
"Jika ditanya memanglah masa saya lebih banyak diberikan kepada Aimy. Walaupun kasihan dengan dua kakaknya tetapi saya tiada cara lain. Namun dari segi kasih sayang, ketiga-tiga mereka dalam kedudukan yang sama. Tiada yang lebih dan kurang," katanya.


P/S : diharap ibu bapa Aimy dapat menempuhi semua dugaan ni ye...byk2 bersabar....
Sumber & Gambar : hmetro

Tuesday, January 25, 2011

TENGOK2 SAPA TU●•٠·

Wah2 tahniah la incek Ben Ashaari dah masuk majalah....syioknya...nanti ramai2 kita gi beli majalah RAPI keluaran FEBRUARY 2011 biar kat mana2 pun org cari dah tak dak...coz geng2 blogger dah beli...hehehhehehe....tngk kat bawah ni...kot2 sapa2 p cari tak jumpa plak kat dlm tu ada gambo incek Ben ye adik2, kakak2, pokcik2, mokcik2 ...
....
....
....
....
....
....
...............
............
.........
.......
.....
....
...
..
.
gambo ni aku sambar kat blog incek Ben...
incek Ben ko jgn mare ye...kita besok br nk gi beli...
TAHNIAH SEKALI LG BUAT INCEK BEN...

Aku semakin tak faham●•٠·

adus...naik pening pala aku ni...
mana dok fikir sal keja..mana dok fikir sal ank,incek su0mi, family...mcm2 kita nk fikir...
bab nk up entry ni pun kadang2 dan kadang2 tak dan...
yg aku semakin tak faham ni kenapa la ada sesetengah manusia ni...
dah ada kemajuan dpn mata masih lg dok terkejar2 suh kita promot...yg tu yg ni....
aku ni bukan tak mo tolong...tapi kan AKU pun ada jg kewajipan lain yg aku nk buat...
asyik2 minta tlg promot brg dia tak abis2..
memang la klu kita tlg kita dpt pahala...
tapi tak semua benda kita kena tlg kan...
ok.. aku bgtau zaman skg.. FB ada..TWITTER ada..LAMAN WEB ada..dan skg BLOG pun ada...
jadi ruang dah ada gunakan lah sebaik mungkin...
insyaallah klu dah tu rezeki kita...insyaallah kita akan dpt punya...jgn riso...
tiap2 yg kita usaha ni..insyaallah Allah akan menolong....
jgn buat aku jd mcm gambo dibwh sudah la....

nasib aku masih bleh bersabar...
gambar disambar dari p0kcik G0ogle

DAH boleh jalan dah●•٠·


hehehehehhe...syioknya aku..kemarin masa sampai di rumah mak...aku tngk ank aku mai kat aku dgn bertakteh pelan2...dah byk langkah dah....tak lama lg siap la....
nantikan video farah Najwa boleh berjalan ye...
harap2  pokcik2, mokcik2, maktok2, kakak2, abang2  bersabar ye..

Selamat hari tua buat AppleSweet●•٠·

Assalamualaikum semua...hrp2 hampa semua berada dlm keadaan sihat2 blaka....
hari ini adalah hari tua bg AppleSweet kepada Apple Sweet kakD ucapkan selamat hari lahir yg ke...(tempat kosong sila isi sendiri ye..) kakD doakan semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki hendaknya....& semoga cepat2 cari jodoh....

satgi jgn lupa mkn kek ni ye....


ni kakD jemput Alvin & The geng utk menyanyikan lagu buat kamu....
selamat terhibur.....

Monday, January 24, 2011

Sambungan Jom Ronda-ronda●•٠·

Assalamualaikum semua.....
lepas pada kami masuk muzium padi tu kami ingat nk p Pusat Sains plak...tngk2 jam dah dekat koi 5 jadi lain hari lak la kami p...nanti bla aku dah p Pusat Sains tu...aku cerita no....hrp hampa dpt bersabar...ok bila ada dok kat luar tu aku dan la jg snap pict yg agak menarik bg aku...jom kita layan....






ini la kuncu2 aku...hehehehhehe...
tak la ni incek Su0mi & my PrinceSs..





ini pandangan luar muzium padi yg aku cerita kemarin....
pada sapa yg blum baca klik SiNi



ini kawasan perkampungan Tradisional... tapi yang aku hairan...entah kenapa la lepa kunci pagarnya..jd skg ni jenerasi mcm kami nk tngk mcmana keadaan dalaman rumah tersebut.....dah tu buat utk apa?klu semua org tak leh masuk?









ini contoh rumah Perkampungan Tradisional tersebut...sayang kan.. tak leh nak snap dekat2..& dalam rumah tu....GERAM i..








 tang ni...kawasan gua..yg lepa dok cari batu kristal...batu krital apa?hampa klik SiNu dah tngk?cantek kan....mahal tau batu ni...lagi cantek@unik lagi mahal tu....

Sunday, January 23, 2011

Jom Ronda-ronda●•٠·


Assalamualaiku semua....
hari jumaat yg lalu aku, ankku & incek su0mi ada la p ronda-ronda kat kg ja...hehehehehe..mesti hampa ingat aku p jalan mana-mana kan?nak buat mcmana dah tengah bulan..sat gi lari bajet pulak....aku p ronda kat muzium padi...nasib masuk pun FOC..*yang bleh FOC pun sbb yg jaga kat situ ada member incek su0mi* hampa pernah p dak?klu tak pernah p jom layan gambar yg aku ambik....








ini benih padi gergasi....














kereta lembu...
digunakan waktu membajak tanah....
& mengangkut beras juga...











yg ni kincir air putaran tangan....
klik gambar utk tngk apa kegunaannya..






Pemukul Padi
masa dulu org guna benda ni la utk pukul padi bg memperasing biji padi dari batangnya....


Penimba Semai
penimba ini digunakan utk menimba air kedalam
petak semaian..







ini peralatan utk sukat beras...
& utk menjahit guni...










guni ini lah yg dimaksudkan...
ini sapa tak kenal kan...
yg membawa guni ni...gerek tua...









inilah  tempat utk nk simpan padi....













ini  lesung hindik padi...











ini pulak lesung kisar....











Pengangin Padi ni keja dia utk perasing padi dari hampas....













aku ambik gambar ni secara rambang..












ini peralatan utk menangkap ikan di bendang...










ini plak tangkul udang padang....
gambar udang aku tak dapat nk tunjuk...sbb klu nk tangkul udang padang ni ada musim dia....nanti klu ada rezeki aku tunjuk pada hampa n0...











ini lah pakaian utk ke bandang...
abaikan muka model ni tak berbayar ni ye....














ini pict yg paling aku suka....bentuk muka patung tu padan dgn muka farah...hehehehehehe...
sesuai sangat  utk pergi kebendang sekarang ni ye...













ini pelita minyak tanah aku suka sgt...
skg payah nk jumpa dah tau..
klu ada pun mungkin dah mahal kat pasaran...













ini plak lukisan 3D..kat bawah nanti hampa tngk la video yg aku rakam ye...bumbung rumah yg aku bulatkan tu la rumah aku...








cantik kan?


ada lg ni yg aku nk ceritakan....nantikan kemunculan seterusnya.....

Saturday, January 22, 2011

Majlis AYU RAUDAH♥ZAQUAN di TMN PKNK●•٠·

Assalamualaikum semua...hari ni sihat2 blaka ka hampa semua....
sory no buat teman2*ceh ayat...nk pujuk la tu* tertunggu2...aku bukan apa...semlm sampai umah pun dah koi 11.30mlm..maklum la...p majlis artis....kita bukannya VIP.. kita dok meja chokia2..ja...walaupun adik ipar aku ni satu kelas dgn Ayu Raudah..tapi kami semua tak bajet artis...jadi meja pun dok blakang2 la ye...aku pun bukan nk p mkn sgt..aku sebenarnya nk p jadi wartawan konon2...tapi kamera lepa(wartawan) lg dasyat...jd aku dok blakang juga la...kira gambar yg aku snap ni semua hasil sipi2 ja..huhuhuhuhuuhu..nk buat mcmana kan..orang yg mai ni tok sah kira la...punya la ramai org..gila babas btoi...*ya la klu tak ramai.. bukan majlis artis namanya Cik Puan Seri LadyzuL⎝⏠⏝⏠⎠™ oiii..ceh bajet VIP la plak...* lepa semua mcm aku jugalah..pulun nk bik gambar...TAPI yg paling aku geram+benci yg teramat-amat dah la wartawan boleh bik gambar yg cun melecun..pastu bila pengacara majlis bgtau kata sat lagi ada sessi org biasa(bukan vip)bajet artis leh bik gambar PENGANTIN yg si wartawan ni pun kalut jg nk bik gambar...tu yg aku pun dpt ambik sipi2 ja tu...ni semua wartawan punya pasal la ni...ok jom layan pict yg aku snap sipi2 tu.........
....
....
....
....
....
....
...........
.........
.......
.....
....
...
..
.
ini persalinan yg pertama...

hampa tngk la bersusun nk bik gambar lepa...

hampa jgn gelak tau...maklum la..gambar sipi...

PENGANTIN di atas berjalan mai nk menuju kat meja ni la...

tngk mkn pun tak abis..

kalut nk bergambar kat sini lak...
pengantinnya mana?hehehehehe....
sory na..pengantin tengah menyalin kulit pakaian yg kedua plak...

*lepas ni sessi pemotongan kepala kek*


sory na...aku hanya bleh ambik gambar kek ja...
gambar PENGANTIN potong kepala kek  hanya wartawan ja.. yg leh ambik...

ini persalinan yg kedua...

tngk la mata lepa berdua pun dah bertukar warna...*tak lama lg jd la.. inkredilberhak*
oleh kerana terlalu banyak lenser kamera utk mengabil gambar lepa berdua...
termasuk la aku...

nasib la ye...hampa jgn marah kat aku na..
sbb gambar yg aku bik ni semua sipi2..

jeng...je..jenggg...apa kah isu yg dibincangkan tu?hehehehehehhehe...



sapa yg tngk video ni kena teleng kepala...
hehehehe..sbb silap setting...ada sapa2 leh tlg ajar mcmana nak rotate dak?

ok lah...setakat ini saja yg dpt aku kongikan...gambar semuanya sipi2...sory nooo...ni yg aku publish agak elok sikit la..klu ikut memang banyak gambar yg aku ambik...tapi hampehhh....
sebelum aku menutup tirai sempat jg aku bik gambar lepa2 yg boleh dikatakan glamer la jg...










sapa kenal dgn dia ni...sila angkat keybod....



















dia ni plak sapa yg kenai?




















dan yg terakhir skali...siapakah lelaki disebelah perempuan yg cun melecun itu...
ni gosip terbaru....kikikikikiki tak da la lawak ja ni...












P/S : klu nk tngk lg byk hampa tngk la kat FB aku ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat