Thursday, December 29, 2011

ADAKAH ANDA INGIN MENCUBA?●•٠·


Untuk keterangan lanjut berkenaan Kopi Aroma Asia klik  ---> DiSiNi

Untuk keterangan lanjut berkenaan Kopi Inspirasi Dara plak klik ---> DiSiNu

Sunday, December 11, 2011

PEMANDU YANG KURANG AJAR●•٠·

Assalamualaikum semua....

jom kita tngk dulu video klip ini...pastu baru aku boleh cerita...



ok dah tengok?apa perasaan ANDA?marah?geram?mcm2 perasaan semua ada kan?yang sebenarnya cerita dia bermulanya mcm ni.....

pemandu kereta vavi viva ini aka PKJ 3637 tak puas hati..sbbnya encik su0mi aku bagi hon...semasa dia nak masuk line depan kami ketika dia hendak memotong kereta kami...haihs..hampa faham dak ni?mcmana aku nak cerita tak tau...

ok2 aku cerita dari mula lah...kami nak ke teloi kanan utk menghadiri kenduri Arwah abg kami di sana...masa dlm perjalanan itulah pergelutan ini berlaku...*pergelutan la sangat...* destinasi ke teloi kanan itu keadaan jalannya bengkang bengkok(mcm dam ular gitu...)ok bila dah jalan tak lurus...makanya kenalah bawa kereta dlm keadaan biasa-biasa saja..kalau nak potong kenderaan lain kena tengok dulu...adakah jln itu selamat utk memotong kenderaan tersebut...ini tidak...dah tau dah kata ada lori dijln bertentangan nak juga memotong...perkara ini terjadi pada kereta vavi viva itu la...bila dia memotong kereta kami ada pula lori di jln bertentangan maka kalut la dia nak masuk line depan kereta kami...kena gaya plak...encik su0mi aku ni pemandu yg berkhidmat..*berkhidmat la sangat...* maka dia pun bagi la hon...apa lagi...kerata vavi viva itu pun mula lah nak tunjuk belang sama...lepas pada tu...terus tak bg jalan langsung kat encik su0mi aku...dia buat2 bawa kereta vavi viva dia tu pelan-pelan...bila encik su0mi aku nak memotong kereta dia...dan2..dia pun tekan pedal minyak lawan sama naik dgn kereta kami...TAPI dia silap la....p lawan plak dgn cikgu memandu...maka kalah la dia.....kahkahkah....dgn itu kereta kami dapat la memotong balik kereta vavi viva itu....

lepas pada itu...aku pun ckp la dgn encik su0mi aku...

Aku : dah2 abg tak payah la dok lawan dgn dia..biaq dia..satgi kalau kita lawan dgn dia...kita pun turut sama bodo mcm dia....

laki aku : eemm...ok la...TAPI satgi dia kata abg takut kat dia plak....

Aku : eemm...abg ni...kita tua ka dia tua...abg lagi arif pasal bab2 drif ni kan...kalau tak...abg tak jadi la cikgu memandu....<--- ayat nak perelok keadaan tu..hehehhehe....

dalam aku dok ckp2 dgn encik su0mi aku tu...kereta vavi viva itu ambik kesempatan utk memotong balik kereta kami...aku pun ckp la...biaq dia la nak buat mcmana pun...kita tengok dan rakam ja aksi dia...(mcm video klip diatas tu la)bila dia perasan  yang aksi dia dirakam...dan2 dia menunjuk jari hantu dia..(isyarat FUCK) la kot org panggil...betoi ka dak aku pun hentam ja ni...

moral of the story apakah yg anda dapat dari sini?

Tuesday, December 6, 2011

DETIK-DETIK TERINDAH●•٠·

Assalamualaikum semua.....
Ya Allah aku minta ampun la kat hampa semua...dok kata nak updet cerita lepas majlis sambut besday aku n my princess terus terlupa...hampa jgn kecik hati na...aku skg tak brapa nak dan sangat...tu pun jgn... nak jadi blogger tegar ketegaq konon2....


ok pict yg hampa tngk masa WW ni...ini lah satu2nya bunga yg pertama kalinya seprais dari encik su0mi aku...tak pernah lagi aku dapat sebelum tu...mesti hampa kata teruk kan...mcm tu la encik su0mi aku ni...dia tak seromantik mcm suami org lain...TAPI tak pa...aku bahagia sangat2....detik2 seprais tu akan aku ingat sampai bila2...i lap biu lah abang...sayang abg ketat2...

utk pertama kalinya juga...pada tahun ini aku carikan hadiah yg teristimewa buat mak aku yg tersayang kerana melahirkan aku didunia ini...selama 32tahun tak pernah aku terfikir untuk belikan dia hadiah sebab melahirkan aku...*selalu bg hadiah pada hari lahir dia & hari ibu saja...*tahun ni... ini lah tahun pertama kalinya aku membeli hadiah utk dia...sayang mak ketat2 juga...


majlis yg berlangsung tak la semeriah mana cumanya keluarga yg terdekat ja yg meraikan majlis kami ini....hadiah aku & encik su0mi belikan utk farah pun aku lupa nak snap...cumanya aku snap pict dia pakai hadiah aku & encik su0mi bg masa majlis kenduri sepupu aku...kira aci la no aku tempek kat sini...

seronok dapat pakai baju baru tu...

kiranya hari tu sapa nak ambik gambar ja dia pun sibuk dok menempek juga la...lo lupa plak nak tayang kasi zommes gambo kek kami kat hampa...bg teliuq sikit...*teliuq la sangat kannn...*kahkahkahkah..bajet mcm kek mahai la konon...

taaaraaa....

Wednesday, November 30, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Monday, November 28, 2011

HAPY BESDAY TO ME & MY PRINCESS●•٠·

Assalamualaikum semua....

Syukur ke hadrat ilahi keranaMU YA ALLAH... aku masih lagi bernyawa dan sihat alhamdullillah disamping org2 yg TErsayang...hari ni adalah hari lahirku yang ke 32 tahun baru....<---baru la sangat...hehehhehe..

Untuk anakku Farah Najwa dah pun cukup 2 tahun hari ini....semoga kamu menjadi ank yg solehah dan taat pada perintahnya...insyaallah...

terima kasih juga ku tujukan pada adikku yg nun jauh disana....rasa sgt terharu dgn N3 itu....sayang kamu ketat2 juga lah....dan tak lupa juga pada besfren aka ofismet aku yg belanja aku makan untuk hari ini...terima kasih & sayang KakG ketat2 juga....muah2....

nanti aku update pula apa terjadi utk hari ini ye....tungggguuuuuuu.....

Thursday, November 24, 2011

MASTERCHEFF●•٠·

Assalamualaikum semua...rindu plak kat blog aku ni...aku minta maaf sangat2 pada yg dok tunggu N3 aku ni...*perasan* bukan apa aku skg memang dah stat sibuk kalau ada masa aku up N3...kalau tak dak masa pakai terkubur lah dulu...

sebenarnya mcm2 aku nak story mory kat hampa ni..cuma tangan aku plak tiba2 jem nak taip segala bagai N3 nya...ni kira yg mana dan dulu lah aku story ye adik2...kakak2...abang2..pokcik2..mokcik2...

al-kisahnya bermula mcmni...aku kan makalau masak ja memang tak pernah pakai apron...sbbnya aku rasa mcm rimas ja...apron ni bukan tak dak kat rumah... ada dah berlai2 tapi tak pernahnya pakai...tapi kemarin aku balik ja dari meeting aku singgah sat kat market besar...aku tngk ada la mcm2 lepa dok meniaga...(kat luar kawasan market besar)eemmm..tiba2 terpandang la 1 khemah jualan ni...dia ada jual apron bundle...dan2 rasa2 mcm nak p tngk....sbb utama yg aku bekenan ni...dia ada mcm2 jenis corak dan peten...geram plak aku tngk...semuanya kain cotton...yg ada kat rumah tu..kain cotton juga tapi dibelakang dia ada lapik plastik aku tak berapa bekanan...

kelas(pilih)..punya kelas....eemmm..bekenan la yg ni...jom kita tngk masterchef beraksi...*beraksi la sangat...*

aksi bergambar ja lah...masaknya belum lagi...kah..kah..kah...

cantek kan apron tu...tok sah tngk org dia la...org dia tu tak brapa nak cantek...hehehehhe...

lepas ni maklau masak ja...wajib la pakai apron tu...aku bila ja pakai apron tu dan2 rasa mcm masterchef yg masak la....kah..kah..kah...TAPI rasa masakan tak berapa nak chef sangat la kan...hehehehhe....

hampa tau herga apron tu bopa? herga apron tu selai 2 hengget ja...tu yg aku rembat 2 lai tu...murah giler kan...giler pun tak murah macam tu....

ok2 kalau aku ada masa...aku up N3 lagi kat hampa no...caucincau....

Wednesday, November 9, 2011

YEEE..HAA...DAH BOLEH PAKAI DAH●•٠·

Assalamualaikum semua....wah2 dah berkurun lama kurasakan....aku tak menghapdet ini blog ye...adakah yg merindu?eceh2...perasan p la..kan....

sebenarnya kekangan masaku cukup ketat lagi sendat ya amat....itulah sebabnya tak berhapdet2...sila terima alasan ini ya adik2...<--- boleh paksa gitu?

ok2 berbalik pada tajuk ye adik2...aku sebenarnya dah lama teringin + mengidam nak memakai segala jenis jam yg berada dipasaraN kini...herga ni tok sah kira la....ada yg murah... ada yg mahal....murah tu bermaksud bawah dari doploh hengget....dan mahal ni bermaksud.. bawah dari tigapeloh hengget ya adik2....(ni herga bg aku la...kalau tigapeloh hengget tu ada sesetengah org dia kata murah lagi....)maklumlah aku kan bajet semua tu...sebelum ni aku memang tak boleh pakai jam jenis seploh hegget ni...<--- ayat bajet retis konon...bukan sbb murah sangat...sbbnya kulit aku ni alergic lo....

TAPI tiba2 itu mlm aku pergi itu tesco(bukan dlm tesco ye...tang lot2 kedai luar) aku pun terus mencuba dan menggagahkan diri utk membeli itu punya jam....aku cuba memakai seharian dgn tidak membuang langsung...TIBA2...wahhhhhh....baru aku perasan....tangan aku dah tak  alergic lo....ini 1 perkembangan yg sihat lg cukup bagus..... lepas ni siap la...aku wajib mesti memborong punya la....tunggguuuuu.....

bagi aku biar bergaya janji tak papa...(boleh mcm tu...)itu perinsip aku...biar benda tu nampak murah tapi kalau kena dgn gayanya dia nampak curlastt <--- pinjam ayat ye Ayu  hehehehehhe....

hampa semua nak tngk dak jam aku ni?<--- tanya tu mcm bajet retis la plak kan....kah..kah..kah...

jom kita zoooomeeees itu punya jam...

herga dia 1 baru duabelas hegget je...murah gilerrrr kannnnn......lepas ni koleksi aku akan bertambah la...

mai kita tngk plak cantik dak bila dok kat tangan aku...<---ayat org perasan....hehehehhehe....

gambar ada sikit blurrr2 ye adik2...sebabnya i guna phone pink2 ja...kamera i entah dimana buat masa ini...

skg pakai jam ikut tema baju la katakan....bajet mcm org kaya2 la...hari2 mau tukar jam....kah..kah..kah..

Thursday, October 20, 2011

KAU ADA?●•٠·

Assalamualaikum...

Ada yang kata tak ada....ada yang kata tak tau....dan ada yg tanya siapakah beliau....untuk pertanyaan disebalik WW kemarin....


Siapa Dr. Azizan Osman?

Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.

Kepakaran beliau adalah di dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya. Beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Beliau juga merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan & kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah terbukti berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.

Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran, beliau telah membimbing lebih 100,000 individu hanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini serta telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.

Dr. Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah seperti Majalah Jutawan, akhbar seperti Metro Ahad, radio dan kemunculan di televisyen.

Beliau juga selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.

Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran Malaysia (Malaysian Institute of Marketing) serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sains (Metafizik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi.

Sekiranya organisasi anda memerlukan perkhidmatan beliau atau ingin mengundang beliau untuk bercakap mengenai pembangunan potensi sumber manusia, jualan, pemasaran, kepimpinan atau kualiti perkhidmatan pelanggan, beliau boleh dihubungi di Chairman's Office, Richworks melalui Puan Sharina di sharina@richworks.com.my atau hubungi 03-55191260 -Admin-


sekarang mungkin dah ada yg faham dgn sedikit penerangan dari Admin Alumni Dr.Azizan ni ye....

ok berbalik pada cerita aku plak....bg aku la kan..pada sapa2 yg baru nak mulakan perniagaan..dalam perancangan nak buka perniagaan...atau dah pun memulakan perniagaan...anda WAJIB (siap bold lg tu...)kena dgr talk yg diberikan oleh beliau....insyaallah perniagaan anda mesti akan menjadi huru-hara....huru-hara?ya...kenapa anda harus terkejut dgn perkataan huru-hara tu?hanya anda akan mendapat jawapannya setelah anda mendengar talk oleh beliau......rugi pada sapa2 yg tak dgr talk beliau...memang best giler...giler pun tak best mcm tu...<--(bak kata Dr.Azizan...)moga aku kaya & berjaya....dan tak lupa juga aku doakan kepada hampa semua...semoga anda kaya & berjaya....

Wednesday, October 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

1

2

3

4

kau ada??

Monday, October 17, 2011

ANDA MESTI BACA●•٠·



UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."





SUMBER : Tok Wan

Wednesday, October 12, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Wednesday, October 5, 2011

SAYA DEMAM LAGI●•٠·


Hari ini saya demam lagi...kakak2, abang2, makcik2, pakcik2.... yg singgah diblog ibu saya tolong doakan saya semoga cepat2 semboh ya....

JAWAPANNYA●•٠·

Assalamualaikum....

eemmm....ada yg dah teliur ye.....bila tngk WW tadi....hehehehhe...ada yg jawab betoi...ada yg silap...tu org kedah panggil LAKSAM....Laksam yg aku makan tu masa majlis pertunangan 2pupu aku minggu lepas....aku sampai kemajlis tu pun dah lewat sebenarnya....sbb tu aku tak dpt bergambar masa bakal mak mertua dia sarung cincin...aku cuma dan snap ini gambo ja.....


ank dara pun sibuk bagai...sampai nak ajak ambik gambar pun punya la bizi bersms dgn tunang dia la kot....lagi satu aku terlupa nak ambik gambo hantaran la pulak...punya dok sedap memulun makan laksam tu la...hehehhehe....

adakah anda semua perasan...disudut gambo itu?itu adalah watermark dari Dari jepun tu....terima kasih daun keladi ye ayu...kalau rajin buatkan la lagi....

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Tuesday, October 4, 2011

VIDEO MAYAT BAYI DALAM LONGKANG●•٠·

Aku ni tak tau apa nak ckp pada mak sibudak ni....memang tak dak hati perut sungguh...bg aku yg susah utk mendapat ank ni...aku tiba2 sedey tngk mayat bayi ini....

masa aku baca kat SiNi aku dah memang sedey dah.... ni pulak bila tngk video ni lagi2 la aku sedey sgt2...pada simak budak ini hang memang KEJAMMMM.....

Monday, October 3, 2011

WATERMARK DAH ADA●•٠·

Assalamualaikum....

wah2 gumbiranya dlm hatiku kerana apa yg selama ini aku impikan semuanya dah menjadi....sekarang gamboku dah ada "watermark"nya.....terima kasih buat Adik ADAH yg tlg men"design"kannya....siapa adik adah ni?dia adalah ank saudara pada Akak YUS kita ni...kemarin dia dah "makeover"kan blog akak yus ni...pastu aku pun mencelah juga la minta adik adah ni tlg buatkan watermark utk aku....no..no..no..no..bukan tolong saja...pasti kena ada upahnya....

pastu minta dia tlg buatkan Scroll sekali....aku ni bukan pandai nak Edit HTML bagai...buta it la katakan...yg aku qeti nak up entry pandai la..*alaaa...up entry pun 3hari sekali tu yg kata pandai....* kahkahkah...

jom kita tngk watermark aku itu...pastu ada sedikit aku nak selit kat sini ada yg bertanya kat mana aku beli stiker pada entry iNi dan kat sini juga aku akan bgtau segala2 rahsianya...*eceh2...rahsia la sangatkan....*

taraaaa....santek dak "watermark"ku

ok sekarang aku nak buat kakelesyennya :-

1.cermin beli kat kedai RM2.x 20keping...
2.stiker beli kat TSB(Taman Sultan Badlishah) SUPERSTORE RM3.90 satu set...semua aku beli 9set...kalau kat tempat hampa tak dak TSB SUPERSTORE ni kat GIANT, TESCO & PASAR HARI(pasar tani) pun ada jual...
3.double sided yg ada span tu RM3.x5
4.gambar hiasan tepi cermin kat kedai RM2x2keping

jumlah semua jadilah sembilanpuluhempathengget sahaja....ala sory2 sekupang lupa kira....hehheehhe TOTAL :RM94.10 TUNAI.....

ok selamat mencuba bagi yg nak mencuba la kan....



Sunday, October 2, 2011

DAH SIAP DI"MAKE OVER"KAN●•٠·

Assalamualaikum....

cehhh tajuk ada sikit "over" disitu....bukan apa hari tu...aku ada la masuk blog Kasih Firdaus ni..aku terjumpa AKA dok gerodek baca entry dia sama..tiba2 aku TERbekenan nak meniru la plak kan...sbbnya aku punya minat yg sama dgn dia...nak beli cermin besar2 mcm kat rumah org tu...rasa mcm mahal la kan...sampai cecahan ratusan hengget....aku pun dgn rasa tak malunya terus nak meniru cara ke kretifan dia....

jom kita tngk apa yg aku tiru ke kretifan dia...TAPI dgn cara aku sendiri la kan...aku tiru cara dia jimatkan kos...biasa la aku ni bukan la kayo rayo sangat...mana yg boleh jimat tu nak jimat ja....la aku dok melalut apa ni...jom2 kita tngk apakah yg di "make over" kan itu.....

taraaaa.....inilah cermin ajaib yang aku maksudkan itu.....

cermin ni memang aku dok letak kat bilik ayaq ja pun..entah kenapa sikit tak terpikir utk mengkretipkan ia....nasib juga aku dok gerodek2 blog kamu ya aida....boleh juga aku merealisasikannya...

ini cermin yang aku letak kat bilik ayaq...stiker bunga tu lebihan dari aku "make over" cermin yang kat atas tu...

dan ada lagi aku meng "over"kan kabinet tv aku ini....

 see..see...cermin dia semua aku lekatkan kertas pembalut hadiah sebenarnya....tak la nampak terus menerus apa ada kat isi dalam tu kan....sebenarnya kat dalam tu ada apa benda tah aku sumbat ja dlm tu....bila dah buh kertas tu....dan2 nampak kemas kan....hehehehhehe.....

kos aku "make over"kan cermin ajaib itu termasuk stiker2, double sided tape,gambar2 yg ada kat sebelah cermin itu semua hanya....sembilanpuluhempathengget sahaja.....murah kan....jadi pada sapa2 yg ada keinginan mcm aku untuk memiliki cermin besar....silalah tiru mcm aku......

Thursday, September 29, 2011

NI ADA LAGI TABIAT DIA●•٠·

Assalamualaikum....

Ada lagi cerita pasal anak dara aku yg sorang ni... ya la....baru sorang ni keja dok cerita pasal sorang ni ja lah....kan..kan...ka hampa dah cemuih(boring) dah keja aku dok cerita pasal ank dara aku ni ja...dak kan...dak kan....suka kan....suka kan....hehehehe (perasan p la.....kata ada org nak dgr cerita aku ni...)biaq aku syok sendiri ja...tak gaduh kena byr apa2 pun....

dah lama sebenarnya aku nak cerita pasal tabiat dia yg ni...cumanya tak dan nak snap gambo ja...kalau nak cerita musti kena ada bahan bukti juga kan...baru lah sahnya cerita itu...ada betoi???

ok2 jom kita tngk gambo dan tabiat dia itu....


e'ehh...silap upload la...yg ni gambo dia lg jelas...sory no...


see...see..see...see...itu la tabiat dia...kalau minum susu pasti jari kelingking(jari kecik)dia mesti terjongket naik punya...pegang p la botol panjang ka pendek ka...mesti itu lah terjadinya bila dah nak minum susu....lawak kan dia....bila tngk gambo ni aku pun dok gelak sorang2 ja...hampa gelak la sama....

Tuesday, September 27, 2011

SPEK MATA●•٠·

Assalamualaikum....

Al-kisah bermulanya dgn aku suka tinggal merata2 spek mata aku yg satu(yg ni memang tinggal kat rumah) ni...bila aku cari2 balik tngk2 dah ada kat tangan anak dara aku yg sorang ni... suka sungguh dia dgn spek mata aku ni....

kadang2 bila balik keja @pun mlm ja (aku ada 2 spek...yg pakai p keja yg lain..yg di rumah pakai spek mata yg lama...)<--dgn megah habaq kata aku ada 2 spek tu....hohohoho..  aku mesti cari spek mata aku ni...sbb nak tngk tv @pun nak buat keja rumah baru la cari...dan2 dia pun tolong aku carikan...tau pulak dia kat mana aku letak spek mata aku ni....bila dah jumpa dan2 dia ambik bg kat aku...boleh harap dah ank dara aku yg sorang ni....

mcm mlm2 yg sudah kali ni aku ingat aku letak kat mana spek mata aku tu...TAPI saja ja buat2 tak ingat...dan2 ank dara aku yg sorang ni...ambik ja hujung kepala aku(kat tempat tidur) tngk2...dia memang ingat punya spek aku tu...tau kata ibu dia ni rabun...TAPI yg sebenarnya dia teringin nak pakai...mungkin dia jadi hairan...bila tiba nak tngk tv ka..nak buat2 keja apa ka...mesti aku kena pakai spek ni...setakat nak terang kat dia boleh ja...TAPI adakah dia faham?

untuk sekian kalinya...aku pun mlm tu saja2 ja boh spek kat dia...hampa nak tngk dak gambo yg aku snap bila dia pakai spek mata?mesti nak tengok kan....kan....kan...kembang kuncup p la hidung tu tanda setuju...

taraaa....

seronok sungguh dia bila boleh pakai spek mata aku...lepas ja pada aku pakai kan utk dia...skg dah buat tak tau dah pun pasal spek mata aku ni...oooo...skg baru ibu faham ya...kamu ni ada udang disebalik batu ya...kamu memang nakal tau.....

Thursday, September 22, 2011

SELAMAT MEMBACA●•٠·

Assalamualaikum...apa kabar kwn2 semua....aku sihat-sihat aja...ada yg bertanya kemana menghilangnya aku?aku ada ja...cuma mood utk up entry agak sibuk kebelakangan ini...(boleh jwb mcm gitu...)kalau bloger yg tegar ketegar ni...alasan ni langsung tak boleh diterima pakai kan....ok dah-dah melalut plak aku ni...

tadi dok gerodek-gerodek fb baru... tiba-tiba aku terbaca kat wall fren FB aku tu...bunyi mcm sedap ja...tu yg aku pun dgn sepantas kilat meng"share"kan kat sini...moh la kita secara berjemaah membaca kisah ini....kurang-kurang lepas baca kisah ni ada juga org menghargai kita ye.....

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...... ... ... ...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!
Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....

Wednesday, September 21, 2011

Thursday, September 15, 2011

APA ADA DISEBALIK ITU?●•٠·

Assalamualaikum....

kemarin(semalam) aku ada la buat ENTRY NI sebenarnya tak dak apa pun disebalik tudung itu...cumanya aku nak bgtau kat hampa.... sekarang memang dah susah payah nak cari tudung salji mcm tu...

aku memang dah lama mencari tudung salji yg unik mcm tu...zaman2 tok2 aku senang ja mencarinya...tapi skg memang dah susah dah...tu pun aku jumpa kat bazar ramadan kat stadium...lepas ja jumpa tu aku belum rembat lagi...cuma p riki harga dulu...(RM 33.00)

hari last posa baru aku beli pastu aku tawar la habis habisan...cuma dpt kurang 3 hengget saja...tak pa lah...janji boleh tawar...aku minta 25 hengget pun dia tak bg oooo...TAPI bila aku fikir2 balik kalau kita nak buat bukannya kita qeti pun...30 hengget pun aku rembat juga lah...

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Thursday, September 8, 2011

INILAH BAJUNYA●•٠·

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak tunjuk kat hampa semua pasal aku beli baju last2 minit ni...pasal aku beli baju last minit?pada sapa2 yg tak tau lagi klik dulu CeRiTa iNi <--sila klik dulu(ni kira hukum paksa ni...)pastu baru boleh sambung tngk baju yg bakal aku tayangkan ini...

ini aku buat pun atas permintaan peminat aku untuk tengok baju yg berjahitkan tali tangsi ni...pada PN.IJA silalah tengok baju kakD ini...huhuhuuhuhuhu.....

aku pilih kala ni... sebab kot2 boleh join dgn geng purple la ceritanya ni....

sampai tak perasan langsung bab tali tangsi ni...geram i tau...menciii lahhh...*pasal tiba2 aku over ekting ni...*gambo kat bawah ni aku z000ooomeesss sikit untuk tengok tali tangsinya....

see...see...see....kalau aku tarik ja tali yg terjungkit naik tu....kompom2 la semua tali tangsi tu akan terkeluar semuanya.....(ni lipatan tangan & bawah baju...)

kawan2 nanti beringat2 lah ye....nak pilih baju jangan kalang kabut mcm aku...nanti tak pasal2 kena jahit lain dgn benang(bila jahit dgn benang jahitan itu akan kukuh la sikit..) sekarang aku dah berkira2 nak stat jahit tangan dah la ni...sbb esok baru semangat nak ambik gambar lain dengan baju ini bersama keluarga kecik aku...kesian kan....dah bopa hari raya baru nak ambik gambar dengan keluarga kecik aku....hampa tunggu ja...nanti aku akan uploadkan...

Wednesday, September 7, 2011

JAWAPANNYA●•٠·

tadi kakcik & kawan2 yg lain juga ada cakap....pada pict WW <---klik kat situ pada sapa yang belum tengok lagi....adakah itu R****I T****N raya aku?

kakcik ini jawapannya... hadiah pada ENTRY <---- aku yang ni la.....pada yang nak tau.. sila la buat2 gatai2 jari klik link tersebut....hohohohoho

ok dah tengok ka?


Terima kasih banyak2 pada incek su0mi aku.....i lapbiu lah....

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·


zoooomeeesss sikit bolehhhhh?(boleh pula mcm tu....kata WORDLESS WEDNESDAY kan....hehehehe..)

Tuesday, September 6, 2011

BAJU RAYA BELUM SIAP?●•٠·

Assalamualaikum....
pada 29hb....
TELEFON BERBUNYI RING..RING...RING...RING...KU ANGKAT AKU TANYA?BAJU RAYA DAH SIAP BELUMMMM...?TIBA2 YANG MENJAWAB BALIK KATANYA BELUM SIAP...NAK BUAT MCMANA DAH TAK DAN...NANTI BOLEH PAKAI JA LEPAS RAYA....apakah perasaan anda?

huhuhuuhuhuh....sangat sadis tau bila baju raya yg ditempah awai tiba2 tak boleh pakai pada hari yang sepatutnya....gerammmmnya akuuuuuu.....

oleh kerana aku ni memang baikhati orgnya...aku pakai ja baju mana yg ada...*ceh wahhhh....*padahal mak aku suruh ja p sambar(beli tau..) baju ready made....memandangkan aku ni jenis ANK YANG mendengar kata mak aku...rembat juga la dgn hati yg tak keruan ni....hehehehhehe....boleh macam tu....ya la....dah semua org ada baju baru aku sorang ja tak dak...mana boleh jadi...tang incek su0mi aku plak suruh ja pakai baju tahun lepas kataku membazir ja beli byk2 lai...bukan abang pakai pun....tengok baguih kan aku....berjimat cermat orgnya...*sila anda semua muntah skg juga...*

aku beli juga baju yg dah siap tersedia...TAPI kan yg aku tak perasannya....tang tangan baju & bawah baju boleh ja lepa jahit dgn tali tangsi....tau dak tali tangsi tu?yg warna putih yg org buat tali mengail(memancing) tu la....tapi yg ni halus sikit....*yang sebenarnya hatiku masa tu dah tak keruan sbb mengingatkan pada baju aku yang tak siap2 itu.....& masa membeli belah aku sangat suntuk waktunya*tu yg tak perasan tu....*alasan*adussss...dah la herga dia boleh tahan juga....

peringatan ini utk aku & kawan2 juga la kalau nak beli baju tngk2 la jahitan dulu...kalau tidak tak pasal2 balik nak kena jahit balik semua tu...kalau pakai juga dgn tali tangsi itu...haruslah akan tekeluar berjuntai2 tangan & bawah baju...ada faham kah anda semua dgn cerita aku ini?huhuhuhu...kalau tak faham sila ulang baca 2,3, kali bg faham juga....boleh paksa mcm tu ka?ya ampun...

barisan belakang dari kiri :- Munirah (bini adik aku No.2), Adik aku No.2 (Hasrul), Adik aku no.4 (Hafizi), Adik aku No.5 (Hanif) no.4&5 lepa 2 ni kembar, incek su0mi aku, & Aku.
Barisan Depan Dari kiri :- Adik aku yg no.7 a.k.a yg bongsu (Najdah), Farah najwa a.k.a ank dara aku, Mak aku, Haziq (ank adik aku yg No.2), last sekali Adik aku yg No.6 (fairuz)
sebenarnya ada lagi satu keluarga...adik aku yg no.3 tak dak...dia keja...dgn bini dia pun segan nak bergambar bagai....

nak tngk gambo lagi jelas klik >>>> SiNi

sebab itu lah masa nak ambik gambar diatas aku, incek su0mi & anak dara aku kami semua tak sedondon warna purple kale....sbbnya aku ni kan jenis dengki...kalau aku tak mengikut tema incek su0mi & ank dara aku pun aku tak bg pakai semacam hehehehehhe...kejam kan aku.....*ampun ya bang....*

tu bukan baju yg aku beli tau...sbbnya baju raya aku memang tak syok la nak pakai.....sampai kan masa hari raya sekeping gambar pun aku segan nak ambik gambar dgn baju raya itu....*hati sudah keciwa sgt2*

Monday, September 5, 2011

PERSIAPAN RAYA●•٠·

Cer tngk tajuk tak best langsung kan...org cerita sebelum raya yg aku plak pelik benar...lepas raya baru nak bercerita....TAPI ada geng juga...sbbnya masa tu aku memang la tersangat bizinya sampai tak tau nak ckp lahh...kalah menteri besar...*perasan tiba2....*

mula2 sibuk p ambik duit raya...kat kakipar aku...nasib baik dia tolong tukarkan...pastu balik sibuk boh dlm sampul pulak....

duit ni utk ank2 menakan & adik beradik yg terdekat....
ni bukan duit aku sorang ya...duit besfren aku sekali....saja ambik bg nampak banyak...hehehehe..

org sibuk buh duit dlm sampul tak cerita pun mcm aku kan....saja la aku nak cerita kat hampa...nak bg nampak meriahnya hari raya...dan mlm plak sibuk dok peking2 bagai utk budak2 yg mai beraya...(peking mlm2 sbb budak farah tu tak kacau...dia dah tido..)jom kita tngk apa yg aku peking2 tu...


kat dlm tu aku masukan sumi@jeli cekelet 2,3,4biji...pastu duit 5kupang....*alahh..5kupang ja?...*jadi la...janji kita bg kan....ikut kemampuan kita....

ok taaaaraaa....dah siap semua...

budak2 memang syok la kan dpt semua tu....aku la yg penat sikit...penat sikit tak pa...janji budak2 seronok mai beraya rumah kita...tanpa budak2 ni...raya kita memang tak meriah la kan....raya org tua2 ni biasa2 ja...budak2 la yg paling seronok sekali....termasuk lah cik Farah ni...


seronok sungguh dia.....

TEH BUNGA●•٠·

Assalamualaikum semua....

bermula dgn berbuka puasa pada hari kamis bersamaan 25hb(25 ramadan) hari tu hari last day aku keja...aku sebenarnya memang dah pelan nak p beli dgn ofis met a.k.a besfren aku.. kami nak p beli ayaq teh bunga yg selalunya dan sememangnya org akan beratur memanjang utk membeli ayaq teh bunga tu....

kami memang tertanya2 apa keistimewaan teh bunga tersebut...sehinggakan setiap kali kami ke bazar kat stadium mestinya org beratur saja....ceritanya pukul 3 ptg pun dah ada yg tunggu walaupun mereka belum lg stat berniaga...

Tiba2..incek su0mi aku pelan nak berbuka puasa kat rumah mak aku...pastu dia ckp nak mai ambik aku...(DIA DAH BELI SEMUANYA..)aku punya la frusss menonggeng...sbb tak dpt beli ayaq teh bunga tersebut...KESIAN AKU....

hari tu memang jalan raya pun sesak juga la kan...TIBA2....aku mendapat col dari besfren aku...dia kata dia dah pun beli ayaq teh bunga tu....bgtau ja skg kat mana dia nak mai antaq kat aku....itu lah dinamakan rezeki....sanggup dia beratur sorang2 walaupun aku tak menemaninya....terima kasih ya....sayang kakG ketat2....


nampak sama juga mcm ayaq teh bunga org lain kan....TAPI rasanya memang PerGhhhhh.......tip top....


kalau nak minum plak ceritanya kena tunggu tahun depan la jawabnya...tu pun kalau dipanjangkan umur la...

Sunday, September 4, 2011

RAYA 2011●•٠·

Assalamualaikum semua....fuhhhhh....besawang sudah dgn blog aku ini....rindunya aku pada hampa semua...hampa RINDU(siap TER"caps Lock" lg tu....) aku dak?*sapa yg nak rindu kat hg?perasannn...siap tanya2 lg...*

skg kita masih lagi dlm mood raya kan.....yg sebenarnya byk yg aku nak story mory ni...dari hari puasa kita yg ke 28 hingga lah saat2 raya....untuk itu aku tayangkan dulu gambo raya aku sekeluarga pada tahun ini.....


nantikan aku akan hapdetkan lagi cerita ceriti aku masa bercuti @ berhari raya ye.....tungguuuuu....


Wednesday, August 31, 2011

ENIBESERI & MERDEKA●•٠·

Asslamualaikum...

merdeka...merdeka..merdeka....kita dah sambut merdeka dah 54 tahun kan...seronok jadi anak malaysia ni...& selamat hari raya....masing2 sibuk beraya kan...dah bopa hengget duit raya tu?cer kira...cer kira....*opsss...pertanyaan ni utk ank2 ye...*

Hari ini jugalah hari ulang tahun perkahwinan aku dgn incek su0mi...kat sini nak selit sikit lah ucapan kat incek su0mi aku ni...

Abang...
Terima kasih sbb menjadi suami S****G...
S****G harapkan perhubungan kita kekal sehingga akhir hayat S****G....
Tanpa Abang di sisi S****G...rasa mcm tak lengkap apa yg kita cuba corak kan hidup kita ini...

Abang....
S****G sayang Abang sangat2...
i lap biu lah....

hisshhh...dan tiba2 blur la plak nak ucap apa....sbb syok sgt2 dalam tahun ni boleh lagi sambut eniberseri...oh ya...lupa plak nak bgtau...ni enibeseri perkahwinan aku yg ke-9 ye kwn2...rupa2 dah sembilantahun aku dan incek su0mi ni bersama kan...rasa mcm sat ja...

Apakah hadiah ini tahun?nantikannnnn........tungguuuuuu......

boh gambar sebelum dapat ank dara lg....

rindu nak terjah rumah kwn2 lak...nanti kita singgah ye...skg sibuk dok mkn kuih raya lg ni.....

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA●•٠·

Assalamualaikum Semua....

Wah tngk tajuk mcm tak sbr nak raya kan...mcm besok nak raya dah ooo...sbr2 bukan apa...aku cuma nak wish siap2 kat hampa semua...sbbnya hari ni hari last day aku berkerja...aku stat cuti dah besok...mana la taU kot2 dlm masa cuti ni aku tak ber"online" ka kan...

Dengan ini...aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...*tak tau nak taip apa dah ni...sbb tak sbr2 nak bercuti..hehehehhe....

ni aku tempek gambar kami sefemily utk tatapan kalian semua....

Pict tu masa raya tahun 2010...nanti aku tempek plak gambo raya ini tahun ye...tu pun kalau dipanjangkan umur la ye...

ok...babai...

Wednesday, August 24, 2011

SAYA DAH SIHAT●•٠·

Assalamualaikum...

Wahhhh..dah 24 Ramadan dah ye.....tak lama lagi dah nak raya...*tiba2 plak..seronok lebih dari ank...*Hari ini aku nak bgtau Farah ada nak bagi pengumuman pada kalian semua...*ecehhh2 tiba2...*


Dengan ini saya mengistiharkan esok raya saya sudah sihat.....Terima Kasih banyak2 pada kawan2 ibu yg mengdoakan untuk saya...I lap biu lah....sayang anty2, ankel2, kakak2, abang2....ketat2....SElamat Hari raya semua...nak duit raya boleh?hehehehehe....

Sunday, August 21, 2011

MERAJUK LAGI●•٠·

Assalamualaikum....

Anak Dara aku ni kalau merajuk cukup hodoh la perangai dia...kali ni dia merajuk kat abah dia...oleh kerana lambat nak buat susu kat dia...cer hampa tngk apa jadi pada handphone abah dia....

kan dah masyuk dlm balang susu.....

Itu lah peel dia akhir2 ni...lambat ja buat susu..ada2 ja la nk dibalingnya...adusss...sikalang aa..wa maaaanyak pining dgn ini budak....

Dari hari kamis dia selsema, Batuk & muntah...yg ni lg la membuatkan aku risau...adakah kerana cacing?atau tersilap makan?

ibu sayanggg kamu ketat2....semoga cepat semboh ya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat