Monday, April 30, 2012

PUTING TETEK'S

Assalamualaikum semua...

hampa sihat-sihat belaka kah?aku Alhamdulillah...sihat wallepatliat...

wah tajuk tak hagak-hagak kan....saja la bunyi bagi lucah sikit...aku nak tunjuk puting tetek's haziq ni...hampa ingat dak peel dia yang bila dia minum susu mesti dia gelinte(gentel) puting tetek's dia....kalau tak ingat nahhh klik link ni -----> ooooo mcm ni ya perangai ko untuk mengimbau kembali cerita itu...

dah baca? haaa... mai kita saksikan plak bentuk puting tetek's dia...

alamak silap upload...malas nak delete...

jom...jom kita zoooomeeesss....

haaa tu diaaaa....sampai jadi mcm tu...ni yang sebelah kanan....bentuk ini terhasil setelah 4 tahun ye adik-adik...

yang sebelah kiri mentain ja kan...huhuhuhuhu...sebab yang sebelah ni dia tak usik langsung...


entah sampai bila la nak tinggal peel dia ni...kalau tak tinggal semakin membesar la puting tetek's haziq ni....

Thursday, April 26, 2012

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Assalamualaikum...

cer tengok tajuk...bukan main lagikan...kat mana-mana pun ada saja tulisan tu tertampal tambahan pun ikan di tv selalu keluar kan....

TAPI aku hairan dengan manusia-manusia zaman sekarang ni...tak qeti kah? atau buat-buat tak qeti kah?ok aku bagi contoh...

ada sebuah kereta dari 1 arah nak melalui jambatan atau orang kedah kata "titi" laluan titi itu hanya sebuah kenderaan sahaja yang boleh lalu...dan ada lagi 8 biji kereta dari arah yang bertentangan pun nak melalui titi tu juga... hampa faham dak ni?kalau tak faham pun buat-buat faham pi la no....

nampak dak aku ada bold "sebuah " dan "8 biji" ok agak-agak hampa yang mana patut lalu dulu?

ini pendapat aku la kan...eloknya bagi la yang sebuah itu yang lalu dulu betoi dak?TAPI oleh kerana yang sebuah ini sungguh baik hati...makanya dia bagi la kelapan-lapan biji kereta itu melalui dulu titi yang usang itu... (sebenarnya kereta yang sebuah itu dah nampak dah kereta yang pertama dari lapan biji kereta itu...nak lalu dulu...)

selepas kesemua kelapan-lapan biji kereta itu melalui titi usang itu.. tidak seekor seorang pun yang mengangkat tangan mereka tanda berterima kasih pada sebuah kereta itu.....bukan kena bayar pun sungguh sadisss kan....

pict cekau kat pokcik gugel...
saja nak tunjuk contoh sekali lagi pada yang tak tau nak angkat tangan macamana..

kenapa dengan orang kita ni ha?apa nak jadi?kalau macam ni la kan...sikap kita...macamana kita nak tunjuk contoh yang baik untuk anak cucu kita.. kalau benda yang senang macam ni pun tak boleh nak amal?

p/s : kereta yang sebuah itu adalah kereta aku la kalau hampa nak tau...



Monday, April 16, 2012

DAN LAGI.. DAN LAGI...

Assalamualaikum...

hapdet lagi pasal rumah ku syurga ku...



saja aku zoooomeeess bagi jelas sikit...hehehehhe....*jangan marah aaa...*

nahhh ambik kau sekali dgn tangga pun hijau pink...

sila muntah hijau + pink....

Sunday, April 15, 2012

LAGI YANG DAH SIAP

Assalamualaikum semua...

Eeemmm...kan aku dah janji aku nak bagitau kat hampa..harini aku hapdet lagi..ini plak cat kala hijau belah nak pi dapur..

dan aku menghias meja makan ku...


ada lagi belum selesai ni...cat freme tingkap, pintu..dan langsir belum lagi dipasang...aku pun sabar menanti ni...langsir katanya nak siap hujung bulan ni...harap hampa dapat bersabar macam aku ye...*a'aa ada ka yang tak sabar ni?* ka aku ja yang syok sendiri....



Wednesday, April 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Versi 1

yang dibawah ni versi 2


mana satu pilihan hati? bagi aku...aku lagi suka versi 2 ni...lagi santik....*sila pengsan* sebab aku memuji pembuatan ku sendiri...kikikikiki....

kata WORDLESS WEDNESDAY sangat kan...kenapa tiba-tiba aku terberkata-kata ni...

Tuesday, April 10, 2012

CAT RUMAH KU KALE

tengok la sendiri ye....


ni baru intro ye...

lepas ni baru aku tunjuk keseluruhannya kemekoveran nya juga ya....

banyak lagi nak kena tunggu.... langsir pun tak siap lagi....harap anda bersabar ye adik-adik....

Thursday, April 5, 2012

MACAM-MACAM PERANGAI ORANG NI

Hehehehehhe...nak tergelak aku dok baca komen-komen kat page tu....
hampa nak tau komen apa?
hampa klik link ini >>>> Kelab Peminat Setia Aaron aziz Dan Ady Putra
asalnya Aaron aziz ni nak tunjuk ic dia...alih-alih lain pulak yang orang komen.... lawak-lawak...


DECO-DECO

Assalamualaikum....

deco-deko la sangat kan...rumah tokwanku dah 90% hampir siap...tinggai nak cat ja lagi...nanti kan kemunculan perubahannya...terima kasih ku ucapkan pada sepupuku kerana menyapot utk membuat rumah...sayang abgyob ketat-ketat...sofa tak mau sponser sekali ka?hehehehhehe....

rasa-rasanya petang ni boleh la siap kot nak cat rumah ye cik abg.....encik su0mi bahagian dia cat dan angkut tanah...aku keja nak deco-deco ja...ala aku bukan pandai sgt pun...byk berkongsi idea dgn kwn2 la...

bunga hiasan ni nak letak sebelah tv 

bila semua dah siap sepenuhnya akan aku publish kan pada hampa semua ye....tunggguuuuu.....



Wednesday, April 4, 2012

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·


Tuesday, April 3, 2012

BILA MAHU BAIKI?

Assalamualaikum...

nak baiki apa?baiki trafik light kat simpang 3 jalan suka menanti tu la...dah hampir seminggu dah benda tu rosak...tak dak sapa-sapa repot ka ha?kalau aku nak repot...mcmana cara dia ye...sapa-sapa yang tau..bgtau sat cara-cara dia...

tapi... tak kan tak dak sapa repot kot no...laluan tu sekarang dah semakin sibuk oooo....

yang sebenarnya aku takut la bila mana nak lalu kot situ... kita ni berhati-hati pun kalau benda nak jadi..jadi juga... perangai orang ni tak sama.. ada yang suka bawa kereta laju-laju walapun trafik light tu rosak... konon nak bagi dia jalan dulu... kalau ya pun nak cepat...bawa la kereta slow-slow...tak boleh ka? semua orang sibuk nak p kerja...ingat hang sorang ja ka?


p/s : aku bukan apa....aku kan prihatin...sebelum apa-apa terjadi baik kita baiki cepat-cepat...ka nak tunggu nyawa melayang dulu baru pihak berkenaan nak baiki...

  
gambar cekau kat pokcik gugel ya...




Monday, April 2, 2012

TAUHU KA TOFU●•٠·

Assalamualaikum semua.....

aku nak tanya hampa ni...orang panggil tauhu ka tofu pun tak tau lah...yang pasti aku nak tanya cara -cara nak masak dia macamana?

nampak sangat kan.. aku tak qeti(tak tau / tak pandai)..

sebenarnya aku memang suka makan benda alah ni...tapi aku tak qeti nak masak dia...

cekau kat pokcik gugel

maksud aku bila kita buka plastik dia tu...kita goreng dulu ka?aku suka macam kedai ni masak...buat sup gitu...ada sapa-sapa boleh tulong aku dak?pelissssss.....

eemmm...lazatnya hingga menjilat mangkok....
betoi-betoi ho lio oooo....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat