Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

MACAM-MACAM PERANGAI ORANG NI

Hehehehehhe...nak tergelak aku dok baca komen-komen kat page tu....
hampa nak tau komen apa?
hampa klik link ini >>>> Kelab Peminat Setia Aaron aziz Dan Ady Putra
asalnya Aaron aziz ni nak tunjuk ic dia...alih-alih lain pulak yang orang komen.... lawak-lawak...


Thursday, August 4, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK PULANGKAN CINCIN PERTUNANGAN●•٠·


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.
Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.
Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian atas alasan itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.
SUMBER : ohbulan

Sunday, July 31, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK & ELIA PUTUS TUNANG?●•٠·

Sungguh terkejut bila aku terbaca cerita ini... Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

P/S : Semoga hampa semua tabah menghadapinya...ada lg dgr2 yg putus tunang ni..cer klik sini--->siapakah mereka ini?




sumber : ohbulan

Sunday, June 12, 2011

DIMANA-DIMANA ANNISSA●•٠·

Assalamualaikum...
kat mana aku nak cari ANNISSA ni? *kat TV3 la...* yg tu pun.. mau tanya ka?hehehehe...saja ja buat lawak tengahari2 ni...hampa ada dak tngk drama bersiri ni?bagi aku la kan...best la juga tngk drama bersiri ni...selain dari Nora Elena tu...  ini la antara pelakon2 nya...


klu hampa tak pernah tngk drama bersiri ni aku ada masukkan sikit sinopsis yg aku Go0gLE tadi...

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?
Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


kalau nak tau lagi cerita selanjutnya silalah hampa semua kena tngk Drama bersiri ini setiap Selasa-khamis jam 10.30mlm...ewah2 siap buat promo lg....


ha mcmana best kan?ni kat bawah ni aku ada sertakan sekali lagu tema ANNISSA....lagu tema pun best jg..jom layannnn...

Tuesday, May 31, 2011

DAH SELAMAT DAH PUN●•٠·

SELAMAT PENGANTIN BARU YE SY SEMOGA HUBUNGAN KALIAN KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT HAMPA BERDUA....AMIN...


EEMMM...DAH 4 KALI PUN MASIH LG PENGANTIN BARU YE...hehehehhe..





GAMBAR NI AKU SAMBAR KAT SiNi

Thursday, May 19, 2011

HARI INI ADALAH HARI YG DITUNGGU2●•٠·

Assalamualaikum....
hari ni 19hbkan????wahhhhhh...tak sbrnya aku nk p tngk.....


TAPI....sapa yg nak mengasuh ank aku?huhuhuhuhuhu...skg mak tok dia ngasuh...mlm nanti sapa yg nak tlg mengasuhkan....WAaaaaaaaHhhhhh....tulong...tulong...tulong.....aku nk tngk NUR KASIH THE MOVIE....*mcm la hari lain tak leh p tngk kan?*nk p tngk hari lain tu boleh....tapi tu la sapa nk mengasuh farah lak..buat aku bw farah sekali masuk dlm pawagam tu...mau nya ada sound effek lak nanti....Waaaahhhhh....kesian kat aku kan....

ok skg aku nak tawarkan pada sapa2 yg mau mengasuh farah utk aku???habuannya .............*sila isi sendiri tempat kosong yg disediakan*jika anda berminat la kan....hohohohohoho...

Thursday, May 12, 2011

OOooo..SY●•٠·

Assalamualaikum....
hampa dah tngk paper ka hari ini?klu tak tngk lg.. ni la berita yg aku nak share dgn hampa ni....

KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

BAHAGIA...Salih bersama tiga isterinya.



p/s : TAHNIAH ya SY....semoga anda bahagia sehingga keakhir hayat...


sumber : hmetro

Monday, April 25, 2011

NAK PAKAI SESUATU TNGK DULU●•٠·

Assalamualaikum.....Pembuka bicara....sblm aku meneruskan N3 aku ini..aku dgn ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada yg terasa....
semalam hampa semua tngk mentor dak?sapa tngk sila kembang kuncup hidung tu.....
kat sini aku nk tanya hampa...hampa perasan dak masa iqa ank didik edry tu...dia menyanyi lagu berduet dgn Allahyarham Sudirman...hampa ada perasan dak subang yg dia pkAI tu?aku ada la perasan jg....subang yg dia pakai lebih kurang tanda.....hampa tngk sendiri lah.....




hampa tngk tang aku bulatkan tu....gambar ni ja pun yg aku boleh tunjuk kat hampa...klu nk lebih jelas lg...hampa tngk balik kat youtube ka...www.tonton ka...aku dok cari jg tadi..video semlm...tapi pasal la payah nk dapat.....
menda ni bukan aku sorang yg perasan...incek su0mi & kawan aku pun perasan....
bg aku kan klu kita nk pakai sesuatu tu...tngk la dulu....
punya la ramai mlm tu tak kan tak dak sapa yg perasan....hairan jg aku...ka semua org buat do...no...ja..tak kisah...biaq la dia nk pkai apa pun...kubur masing2 kan...boleh ka mcm tu?bg aku klu kita ingat mengingati sesama kita tak salah kan.....






p/s : lepas ini hampa sebagai bakal artis....haruslah berhati2 dgn setiap yg hampa tonjolkan....

Tuesday, April 5, 2011

AKU INGIN CONTOHI WARDINA SAFIYYAH●•٠·

Assalamualaikum semua....
hampa kenal dgn Wardina Safiyyah?klu tak kenal tngk pict dia kat bwh ni... aku sambar kat pokcik Go0GLe, ok dah kenal kan...

kat sini..aku plak nak kongsi sesuatu yg amat menarik minat aku.. cara dia mengajar anaknya SOLAT 5 WAKTU...ekceli...aku terjumpa N3 ni kat blog teacher Diela aku minta izin utk copy & paste kat blog aku...sbb aku rasa memang perlu utk kita kongsi bersama mcmana cara dia mengajar anknya utk BERSOLAT klu ada yg nk ikut tu...ikut la...klu tak mau tak pa...mungkin hampa ada cara tersendiri kan....dibawah ini tercatitnya penulisan WARDINA SAFIYYAH...


bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


insyaallah akan aku cuba mengikuti cara2nya....

Saturday, January 22, 2011

Majlis AYU RAUDAH♥ZAQUAN di TMN PKNK●•٠·

Assalamualaikum semua...hari ni sihat2 blaka ka hampa semua....
sory no buat teman2*ceh ayat...nk pujuk la tu* tertunggu2...aku bukan apa...semlm sampai umah pun dah koi 11.30mlm..maklum la...p majlis artis....kita bukannya VIP.. kita dok meja chokia2..ja...walaupun adik ipar aku ni satu kelas dgn Ayu Raudah..tapi kami semua tak bajet artis...jadi meja pun dok blakang2 la ye...aku pun bukan nk p mkn sgt..aku sebenarnya nk p jadi wartawan konon2...tapi kamera lepa(wartawan) lg dasyat...jd aku dok blakang juga la...kira gambar yg aku snap ni semua hasil sipi2 ja..huhuhuhuhuuhu..nk buat mcmana kan..orang yg mai ni tok sah kira la...punya la ramai org..gila babas btoi...*ya la klu tak ramai.. bukan majlis artis namanya Cik Puan Seri LadyzuL⎝⏠⏝⏠⎠™ oiii..ceh bajet VIP la plak...* lepa semua mcm aku jugalah..pulun nk bik gambar...TAPI yg paling aku geram+benci yg teramat-amat dah la wartawan boleh bik gambar yg cun melecun..pastu bila pengacara majlis bgtau kata sat lagi ada sessi org biasa(bukan vip)bajet artis leh bik gambar PENGANTIN yg si wartawan ni pun kalut jg nk bik gambar...tu yg aku pun dpt ambik sipi2 ja tu...ni semua wartawan punya pasal la ni...ok jom layan pict yg aku snap sipi2 tu.........
....
....
....
....
....
....
...........
.........
.......
.....
....
...
..
.
ini persalinan yg pertama...

hampa tngk la bersusun nk bik gambar lepa...

hampa jgn gelak tau...maklum la..gambar sipi...

PENGANTIN di atas berjalan mai nk menuju kat meja ni la...

tngk mkn pun tak abis..

kalut nk bergambar kat sini lak...
pengantinnya mana?hehehehehe....
sory na..pengantin tengah menyalin kulit pakaian yg kedua plak...

*lepas ni sessi pemotongan kepala kek*


sory na...aku hanya bleh ambik gambar kek ja...
gambar PENGANTIN potong kepala kek  hanya wartawan ja.. yg leh ambik...

ini persalinan yg kedua...

tngk la mata lepa berdua pun dah bertukar warna...*tak lama lg jd la.. inkredilberhak*
oleh kerana terlalu banyak lenser kamera utk mengabil gambar lepa berdua...
termasuk la aku...

nasib la ye...hampa jgn marah kat aku na..
sbb gambar yg aku bik ni semua sipi2..

jeng...je..jenggg...apa kah isu yg dibincangkan tu?hehehehehehhehe...



sapa yg tngk video ni kena teleng kepala...
hehehehe..sbb silap setting...ada sapa2 leh tlg ajar mcmana nak rotate dak?

ok lah...setakat ini saja yg dpt aku kongikan...gambar semuanya sipi2...sory nooo...ni yg aku publish agak elok sikit la..klu ikut memang banyak gambar yg aku ambik...tapi hampehhh....
sebelum aku menutup tirai sempat jg aku bik gambar lepa2 yg boleh dikatakan glamer la jg...










sapa kenal dgn dia ni...sila angkat keybod....



















dia ni plak sapa yg kenai?




















dan yg terakhir skali...siapakah lelaki disebelah perempuan yg cun melecun itu...
ni gosip terbaru....kikikikikiki tak da la lawak ja ni...












P/S : klu nk tngk lg byk hampa tngk la kat FB aku ye...

Friday, January 21, 2011

Malam Berinai AYU RAUDAH●•٠·

Assalamualaikum semua...
sory pada hampa yg menunggu gambar dr aku..*perasan p la kan..sapa yg dok tunggu tak tau la..*
semlm malam berinai Ayu Raudah...aku tak dapat p...
Adik ipar aku n the geng yg p...jadi aku sambar gambar ni dari lepa la ni....
malam ni br aku nk p....
jom layan gambar Ayu yg cun melecun tu....
apa2 pun Selamat Pengantin Baru Buat Ayu ♥ Zaquan
....
....
....
....
....
....
....
...............
.............
..........
.......
....
...
..
.







nantikan gambar terbaru plak dari aku mlm ni...
hampa tunggu n0......

Wednesday, January 19, 2011

Zaquan, Ayu nikah Jumaat●•٠·

Assalamualaikum semua....

SEREMBAN: Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.

“Kira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.

“Saya berdoa agar semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar kerana ia hari paling penting dan detik bersejarah bagi diri saya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum majlis akad nikah Jumaat ini, majlis berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada malam esok.

Mohd Zaquan berkata, keserasian hubungannya dengan Ayu Raudhah bukan disebabkan bakal isterinya itu memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk terus berjaya hingga ke persada antarabangsa.

“Perkahwinan ini dan sokongan padu bakal isteri dijadikan sumber motivasi saya untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak tambahan pula selepas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.

“Saya yakin ia tidak menjejaskan tumpuan saya kerana dia (Ayu) amat memahami kerjaya saya,” katanya.

Mohd Zaquan adalah pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan, juga pemain bola sepak kebangsaan yang sebelum ini berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Sementara itu, bapa Mohd Zaquan, Abd Radzak Salleh, 61, berkata, pihaknya hanya membuat majlis sederhana dengan menjemput saudara-mara dan rakan anak lelakinya.

“Namun, sebagai seorang bapa, saya tetap berharap majlis berkenaan berjalan dengan lancar dan meriah. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.




P/S : TAHNIAH PADA KALIAN....AKU DOAKAN SEMOGA JODOH KALIAN KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT....AMIN




Sumber : hmetro
Gambar : disambar dari pokcik Go0gle

Saturday, January 1, 2011

MCm TAK percaya FAIZAL Yusof DAH Meninggal DuniA●•٠·

salam semua.....
hampa semua mesti kenal dgn Faizal Yusof kan?ala yg berlakon dlm adammaya tu la....yg jadi dani bf maya tu...bekas laki Siti Nordiana(nana) tu...la...hampa tau dia dah meninggal dunia sbb serangan jantung....

semoga rohnya dicucuri rahmat...
Al-fatihah buat beliau..





info & gambar dari : mediamalaya.com

Thursday, December 9, 2010

Sah..sah...sah....●•٠·

 aku sambar gambar ni kat syokkahwin

salam semua....
tngk tajuk...apa yg sah nya?ni aku nk bgtau kat korang Sein-Nana sah bercerai....entah2 korang dah tau awai lg dr aku kan...hehehehe...
masa majlis kawen meriah bagai...masa nk bercerai tak la meriah plak ye...
dah nama pun artis cam gini la jdnya....wow!! knapa arini aku emo sgt ni....
bg aku kan.. kesian kat ank2....bla ibu bapa dah berpisah ni..fhm2 la ye..masing2 dok wat haluan masing2..ank2 la jd mangsa keadaan..utk keterangan lanjut korang klik SiNi

Monday, November 22, 2010

Majlis pernikahan Elyana & Khairul●•٠·

tahniah ye...korang dah tngk blum majlisnya...klu tak tngk lg...korang tngk la kat video dibawah ni.....

 gambar by beautifulnara.com



  Video from :-Vimeo.

Monday, October 25, 2010

Tahniah buat Zakuan ♥ Ayu Raudhah●•٠·


Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.
Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.

 sumber : beautifulnara.com

Thursday, October 7, 2010

OOooo..Maher Zain ●•٠·

aku mula meminati maher zain ni pada bulan april 2010..al-kisahnya pada bulan april ada seorang adik 2..nama dia Shahidan..dia tunjuk pada aku blog dia..masa 2 aku pun tak brapa tau lg bab2 blog ni...dia tunjuk aku pun tngk la...pas 2 aku amati lagu dalam blog dia....rasa sedap sgt di dgr...aku berkata"shahidan ni lagu sapa?"dia pun menjwb"oo..maher zain"sedap sungguh aku mendengarnya....korang kenal tak maher zain ni?aku pun br ja kenal dia..tak sampai setahun pun lg...

korang ni la maher zain...*korang pun dah kenal kan..*
 hensem tak?
ini 
"BIODATA DIA"
Name: Maher Zain
Age: 29 years old
Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
Education: BA in Aeronautical Engineering
Previous Job: Music Producer
Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
Album Name: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Release Date: 1st of November 2009

kat fb dia ada bgtau yg sekarang dia ada kat malaysia...
sidang media
kat konti IKIM
klu korang nk tahu kisah dia lagi mendalam korang klik disini 
ini lagu yg paling2 aku suka dengar...


lagu ini


dan yang ini juga....


klu korang dengar lagu dia memang boleh membuatkan kita rasa tenang sangat...
klu korang tak caya korang cuba la dengar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat