Showing posts with label Penting. Show all posts
Showing posts with label Penting. Show all posts

Monday, January 28, 2013

MENANGISI PEMERGIAN SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR


Coretan! Menangisi Pemergian Siti Hajar Binti Ahmad Sabir |  Mungkin anda tertanya-tanya siapakah sebenarnya Siti Hajar Ahmad Sabir ini. Beliau bukanlah seorang artis, namun namanya sentiasa meniti di bibir rakan-rakan dan sahabat handai. Nama Siti Hajar juga tersebar di laman sosial tentang keperitan dirinya berjuang dalam sakit akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan dan kecekalannya, membuatkankeluarga serta rakan-rakan bangga terhadapnya. Namun Allah SWT lebih menyayangi dirinya apabila beliau telah kembali kerahmatullah pada 20 Januari 2013.
hajar
 Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa.Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambil alih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu.Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

sumber : kisahbest.my

Monday, October 17, 2011

ANDA MESTI BACA●•٠·



UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."





SUMBER : Tok Wan

Thursday, August 11, 2011

SYUBHAH,HARAM & HALALAN TOYYIBAN●•٠·

Assalamualaikum.....

kemarin aku p dgr "talk" mengenai PRINSIP KEJAYAAN  oleh Prof.Dr. Hjh Hamsiah 
pastu beliau ada kupaskan juga mengenai syubhah & haram ni dan2 boleh TERkedu seketika....wey....

kita skg kena memikirkan Halalan Toyyiban memang la dari nenek moyang kita lg memikirkan benda ini semua...Tapi sekarang benda yg ada kat pasaran kebanyakkan syubhah(Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.)

ni aku bg contoh la kan...bila rumah semua dah siap elok dibina...pastu kita mesti nak cat rumah kita bg cantek2 kan?bila nak cat pun guna berus/bulu yg belum tentunya halal ni...*kan dah kena fikir kat situ.....*

telah la makan minum kita yg menjadi darah daging ni....aku menjadi risau dgn cara yahudi memperbodohkan kita....lepa buat rokok TAPI lepa tak isap....lepa buat fesyen baju mcm2 TAPI lepa pakai tutup litup...lepa buat ubat TAPI lepa tak makan pun...lepa mkn narutalisme....*fikir lagi....*

bg pendapat aku lebih baik skg pada sapa2 yg nak berubah ni...berubah la dari skg...(tapi aku tak paksa hampa..)kita nak beli apa pun biarlah yg  Halalan Toyyiban dari sekecik2 benda pun...nanti tu semua nak jadi darah daging kita kan...

skg pun dah byk kat pasaran keluaran yg dah memang sah2 Halalan Toyyiban...seperti keluaran FITRAH AYU RESOURCES, HPA, ERA EDAR... sbb kita dah tahu yg buat tu semua org islam lg la bagus kan....

Thursday, July 7, 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LG BAHU YG MEMIKUL●•٠·

Tadi bila aja aku BW aku ada la singgah blog adik piyah ni...tiba2 aku sebak bila baca N3 dia...dan2 aku rasa nak shARE dgn hampa semua....


Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib.. by fillanie.

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb 01070068677528 Noormawati Mohd Rasif 

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan.. hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


nota tangan : sama2 kita doakan kesihatan norma & dan pada yg nak tolong panjangkan lg cerita ini sila la sebarkan dgn seikhlas hati kita....pada yg nak tau cerita lanjut tentang norma silalah ke blog  ---> Moon Punya Blog

copyright : Safiyyah Osman

Thursday, June 9, 2011

INI CheQITA CAMPUR2 YG LAST PART 2●•٠·

Assalamualaikum semua...ok tanpa membuang masa aku teruskan penyambungan cheqita yg kemarin(08.06.2011) ye...sapa2 yg belum baca sila lah klik di >>> SiNi bukan apa takut hampa heran plak mai mana cheqita yg ini plak...ok2 terus sambung sbb ada yg tak sbr nak tau ni...aku akan taip selaju mungkin...*konon la kan...*

Keesokan harinya aku ke pej.tanah Alor setar utk menyerah semua borang & kelengkapan salinan yg dikehendaki...

aku : Assalamualaikum cik...saya nak serah Borang P ni...

budak kaunter tingkat 1(org lain plak bukan budak yg kemarin) : sebentar ye kak..saya panggil pegawai yg berkaitan...

pegawai yg berkaitan : ya kak..mana borang yg akak dah isi tu?

aku : nah...*sambil aku serah pada dia*

pegawai yg berkaitan : ooo..yg ni kak kena buat dulu Penilaian harga moto....

aku : la saya dah buat dah...tak tngk ka?

pegawai yg berkaitan : ooo..sory saya tak perasan...TAPI kak surat ni kurang2 kena la ada chop nama kedai moto...

aku : la pulak...kemarin kata klu kedai moto tak leh buat...minta lepa nilai harga pastu kata boleh buat sendiri..

pegawai yg berkaitan : ha tak boleh kak oii..kena la ada chop mohor sikit...

aku pun tanpa membuang masa terus ke kedai moto yg bg nilai harga tu...TIBA-TIBA aku p bg lepa tak mau chop company lepa plak....Adusss..aku sudah pening & geram disitu...Dan tanpa membuang masa jg...incek su0mi aku bw keta terus ke chin hin kat jln putra plak...nak cuba nasib disitu sdgkan nilai harga tu bukan lepa yg buat...

lepas ada perbincangan disitu...incek su0mi aku terus mai kat keta...dan terus berkata YANG SEBENARNYA infomashen yg kita dpt ni semuanya silap belaka...*info ni semua dari pej.tanah la*YANG SEBETULNYA kena bawa moto & geran sekali p buat penilaian harga kat PUSPAKOM....dan kami terpaksa balik rumah dulu untuk mengambil moto..bila aja sampai rumah aku pun col adik aku yg pakai moto tu.....tut..tut..keja aku tergendala lg...sbbnya adik aku masa tu ada kat jitra..moto ada kat tempat keja dia...hai sgt2 la geram...urusan belum selesai lg...

Keesokan(08.06.2011) hari adik aku bawa la moto utk di timbang tara kat PUSPAKOM hampa nak tngk dak hasilnya?Upah dia baru RM30.00 sahaja....

nilai sebenar moto tu hanya yg aku gariskan warna merah kat helaian PUSPAKOM 
surat yg bertindih di belakang tu la yg aku dok ulang alik 2,3 kali ke pej.tanah...disitu aku ada gariskan warna merah utk menunjukan no.fail yg TERAMAT-AMAT PENTING sekali...


bila dah selesai semuanya...adik aku pun p la serah semua borang & salinan yg perlu utk proses harta yg tertingal itu...bila dah serah semuanya adik aku dapat surat ini plak....


maknanya urusan ni sudah selesai disini dulu...nanti lepa akan panggil pula utk proses seterusnya...Selesai sudah utk proses kali ini....urusan ni mengambil masa 3hari juga la...


Moral of the story : 
  1. Sebenarnya URUSAN PENTING mcm ni kita jgn lengah2...bila dpt tau kata ada harta yg tertinggal terus buat tak payah tunggu sampai dah terjerat baru kalut nak buat...
  2. Info : org pej.tanah patut tahu kat mana yg perlu moto di Nilai bukan pakai main cakap saja..
  3. Sila semak dulu borang yg diberi...
  4. Bila dah buat urusan ini anda semua harus menjadi seorang yg PENYABAR <----(bold sikit disitu)sbb kalau tak sabar mesti kecoh jadinya....
  5. hampa fikir sendiri lah apa yg perlu hampa ambik ikhtibar...




Wednesday, June 8, 2011

INI CheQITA CAMPUR2 YG LAST●•٠·

SAMBUNGAN DARI SiNi dan SiNu

gambar ni tak dak kena mengena dgn cheqita aku ni...sila abaikan....

Keesokan harinya aku pergi menunaikan tanggungjawab aku yg perlu diselesaikan itu...iaitu URUSAN PENTING yg aku nak bongkar kan disini....

URUSAN PENTING itu ada lah menyelesaikan bab harta pusaka arwah ayahdaku yg tertinggal ni...sebenarnya hal2 harta pusaka ni memang dah lama selesai lebih kurang 11 tahun yg lalu...ni kira ada harta yg tertinggal yg perlu aku selesaikan...harta yg tertinggal tu hanyalah sebuah motosikal...dulu masa urusan ni...geran motosikal ni masih ada kat kedai moto..sbb tu la tertinggal...oleh kerana skg dah tak boleh bayar rodtax tu yg kalang kelibut nak kena buat balik ni...dulu buat2 tak tau ja...sbbnya dah boleh byr rodtax lg...

aku kena ulang 2,3,kali ke pej. tanah sbbnya no.fail kami ni kena cari dulu..pastu baru boleh buat...aku cheqita dari mula mcmana aku dok ulang alik ni...

aku : cik nak tanya...kat mana saya perlu pergi utk urusan harta tertinggal ni?

budak kaunter tingkat bawah(pompuan) : eeeemm..setahu saya Amanah Raya yg kena buat!!*dia menjawab dgn wajah yg kurang enak sambil mulut menjuih kearah kawan senerai dgn dia*


aku :  apa la salahnya klu cakap elok2..kamu tu.. kan pompuan...manis tngk klu ckp elok2...(dlm hati aku berkata...)
Oooooo..pulak...padahal aku dah p Pej.Amanah Raya katanya suh mai sini...


budak kaunter tingkat bawah : kalau mcm tu kak p tanya tingkat 1 belah kanan tngk lepa nak kata apa...*dgn nada suara yg tak best didengar*<----- maksud aku disini dia cakap dgn tegas dan lebih kurang ja...
aku bukan nak suh layan aku mcm VVVIP tapi kan manis kalau cakap elok2....

aku : cik nak tanya...apa yg harus saya buat bg urusan harta tertinggal ni?

budak kaunter tingkat 1(laki2) : ooo...kak perlu isi borang ini (borang P) pastu kak ingat dak no.fail yg pernah buat disini dulu?surat2 yg berkaitan dgn Urusan harta yg dulu...*baguih cara budak ni layan pelanggan*

aku : ala tak ingat la...lg pun benda ni dah 11 tahun yg lalu...

budak kaunter tingkat 1 : klu mcm tu kak kena cari dulu..pastu br kita boleh buat...

aku : ok lah kak balik cari dulu..kot2 ada surat2 yg berkaitan harta ini...

aku pun balik rumah mak aku...cari punya cari jumpa la surat yg bertajuk : NO.FARAID ***** aku pun kata kat mak aku...mak2 yg ni kot no..sbb kat surat ni semua nama kami ank2 arwah ayahda ada termasuk la nama mak aku...

mak aku : eemmm..betoi la kot...jom kita p lekas tumpang awai lg ni...

aku, encik su0mi & mak pun bertolak la plak p kat Pej.tanah tu...ada la dlm 20minit jg la nak sampai...

aku : ha...ni ka surat tu?*sambil aku tunjuk surat yg bertajuk : NO.FARAID *****


budak kaunter tingkat 1 : bukan...ni bukan surat yg berkaitan...surat ni dr mahkamah syariah...

aku : ooo...pulak..ingatkan dah betoi sbbnya semua nama kami dah ada...*aku tak perasan la plak kat blakang tu ada cop mahkamah syariah..tu la kalang kabut sgt...*


budak kaunter tingkat 1 : klu mcm tu kak kena p pej. kami yg lagi 1 kat ank bukit...pej tu tingkat 3 jumpa dgn Pn.Hani..kak bgtau kat dia...minta dia carikan no.fail pastu baru boleh mai sini balik...

aku pun tanpa membuang masa terus ke pej. tanah yg satu lg di anak bukit...sebelum tu aku tngk jam dah nak dekat koi 1 nanti lepa mesti dah nak rehat ni...aku pun suruh la encik su0mi aku terus ke pej.aku(kat titi gajah) dulu utk aku & mak aku berenti berehat2 & solat sekali kat sana....


koi 2 pun sudah....

aku masuk pej.lepa tingkat 3 sapa pun tak dak lg kat kaunter...kami tunggu sampai koi 2.30 br la ada yg bertanyakan kami apa yg perlu dia bantu....

aku : Saya nak jumpa dgn Pn.Hani..

budak kaunter tingkat 3 : Pn.Hani tak dak dia belum masuk lg...ada apa hal tu kak?

aku : ni kak nak minta no.fail Urusan harta*mcm la byk sgt harta ni..hehehehe..* kami yg dulu...sbb ada harta yg tertinggal..*sambil aku tunjukkan surat Faraid yg tersenarai nama kami semua*yg sebenarnya surat tu pun memang penting jg utk lepa chek balik tau....

budak kaunter tingkat 3 : ok kak tunggu dulu saya bg lepa chek sat...

org yg chek no.fail kami : saya dah chek tapi gagal mendapatkan no.fail tersebut...

aku : dah tu mcmana ni?kami dah tak tau nak cari tang mana...sbbnya saya dah p pej.tanah kat alor setar lepa suh mai chek kat sini...dah 2 kali saya p sana...

mak aku : tolong la chek sekali lg...makcik minta tolong sangat2 ni...

org yg chek no.fail kami : sat saya try chek kat buku besar kot2 la ada...klu tak dak saya dah tak boleh tolong dah no...

kami tunggu ada la dlm 5 minit mcm tu...


org yg chek no.fail kami : ada dak nama Aswad dlm keluarga makcik ni...

aku : ada2...tu nama adik saya...aku tngk2 balik surat tu memang sama dgn surat faraid cumanya kat surat lepa tu lebih detail la & ada la no.fail yg kami nak cari tu....*maknanya disini memang ada pun surat tu cumanya lepa malas nak cari...*tngk bukan lama pun dia cari cuma ambik masa 5minit ja kan...

pastu aku minta dia tolong fotostatkan utk aku buat simpanan.....kami pun terus gerak ke pej.tanah kat alor setar pulak...


aku : ha dah jumpa dah...jadi skg apa yg perlu kami buat pula...*borang semuanya aku dah isi dah.. termasuk no.fail yang penting sangat tu...*

budak kaunter tingkat 1 : ok mcm ni kak kena p kedai moto mana2 pun tak pa...pastu kak minta lepa nilai moto tu skg harga dia berapa?kak bw ja geran moto ni pastu suruh la lepa buat surat sikit menyatakan sekian2 harga dia....*kalau kak buat sendiri pun boleh...TAPI kak kena tanya lepa bopa nilai moto tu?*saya rasa kak mai esok plak la..rasanya arini memang dah tak dan....

aku : ha ok2 kak faham...

pastu kami pun terus lg perjalanan menuju ke kedai moto utk ditimbang tara...masa tu jam ditangan aku menunjukan pukul 4.30ptg aku suruh encik su0mi aku berenti kat chin hin moto depan save cost...aku suruh laki aku p tanya tngk bopa lepa leh nilai...


encik su0mi aku mai balik kat kereta aku tngk dia hanya pegang geran moto ja...tak dak pun surat yg disertakan....aku pun terus bertanya

aku : abang mana suratnya?

encik su0mi : lepa tak leh buat...lepa suruh kita p kat AAM kat shahab perdana plak...

kami pun terus ke AAM kat shahab perdana plak...encik su0mi aku p tanya kat lepa...pastu tau apa jawapan lepa...kalau surat tu lepa nak keluarkan utk pej.tanah lepa minta RM 150.00 kalau surat tu utk Amanah Raya lepa minta RM40.00

tu dia..punya la byk kena byr...pastu aku pun terus terfikir apa yg budak tu kata...*aku boleh buat surat sendiri...*tanpa membuang masa...aku terus balik rumah mak aku & suruh adik aku plak p kat kedai moto lain..minta lepa buat surat nilai...kalau lepa tak boleh buat jg...hg tanya lepa bopa harga yg lepa boleh nilai?

adik aku balik bgtau kat aku kedai moto lain pun tak mau buat jg..pastu dia kata..dia tanya kedai moto tu nilai harga moto kami ni hanya RM1700.00 sahaja...

aku pun terus reka sendiri surat pastu aku masukan harga yg disebutkan oleh adik aku tu...





keesokan harinya aku p la pej.tanah alor setar....sambung di next N3 ye....aku dah penat menaip...>>>




moral of the story : apa yg anda dpt dari N3 aku ni....ha fikir2 lah sendiri...aku rasa byk juga yg boleh dibuat ikhtibar ni....



Tuesday, June 7, 2011

PENGUMUMAN PENTING SILA AMBIK PERHATIAN●•٠·

tak habis2 lg ka pengumuman aku ni....*didalam hati hampa mesti berkata seperti ini kan......*ok2...kita stat story mory dari sekarang...
Assalamualaikum...hampa semua apa kabar?aku sihat2 saja...aku kembali bersiaran...hampa semua rindu aku dak?pasti rindu kan??*cewah2 disini aku sgt2 perasannn*ok2 skg teruskan dgn agenda aku...pasal bab cuti tu aku tak la p mana sgt pun..semuanya aku p kenduri rumah sanak saudaraku & selesaikan sedikit urusan penting...nanti aku up kan entry pasal aku p kenduri & urusan penting itu ye...

ok hari ni aku nak bgtau pada hampa semua yg mana.. ada yg masukkan URL aku kat blog list hampa kan?adakah disini hampa semua perasan?sbbnya URL aku yg dulu tu yg ini >>> http://mysweetworld-didie.blogspot.com (skg telah digunakan oleh org lain,rasa2nya org indon) dulu aku pernah bgtau pada hampa kat entry <<< ini SEKARANG URL aku adalah >>> http://makencikladyzul.blogspot.com/ sila hampa semua ambik perhatian ye... 




terima kasih yg tak terhingga pada kwn aku yg sorang ni >>> Lady GaGa sbb dia lah penyelamat dunia blog  aku...eceh2...dari dia lah aku dpt tau semua ini...Dia sungguh prihatin.. pg2 lg dah col bgtau aku bab ni..dia sgt terkejut sbbnya dia kata kat blog aku tu cuma ada sebijik telur dah tu gunakan bahasa indon plak...dia memang TERBAIK lah..


p/s : ok cuma ini yg aku nak bgtau pada hampa semua...skg aku nak sambung p makan kenduri lagi..

Thursday, June 2, 2011

MINTA PERHATIAN●•٠·

Assalamualaikum....
Dengan ini...*sambil mengetuk drum...tanda pengumuman...dgr dak? klu tak dgr pendek umur* aku mengumumkan mengishtiharkan aku akan bercuti selama 5 hari bermula esok.....*ada ka yg kesah?*lantak la...kot2 la ada yg kesah kan...btoi dak?*
hampa semua jgn cari2... jgn rindu2...jgn nangis2...jgn risau2...nooooo..aku cuti 5 hari ja...tak lama pun....
dgn ini aku meninggalkan gambo utk hampa tenung2 masa ketiadaan aku ye....

tngk puas-puas ye...




babai...tata..titi..tutu...



Tuesday, April 5, 2011

AKU INGIN CONTOHI WARDINA SAFIYYAH●•٠·

Assalamualaikum semua....
hampa kenal dgn Wardina Safiyyah?klu tak kenal tngk pict dia kat bwh ni... aku sambar kat pokcik Go0GLe, ok dah kenal kan...

kat sini..aku plak nak kongsi sesuatu yg amat menarik minat aku.. cara dia mengajar anaknya SOLAT 5 WAKTU...ekceli...aku terjumpa N3 ni kat blog teacher Diela aku minta izin utk copy & paste kat blog aku...sbb aku rasa memang perlu utk kita kongsi bersama mcmana cara dia mengajar anknya utk BERSOLAT klu ada yg nk ikut tu...ikut la...klu tak mau tak pa...mungkin hampa ada cara tersendiri kan....dibawah ini tercatitnya penulisan WARDINA SAFIYYAH...


bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


insyaallah akan aku cuba mengikuti cara2nya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat