Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

VIDEO MAYAT BAYI DALAM LONGKANG●•٠·

Aku ni tak tau apa nak ckp pada mak sibudak ni....memang tak dak hati perut sungguh...bg aku yg susah utk mendapat ank ni...aku tiba2 sedey tngk mayat bayi ini....

masa aku baca kat SiNi aku dah memang sedey dah.... ni pulak bila tngk video ni lagi2 la aku sedey sgt2...pada simak budak ini hang memang KEJAMMMM.....

Monday, August 8, 2011

CUAI&TERSILAP PASTU BUAT BODOH●•٠·

Petang kemarin lepas saja balik dari bazar ramadhan aku suruh la encik su0mi aku boh minyak kereta siap2 al-maklumlah aku ni jenis segan nak p boh minyak...ini lg satu perangai buruk aku...cukup malas kalau nak p petrol pump...entah knapa...

bila aja sampai kat petronas depan shahab perdana tu...encik su0mi aku memaking kereta seperti gambar dibwh :-
yg aku bulatkan tu ye...TAPI kereta kami paking belah yg tak dak kereta(belah kanan)
gambar ni aku sambar kat pokcik Go0gLE

ok lepas pada tu incek su0mi aku ke kaunter bayaran utk bayar.. jiran sebelah(bukan jiran pun..TAPI dah dok sebelah pump kami...aku namakan dia jiran) tu pun baru nak p byr juga...incek su0mi aku isi dgn harga 20 hengget...jiran sebelah membayar dgn harga 15 hengget...tau apa jadi?

budak kaunter tu silap kit in....yg jiran kami tu...dia boh 20 hengget...yg kami punya dia boh 15hengget...yg bestnya...jiran kami tu..mesti lah dah tau sah2 kata dia dah isi lebih...TAPI boleh pulak dia buat bodoh jaa..lepas saja isi terus naik kereta dia....sepatutnya dia mesti kena bgtau kat kaunter la kan...

nasib la incek su0mi aku belek tngk kat petrol pump tu...pasal sampai 15 hengget ja dia berenti...jiran sebelah aku ni...memang nak blah dah...(dia dah siap isi)TAPI oleh kerana bangla yg jaga kat petrol pump sebelah lg 1 melihat isyarat yg diberikan (suruh keta proton saga neo tu berenti) terus dia ketuk(dgn tangan ja)semasa kereta itu melalui petrol pump sebelah... pastu kereta tu pun berenti...bangla tu suruh tuan punya kereta ke kaunter la...nasib dia pun ok mau lg p byr...kalau dia kata dia tak mau byr?mcmana pulak tu?(tapi tu la kdg2 org akan ingat tu bukan salah dia...)

apa lg....P tambah lg 5 hengget utk dimasukkan ke tangki minyak aku la...kalau lah kereta tu bawa laju sikit...dan lepas mcm tu saja....aku senang saja...tobat aku suruh budak kaunter tu tambah guna duit dia...sapa suruh buat keja cuai kan....geram aku...kalau tak memang dah kena la budak tu...kalau aku yg p setel la....Nasib dia la encik su0mi aku yg p setelkan.....

p/s : kalau hampa nak isi minyak tngk2 la sama kat petrol pump tu betoi ka lepa kit in dgn harga yg kita beli...takut2 jadi mcm aku ni.....

Thursday, August 4, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK PULANGKAN CINCIN PERTUNANGAN●•٠·


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.
Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.
Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian atas alasan itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.
SUMBER : ohbulan

Monday, July 25, 2011

TERLUPA SUDAHhhh●•٠·

Assalamualaikum semua....aku harap hampa semua berada dlm keadaan sihat2 semuanya....cehh...ayat sopan santun gitu...harini kan...aku dah terlupa sudahhhh...dek kerana kalut dgn ank aku aka Farah Najwa ni...

harini dia ada la buat perangai sikit masa dah sampai kat ofis aku ni...merenget nak ikut plak...aku..dok pujuk2 pastu aku terlupa la tukar kasut...sepatutnya aku kena tukar masa dlm kereta lg...TAPI tu la kalot bagai...cer hampa tngk kasut aku untuk ke ofis harini....

sila fokus dibahagian kasut ye ank2...abaikan kaki & jari yg motel lagi demoks2 itu...

aku tersedar masa nak keluar pergi beli nasi kat kedai banyaksungguhalasannya <---pasal byk sungguh alasannya? klik link tersebut utk nak mengetahui lebih lanjut... walaupun banyaksungguhalsannya.... kedai itu ja lah yg berdekatan dgn ofisku ini....huhuhuuhu...

hampa pernah dak terlupa mcm aku ni?cer kita kongsi secara berjemaah dikotak komen ku ini....

Wednesday, January 26, 2011

Berkorban apa saja demi anak tercinta●•٠·

Assalamualaikum semua...harini aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita yg aku baca ini....

COMEL...Aimy tidak kelihatan seperti kanak-kanak bermasalah walaupun berpenyakit.

KEHADIRANNYA pasti jadi tumpuan mata sesiapa saja yang memandang. Walau di mana saja berada tanpa mengira bangsa, malah dia pernah diekori sepasang suami isteri berbangsa Cina hanya kerana mereka ingin mengetahui mengapa anaknya berkeadaan begitu.
Bagi mereka yang baru pertama kali melihat mungkin agak pelik kerana pada usia yang baru menjangkau dua tahun, anak comel itu, Aimy Sufia Zairol Azlan sudah memakai kaca mata.

Lebih mengejutkan apabila tahap kerabunan Aimy meningkat sehingga 700 pada mata sebelah kiri manakala kanan sehingga 500 yang tentunya sangat tinggi untuk Aimy yang masih bergelar bayi.
Malah tanda-tanda itu menunjukkan dia bakal menghidap penyakit glaucoma.
Melihat keadaan Aimy ketika berkunjung ke rumahnya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, dia masih belum berjalan, berlari dan menuturkan perkataan berbanding kanak-kanak seusianya dengannya.
Dia hanya boleh mengesot dan merangkak apabila ingin mencapai sesuatu dan menangis apabila keinginannya tidak dipenuhi. Sejak berusia lapan bulan, Aimy sudah memakai cermin mata dan doktor menasihatkan Aimy supaya terus memakainya pada waktu siang bagi mengelak rabunnya bertambah hingga dia terus tidak dapat melihat.


Bayangkan pada usia yang masih terlalu muda, tentulah Aimy tidak selesa apabila dipakaikan cermin mata. Malah dia pasti menanggalkannya apabila sudah lama dipakai.
Menurut ibu Aimy Sufia, Kartica Shahreema Mohd Sab, 37, ketika dilahirkan pada 20 April 2009, Aimy sihat seperti dua kakaknya iaitu Alesha Sufia, 7, dan Adani Sufia, 5.
Namun ketika diperhatikan pada tubuh Aimy sejurus selepas dilahirkan, Kartica menyedari anak mata kiri Aimy lebih besar daripada mata kanan.

"Pada mulanya saya anggap ini perkara normal, namun selepas dia demam dan mencatat suhu yang sangat tinggi saya terus ke hospital. Saya terkejut apabila doktor memberitahu secara tiba-tiba Aimy menghidap asma," katanya.

Semakin hari asma Aimy semakin teruk dan memerlukan alat pernafasan sekiranya diserang penyakit itu. Sangka Kartica, Aimy hanya menghidap asma namun apabila doktor mula perasan ada tanda-tanda yang tidak kena pada mata Aimy, lantas mereka mendapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak.
Selama tiga bulan keadaan ini berterusan sehinggakan Kartica membawa anaknya ke hospital untuk rawatan lanjut. Setelah rawatan dijalankan oleh pakar menunjukkan Aimy menghidap penyakit Primary Congenital Glaucoma.
Menurut Kartica, kesan daripada penyakit itu kedua-dua mata Aimy berair dan akan mengeluarkan air mata yang banyak apabila menangis.
Keadaan ini membuatkan matanya menjadi terlalu kering dan dikhuatiri akan dijangkiti virus berbahaya sekiranya dibiarkan.


Sebab itu, Aimy diwajibkan bercermin mata. Ini kerana mata kirinya terlalu tinggi tahap kekaburannya, sekali gus cermin mata ini dapat menggalakkan Aimy menggunakan kedua-dua belah matanya juga bertujuan mengaktifkan matanya agar tidak menjadi terlalu lemah.
Sekiranya cermin mata tidak dipakai, lama-kelamaan akan menyebabkan mata menjadi juling dan buta.
"Sekurang-kurangnya cermin mata ini dapat membantu Aimy mengembangkan pancainderanya agar boleh membantu pancaindera yang lain supaya berfungsi seperti biasa," jelasnya.
Selain masalah mata, Aimy juga adalah kanak-kanak Dysmorphic iaitu mempunyai ciri-ciri kelainan dan ketidaksempurnaan kejadian serta struktur fizikal secara semula jadi.
Menurut doktor yang merawatnya, Aimy bukan saja tidak normal pada matanya tetapi telinga, kepala, lelangit, tekak, ibu jari kaki dan tangan yang lebih, jari jemari yang kemek, tapak tangan yang lembut, tulang pinggul serta kaki.
Malah lututnya juga didapati berlainan dan perbezaan ini berkemungkinan akan menyebabkan cara berjalan Aimy tidak normal seperti kanak-kanak lain.
"Namun keadaan ini akan berubah sekiranya lebih banyak latihan atau rawatan fisioterapi dijalankan ke atas Aimy," katanya.

Aimy juga mengalami sembelit yang agak teruk. Setiap kali mahu membuang air besar, dia terpaksa dimasukkan ubat menerusi dubur untuk melembutkan najis dan sekiranya tidak, dia pasti menangis kesakitan. Kemungkinan sembelit ini ada kaitannya dengan penyakit yang lain, namun doktor juga tidak dapat memastikannya.
Aimy juga tergolong dalam kanak-kanak yang menghadapi masalah Global Developmental Delay iaitu perkembangan yang tergendala atau lambat serta tidak mengikut umur yang sepatutnya.
Contohnya pada usia setahun tujuh bulan, Aimy sepatutnya sudah boleh berjalan dan berlari tetapi dia baru pandai duduk ketika berusia setahun empat bulan, itu pun masih tidak stabil.
Pertuturan Aimy seperti bayi berusia enam bulan, kemahiran motor seperti bayi 10 bulan manakala mentalnya berfungsi seperti bayi berusia 12 bulan.


"Saya bersyukur kerana cepat mengenali perubahan pada Aimy. Menurut kata doktor, ada sesetengah ibu bapa yang hanya mengetahui kelainan pada anak mereka ketika anak berusia lebih tiga tahun dan ini sudah agak terlambat," katanya yang tidak pernah berputus asa mendapatkan rawatan untuk Aimy.

Boleh dikatakan setiap bulan Aimy terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pelbagai rawatan. Begitu juga dengan rawatan tradisional dari setiap pelosok negara sudah dijelajahinya, namun tidak menampakkan sebarang tanda positif.
"Saya tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan buat Aimy. Walaupun sukar untuk saya menerima kenyataan yang dia tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU), namun untuk apa saya terus menafikannya? "Memanglah sebagai ibu saya mahu menganggap Aimy seperti anak normal yang lain dan terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah.

"Walau apa pun keputusan dan hasil ujian serta pemeriksaan darah, kromosom dilakukan, tetap tak dapat mengubah kenyataan itu. Hakikatnya perkembangan Aimy tetap tidak sama seperti kanak-kanak lain.
"Cuma apa yang boleh diubah adalah usaha untuk masa hadapannya. Ujian dan pemeriksaan itu hanyalah sekadar membantu untuk memperjelaskan jenis sokongan yang paling tepat harus diberikan kepada Aimy," katanya.

Justeru, Kartica dan suami mendaftarkan anak mereka sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah dia tahu pengiktirafan ini memberikan banyak keistimewaan kepada Aimy terutama dapat meringankan beban ibu bapa bagi mendapatkan rawatan untuknya.
Sekurang-kurangnya wang yang diperuntukkan untuk bil hospital juga boleh digunakan untuk pembelajaran Aimy.
Pada usia yang masih terlalu muda, sebagai ibu Kartica bimbang mengenai perkembangan anaknya lantas dia mencari sekolah untuk membantu meningkatkan perkembangan motor dan mental Aimy supaya walaupun tidak setaraf, sekurang-kurangnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan orang lain.

Malangnya sekolah yang menjalankan pembelajaran ini hanya menerima kanak-kanak pada usia lima tahun ke atas. Jadi Kartica menghantar Aimy ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani sesi fisioterapi dan pertuturan.
"Kami harus berusaha keras bagi memastikan dia mampu menguruskan diri sendiri apabila dewasa lain. Sebagai ibu, memang ini adalah tanggungjawab saya namun bagaimana pula setelah dia dewasa nanti? Siapa yang akan menguruskan dirinya melainkan diri sendiri," kata Kartica yang sangat berharap agar sesi rawatan fisioterapi dan pertuturan itu dapat membantu diri Aimy.
Dalam pada itu, Kartica mengakui sebagai wanita bekerjaya adalah sukar untuknya membahagikan masa dengan baik. Justeru, dia bersyukur dikurniakan suami, Zairol Azlan Abdul Jalil yang banyak membantu menguruskan rumah tangga dan hal anak-anak.
"Jika ditanya memanglah masa saya lebih banyak diberikan kepada Aimy. Walaupun kasihan dengan dua kakaknya tetapi saya tiada cara lain. Namun dari segi kasih sayang, ketiga-tiga mereka dalam kedudukan yang sama. Tiada yang lebih dan kurang," katanya.


P/S : diharap ibu bapa Aimy dapat menempuhi semua dugaan ni ye...byk2 bersabar....
Sumber & Gambar : hmetro

Wednesday, January 19, 2011

Zaquan, Ayu nikah Jumaat●•٠·

Assalamualaikum semua....

SEREMBAN: Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.

“Kira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.

“Saya berdoa agar semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar kerana ia hari paling penting dan detik bersejarah bagi diri saya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum majlis akad nikah Jumaat ini, majlis berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada malam esok.

Mohd Zaquan berkata, keserasian hubungannya dengan Ayu Raudhah bukan disebabkan bakal isterinya itu memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk terus berjaya hingga ke persada antarabangsa.

“Perkahwinan ini dan sokongan padu bakal isteri dijadikan sumber motivasi saya untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak tambahan pula selepas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.

“Saya yakin ia tidak menjejaskan tumpuan saya kerana dia (Ayu) amat memahami kerjaya saya,” katanya.

Mohd Zaquan adalah pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan, juga pemain bola sepak kebangsaan yang sebelum ini berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Sementara itu, bapa Mohd Zaquan, Abd Radzak Salleh, 61, berkata, pihaknya hanya membuat majlis sederhana dengan menjemput saudara-mara dan rakan anak lelakinya.

“Namun, sebagai seorang bapa, saya tetap berharap majlis berkenaan berjalan dengan lancar dan meriah. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.




P/S : TAHNIAH PADA KALIAN....AKU DOAKAN SEMOGA JODOH KALIAN KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT....AMIN




Sumber : hmetro
Gambar : disambar dari pokcik Go0gle

Saturday, January 1, 2011

MCm TAK percaya FAIZAL Yusof DAH Meninggal DuniA●•٠·

salam semua.....
hampa semua mesti kenal dgn Faizal Yusof kan?ala yg berlakon dlm adammaya tu la....yg jadi dani bf maya tu...bekas laki Siti Nordiana(nana) tu...la...hampa tau dia dah meninggal dunia sbb serangan jantung....

semoga rohnya dicucuri rahmat...
Al-fatihah buat beliau..





info & gambar dari : mediamalaya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat