Tuesday, January 31, 2012

LAJU BUAI KU LAJU●•٠·

Aku nak kawen dgn anak raja....aaaa....boleh ka menyanyi mcm tu...saja2 la tu.. nak menyanyi nak hiburkan hati...ni anak dara aku sorang ni..dok kalut suruh aku bawa dia p main buai...maklum la..ibu dia spesis segan nak bawa anak p main kat taman mainan...walau pun dekat ja dari rumah aku...pikiaq2 jauh juga nak berjalan kaki nak p taman rekriasi tu...rugi lemak ooo...nak naik kereta rugi minyak...

jadi untuk senangkan kerja aku nak bawa anak p main petang2(pada hari jumaat sabtu)...apa kata aku suruh abah dia mengkretipkan diri untuk membuat sebuah buaian untuk anak kesayangan dia...bila aku suruh ja..dan2 dia pun berkata..."abang ni memang dah lama nak buat untuk dia..cuma nya masa tu tak dan..."ok kalau macam tu apa kata hari ini abang meng "dan" kan masa untuk membuat buaian kat dia...boleh macam tu?kikiki...

oleh kerana aku memaksa abah dia...maka terjadi dan terhasil buaian ini...

muka dengan penuh ceria boleh naik buai....

macam2 fesyen gaya dia buat...mulut tu jadi macam tu sebab ada nasi...punya syok nak makan nasi pun atas buai....

tu dengan mulut penuh nasi pun dan lagi nak bercakap....hai farah..farah...

lepas ni selamat la lemak aku kan...dok ja kat pangking belakang dia tu sambil nengok farah naik buai....ada sapa2 nak buat tempahan(buat buai) dak aku baru nak ambik2 oder ni...hehehehhe...

p/s : cerita ni hat hari jumaat lepas looo...sory harini baru nak up kan...

Monday, January 30, 2012

SENTIMENTEL VELIU●•٠·

Assalamualaikum...

ceh tngk tajuk sentimentel veliu la sangat kan...yg sebenarnya harini memang aku nak hapdet blog aku ni... tiba2 ada plak yg memang dok suruh aku up entry baru...dan2 rasa gediks nak up entry baru ni...

untuk Mama Amana & Arief terima kasih lo...keranamu lah..tanganku dan2 gediks2 nak menari2 kat papankekunci lappy kesayangan ku ini..justeru terhapdet lah blog aku ini...

mukadimah punya la panjang kan...isinya belum ada lg...cepat2 taip laju2...<---konon2 padalah nak tekan satu2 huruf pun jenuh nak membelek..kikikiki...

ok2..sebenarnya aku nak cerita kat hampa...hampa ada dak benda yg hampa sayang(tapi dlm masa yg sama kita patut buang benda tu..) pastu kita rasa nak simpan lg?hampa ada dak?aku adaaa...

ini la benda tu...

pintu ni kan...memang dah lama tau...skg dah nak kena buang lo...aku suka pintu ni sbbnya segala yg berada dipintu tu semuanya asal dari kayu...(seni tu...) tidak mengunakan paku,ensel,selak...tak dak 1 pun besi tau...

tu sbb aku sayang...tapi apakan dayaku utk menahan...pintu tu terpaksa dibuang atas sbb2 ...... huhuhuhu...hampa nak tngk kunci dia...mai aku zomeesss...

tngk antik kan...TAPI dari segi keselamatan memang tak selamat la...

sbb tu la pintu ni kena buang...dan ada sbb2 lain lg...kayu dia pun tahan...aku ingat pintu ni usia dia lebih dari 50tahun dah ooo...masa pintu ni dicabut buang kan...kayu dia masih elok lagi...

aku sangat2 sayang la dgn pintu ni....

Thursday, January 19, 2012

LAPAQ●•٠·

Huihs...tiba-tiba lidah aku ni lapaq buah ni plak...

haaa..kan sekali dgn hampa pun pecah lioq kaaann...

eceh-eceh bajet aku ni mcm ank mat saleh plak dok nak mkn buah setoberi bagai kan...tapi kan...tapi kan...aku bukan nak makan buah ni saja-saja..aku nk cicah dgn cokelet mcm dlm entry ni <---cer hampa klik..

adakah malam ni boleh p makan kat sana ha?angin sepoi-sepoi bahasa...bestnya...


p/s : abggg...jom kita p...boleh makan ikan bakar sama kan....hari ni kan abg dpt itu punya gaji loo...bila lg mau belanja bini kan....hehehehhe...

Wednesday, January 18, 2012

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

KEMPUNAN●•٠·

Assalamualaikum...

Sebenarnya Pisang Tanduk yg aku tayang tadi tu...aku belum sempat makan lo...sbb ada yg tolong abiskannya..walaupun dia tau kata aku belum lg memakannya...

Sampai hati tau...sian kat aku..aku kempunan pisang tanduk...ada sapa2 nak tlg belikan utk aku?...aku nak buat cucur pisang panas2 ni...mkn belah ptg2 apa nak dikata...Perghhhh...

kat sini susah sikit nak mencari pisang tanduk tu..ni pun ofismet a.k.a besfren aku yg tlg belikan...huhuhuhu..nasib aku dan juga ambik gambar pisang tu..boleh juga tahan2 liuq kan...

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Monday, January 16, 2012

INI BUDAK YG KEMARUK ITU PUTING●•٠·

Assalamualaikum...

pejam celik...pejam celik..baru 4 hari utk proses budak farah ni meninggalkan putingnya...sian plak aku tngk mcm tak keruan ja dia tu...lepas ja minum susu...mai bisik kat aku...

ibu..ibu..puting kakak mana?(aku nak taip cara telo dia tak qeti la...)

aku balas balik... bukan ka kakak dah buang puting tu kat luar kereta masa abah bawa kereta....

pastu dia pun ooooo...pastu lupa... tanya plak....soklan yg sama seperti diatas....hehehehe..

ni aku snap gambo budak yg kemaruk puting tu...

diganti dgn isap ibu jari...

gambar ada sikit bler ye adik2 sbb guna hp cap ayam ja...

TAPI tang nak ambik gambar tetap juga menten ooo...walau pun tengah isap jari...

Thursday, January 12, 2012

AJA-AJA MEN HON PIAR TERA●•٠·

Assalamualaikum hampa sihat ka semua?aku sihat2 aja walaupun saat2 dirundung pelbagai masalah...

perghhh...pagi tadi memang kru sinar pagi(sinar FM) menceriakan pagi aku...memanggg sinar pagi lah hampa ni...sampai kan ada yg kehairanan melihat aku...(masa tu kat trafik light ada kenderaan sebelah aku buat muka hairan...sbb tngk aku dok gelak sorang2 padahal aku tngh layan sinar pagi...)

pict dari FB SINAR
cer hampa klik video ni...


kan..kan...betoi dak?sapa yg tengah ada masalah pun boleh hilang sat masalah tu...dgn keletah mereka2 ini..

Tuesday, January 10, 2012

CUCI KERETA●•٠·

Assalamualaikum semua...
weyyy...aku nak mengadu hal kat hampa ni boleh dak?boleh la...boleh la....
ceritanya bermula mcm ni...kemarin kan... aku basuh kereta...

luar nampak cantek lo....

kalau ikut keta aku kan... mesti kata :"wah bestnya aku boleh mandi & shampoo2 bagai" TAPI bagi aku plak..rasa mcm tak syok & menyesal la plak aku basuh keta kat situ...aku ingat nak sappot org kita bila buka car wash ni...(lepa baru buka car wash ni 08.01.2012)TAPI tu la...tak brapa nak berkenan la tang lepa buat keja tu...

jom kita zooommeees tngk apa yg lepa buat kat keta aku...

see..see...habuk masih ada lagi kat dasbot kereta aku ni...

yg ni plak kat celah2 kerusi...kalau hampa tak nampak jap aku zooom lg dekat...

ha kan dah nampak..lepa tak vekium kat celah tu...kat bawah handbrek pun lepa tak lap juga...uhuhuhuhu..

Aku basuh kereta luar dalam...kalau ikut pada harga tu tak brapa mahal la..Cuma 8hengget ja...tak mahal pun duit juga kan...aku nak dpt 8hengget tu pun jenuh juga kena kerja laki bini ooo...TAPIßberapa byk tapi daa... lepa buat kerja tak mengikut piawaan yg diluluskan... sbb aku basuh keta ni nak bg bersih luar dan dlm..ni nampak mcm cara aku basuh kat luar ja kan...sedih tau....
Maklum la..aku ni nak basuh keta bukan hari2..kira hari apa dan aku singgah basuh la...(tempat lain..bukan tempat tu..)kalau nak basuh sendiri pakai tak dan la...

Moral of the story... ß moral of the story la sangat kan....
kot mana pun caranya aku kena basuh lain la...*sambil mengelap peluh..sbb nak kena bawa keluar duit lain nak basuh kereta...*lepas ni nak tobat tak mau la...rasa2nya aku tak basuh dah kot kat tempat tu...



P/S : Kan dah lari sorang pelanggan...Lain kali...sebelum bakal tokey2 nak buka car wash ni..pastikan anda & pekerja2 anda dah tau selok belok mcmana nak cuci kereta pelanggan...pastu baru buka car wash ye....tidak pun aku cadangkan hampa(tokey & pekerja car wash) buat lawatan sambil belajar dulu cara2 mcmana nak basuh kereta ok...


Sekian...

Monday, January 9, 2012

1MALAYSIA BY FARAH NAJWA●•٠·

Assalamualaikum....


tngk tu gaya ank daraku...sakan sungguh no..cer hampa play tngk dia nyanyi 1malaysia...1malaysia la sangat kan...



dgn rambut yg tak terurus...skg ni kita nak ikat rambut dia pun payah la...geram tau...

Sunday, January 8, 2012

HARGAILAH ISTERI ANDA●•٠·


Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.

Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?

Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.

Suri rumah Sebagai Profesion

Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri

Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.

sebenarnya SURI RUMAH JUGA SATU PROFESION..



aku sekadar ingin berkongsi cerita ini dgn hampa semua walaupun aku dah tau yg PROFESION ini memang semua org dah tau kehebatannya...




sumber : FB Tok Wan

SELAMAT MENABUNG●•٠·

Assalamualaikum semua...
Alkisahnya bermula...berazam tahun ni...aku nak menabung..sblm ni dok menabung juga tapi tabungan utk aku nak p berjalan2 makan2 angin ni aku tak pernah lagi la nak buat....

maka dgn ini pada tahun baru ini aku berhasrat aku akan guna duit tabungan ini utk aku membawa keluarga aku makan2 angin p berjalan2 dgn duit yang bakal aku menabung ini....sari berapa hengget ikut suka hati mak bapak aku..kalau aku rasa arini ada duit lebih 10hengget aku buh...kalau ada 2hengget pada keesokan harinya aku buh..yang penting tiap2 hari WAJIB mesti boh punya lah...

hampa nak tngk dak tabung aku tu....hehehehhe...bukan apa yg aku gelak dulu satgi kompom hampa tngk pun hampa gelak punya....

ini belum di make overkan lg....

sila saksikan setelah di make overkan la sangattt...

ok dak?ok dak?

ni baru bersemangat nak menabung kan...jom kita zoomeeess..lobang yg nak masukkan duit tu...

ha tu diaaa...kalau mcm ni la hasilnya bapa duit pun boleh masuk juga ni....hehehehhe...

lepas ni dgn incik su0mi aku sekali WAJIB kena boh duit dlm tabung ni...jgn dok banyak soal plak...nak p berjalan dak?kalau nak p kena boh juga duit anda dlm ni no...tak terkecuali pun...tabung ni aku tinggal kat ofis supaya hari2 aku tak lupa utk menabung....moga2 dapat la aku p berjalan2 dgn senang hati...sbbnya duit ni kira aku taruh asing dah..dimanakah destinasi aku nak bercuti?tungguuuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat