Showing posts with label beletiaq. Show all posts
Showing posts with label beletiaq. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Assalamualaikum...

cer tengok tajuk...bukan main lagikan...kat mana-mana pun ada saja tulisan tu tertampal tambahan pun ikan di tv selalu keluar kan....

TAPI aku hairan dengan manusia-manusia zaman sekarang ni...tak qeti kah? atau buat-buat tak qeti kah?ok aku bagi contoh...

ada sebuah kereta dari 1 arah nak melalui jambatan atau orang kedah kata "titi" laluan titi itu hanya sebuah kenderaan sahaja yang boleh lalu...dan ada lagi 8 biji kereta dari arah yang bertentangan pun nak melalui titi tu juga... hampa faham dak ni?kalau tak faham pun buat-buat faham pi la no....

nampak dak aku ada bold "sebuah " dan "8 biji" ok agak-agak hampa yang mana patut lalu dulu?

ini pendapat aku la kan...eloknya bagi la yang sebuah itu yang lalu dulu betoi dak?TAPI oleh kerana yang sebuah ini sungguh baik hati...makanya dia bagi la kelapan-lapan biji kereta itu melalui dulu titi yang usang itu... (sebenarnya kereta yang sebuah itu dah nampak dah kereta yang pertama dari lapan biji kereta itu...nak lalu dulu...)

selepas kesemua kelapan-lapan biji kereta itu melalui titi usang itu.. tidak seekor seorang pun yang mengangkat tangan mereka tanda berterima kasih pada sebuah kereta itu.....bukan kena bayar pun sungguh sadisss kan....

pict cekau kat pokcik gugel...
saja nak tunjuk contoh sekali lagi pada yang tak tau nak angkat tangan macamana..

kenapa dengan orang kita ni ha?apa nak jadi?kalau macam ni la kan...sikap kita...macamana kita nak tunjuk contoh yang baik untuk anak cucu kita.. kalau benda yang senang macam ni pun tak boleh nak amal?

p/s : kereta yang sebuah itu adalah kereta aku la kalau hampa nak tau...



Tuesday, April 3, 2012

BILA MAHU BAIKI?

Assalamualaikum...

nak baiki apa?baiki trafik light kat simpang 3 jalan suka menanti tu la...dah hampir seminggu dah benda tu rosak...tak dak sapa-sapa repot ka ha?kalau aku nak repot...mcmana cara dia ye...sapa-sapa yang tau..bgtau sat cara-cara dia...

tapi... tak kan tak dak sapa repot kot no...laluan tu sekarang dah semakin sibuk oooo....

yang sebenarnya aku takut la bila mana nak lalu kot situ... kita ni berhati-hati pun kalau benda nak jadi..jadi juga... perangai orang ni tak sama.. ada yang suka bawa kereta laju-laju walapun trafik light tu rosak... konon nak bagi dia jalan dulu... kalau ya pun nak cepat...bawa la kereta slow-slow...tak boleh ka? semua orang sibuk nak p kerja...ingat hang sorang ja ka?


p/s : aku bukan apa....aku kan prihatin...sebelum apa-apa terjadi baik kita baiki cepat-cepat...ka nak tunggu nyawa melayang dulu baru pihak berkenaan nak baiki...

  
gambar cekau kat pokcik gugel ya...




Tuesday, March 27, 2012

AKU TERKEDU●•٠·

Assalamualaikum...
beginilah rupanya kecumelku terkejut bila mana aku terkelik upgred blog....
gambar cekau kat pokcik gugel

wahhhh...tu la... pi gatai tangan nak upgred bagai sangat....
 sekarang dah pening pala...padan muka aku....
huhuhuhu...semua kena belajar balik dari A-Z oooo... dah la aku ni buta IT

sebenarnya tak dak benda nak cerita...
TAPI bila dah terupgred ni dan-dan rasa gedik jari-jari nak buat N3
konon-konon gelabah la kannnn....gelabah la sangat....

Tuesday, March 13, 2012

HUIHSS TOLONG LA●•٠·

pict cekau kat pokcik gugel

Eeemm...nak minta tolong kat sapa?kat orang tu la...yang dok pakai agak menjolok mata cantekku ini bak kata in front of my darm beautiful eyes <---rai pinjam ayat sat no...cerita ini dah berlaku hampir-hampir 3minggu ka 3bulan lepas kot(entah kenapa arini baru nak publish)...

bermulanya ada la sorang tu sedang mencuci kereta..pastukan siap pakai seksi-seksi (pakai lenging n baju tali kecik boleh menampakkan segala lurah) bagai...bila aku terbaca N3 Ben10 dan2 terus teringat akan kejadian ngeri lagi tragis itu...*tiba2*

masa dia mencuci kereta boleh buat biasa2 ja..(tanpa ada persaan bersalah)bila ada(org lelaki) yang memandang kebodyan & keseksian dia...aku ingat dia saja2 ja kot nak tayang ni..sebabnya bila yang pompuan memandang dia...tau pulak dia mengambil towel selepang kat body dia...begitu aneh kan....adakah hang nak tayang cuma untuk si lelaki-lelaki saja ka?awat kat pompuan tak mau tayang kah?eemm...macam-macam kan perangai manusia ni...

aku minta & harap-harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi...

Monday, March 12, 2012

APA PERLU KITA BUAT?●•٠·


Macamana aku nak cerita kat hampa tak tau....

ok-ok macam ni...aku ada beli no.celcom...(dah lama...ada kot 3bulan dah...)sebelum ni ada juga yang col..tapi tak la meleret sampai macam ni...pastu bila 3bulan aku pakai maka terjadilah perkara ini ---> ada no.masuk yang tidak pernah aku kenali...col-col nak cakap dengan EN.RAHIM bila aku cakap "cik silap no."pastu dia letak terus...(minta maaf haram sekali la kan...)

col pula untuk kali ke-2 aku cakap la "cik silap no." pastu ulang sekali lagi macam perkara diatas...

col lagi untuk kali ke-3 agak-agak hampa apakah perkara yg berlaku?hehehhehehehe....cer sambung kot-kot la hampa tau kannnnn......

pastu pada cma tima kasih la tolong sapu sawang n habuk-habuk kat blog ni ye....

Thursday, February 23, 2012

FACEBOOK●•٠·

Assalamualaikum...

harini nak beletiaq pasal Facebook(FB) lak...tak tau la sejak bilanya muncul iklan-iklan yg entah apa-apa tah ni...dulu seingat aku la kan...gambar-gambar lucah ni...mcm lepa haram ja kan...

Tapi sekarang ni semakin menjadi-jadi...ni aku ada print screenkan...


tngk kat kotak merah tu....klik utk tumpembesaran..

hampa punya FB ada dak dok naik benda ni...konon nak langgan la kan...langgan la sangat....bila aku klik ja profail tu...segala gambar ada wey...kalau org laki-laki suka la lepa....*boleh tngk benda free depan mata*

FB tu semua asal dari negara jiran(indon) naik meluat aku tngk...awat gersang sangat kah lepa-lepa ni ha?buat malu kaum org pompuan ja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat