Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Monday, October 17, 2011

ANDA MESTI BACA●•٠·



UNTUK YANG SIMPAN KUKU PANJANG DAN MEMAKAI CINCIN


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."





SUMBER : Tok Wan

Sunday, July 31, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK & ELIA PUTUS TUNANG?●•٠·

Sungguh terkejut bila aku terbaca cerita ini... Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

P/S : Semoga hampa semua tabah menghadapinya...ada lg dgr2 yg putus tunang ni..cer klik sini--->siapakah mereka ini?




sumber : ohbulan

Thursday, July 7, 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LG BAHU YG MEMIKUL●•٠·

Tadi bila aja aku BW aku ada la singgah blog adik piyah ni...tiba2 aku sebak bila baca N3 dia...dan2 aku rasa nak shARE dgn hampa semua....


Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib.. by fillanie.

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb 01070068677528 Noormawati Mohd Rasif 

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan.. hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


nota tangan : sama2 kita doakan kesihatan norma & dan pada yg nak tolong panjangkan lg cerita ini sila la sebarkan dgn seikhlas hati kita....pada yg nak tau cerita lanjut tentang norma silalah ke blog  ---> Moon Punya Blog

copyright : Safiyyah Osman

Tuesday, June 7, 2011

PENGUMUMAN PENTING SILA AMBIK PERHATIAN●•٠·

tak habis2 lg ka pengumuman aku ni....*didalam hati hampa mesti berkata seperti ini kan......*ok2...kita stat story mory dari sekarang...
Assalamualaikum...hampa semua apa kabar?aku sihat2 saja...aku kembali bersiaran...hampa semua rindu aku dak?pasti rindu kan??*cewah2 disini aku sgt2 perasannn*ok2 skg teruskan dgn agenda aku...pasal bab cuti tu aku tak la p mana sgt pun..semuanya aku p kenduri rumah sanak saudaraku & selesaikan sedikit urusan penting...nanti aku up kan entry pasal aku p kenduri & urusan penting itu ye...

ok hari ni aku nak bgtau pada hampa semua yg mana.. ada yg masukkan URL aku kat blog list hampa kan?adakah disini hampa semua perasan?sbbnya URL aku yg dulu tu yg ini >>> http://mysweetworld-didie.blogspot.com (skg telah digunakan oleh org lain,rasa2nya org indon) dulu aku pernah bgtau pada hampa kat entry <<< ini SEKARANG URL aku adalah >>> http://makencikladyzul.blogspot.com/ sila hampa semua ambik perhatian ye... 




terima kasih yg tak terhingga pada kwn aku yg sorang ni >>> Lady GaGa sbb dia lah penyelamat dunia blog  aku...eceh2...dari dia lah aku dpt tau semua ini...Dia sungguh prihatin.. pg2 lg dah col bgtau aku bab ni..dia sgt terkejut sbbnya dia kata kat blog aku tu cuma ada sebijik telur dah tu gunakan bahasa indon plak...dia memang TERBAIK lah..


p/s : ok cuma ini yg aku nak bgtau pada hampa semua...skg aku nak sambung p makan kenduri lagi..

Thursday, June 2, 2011

MINTA PERHATIAN●•٠·

Assalamualaikum....
Dengan ini...*sambil mengetuk drum...tanda pengumuman...dgr dak? klu tak dgr pendek umur* aku mengumumkan mengishtiharkan aku akan bercuti selama 5 hari bermula esok.....*ada ka yg kesah?*lantak la...kot2 la ada yg kesah kan...btoi dak?*
hampa semua jgn cari2... jgn rindu2...jgn nangis2...jgn risau2...nooooo..aku cuti 5 hari ja...tak lama pun....
dgn ini aku meninggalkan gambo utk hampa tenung2 masa ketiadaan aku ye....

tngk puas-puas ye...




babai...tata..titi..tutu...



Thursday, April 14, 2011

PENGUMUMAN PENTING●•٠·

Assalamualaikum semua....
blog aku skg dlm proses pengubahsuaian tah apa2 tah...pd kwn2 jgn panik ye....
jap lg i terjah blog hampa semua dan tinggalkan link baru aku na....hrp bersabar...

gambar di sambar kat p0kcik Go0GLe

Sunday, January 9, 2011

Siapa Kenal dgn ADAM SHAH?●•٠·

salam semua.....
pagi tadi aku p la jenguk blog incek Ben Ashaari tiba aku rasa mcm terpanggil untuk aku war2 kan benda ni...


kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB 'Norazuin Munajiincase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP
My prayers for him n his family

P/s : sama2 lah kita sebar kan berita ini....moga2 dgn pertolongan kita insyaallah dpt meringankan beban keluarga mangsa....



Tuesday, January 4, 2011

PENGUMUMAN PENTING●•٠·


salam semua....
wahai Tetamu2 TERhormatku...
ceh  mcm nk seru2 ja nama lepa semua...tapi tak tersenarai la nama lepa semua dah byk sgt2...syukur Alhamdulillah....kat sini aku nk buat satu PENGUMUMAN PENTING pada sesiapa dah menjadi Tetamu TERhormat aku tolong lapor diri kat komen dibwh.. bg blog sapa yg belum aku folo balik.....inilah satu2nya cara aku nk mengucapkan RIBUAN TERIMA sbb menjadi Tetamu TERhormat aku...dgn memolo blik blog hampa semua....sesetengah yg ada link tu insyaallah aku folo blik...tapi yg tak dak link tu la yg aku dok qhodek2(cari)  selama ini....bagaimanakah cara lg utk aku nk cari hampa semua yg tak da link ni....aku ni dah la buta it...bab2 nk qhodek2 ni aku tak pandai la....jadi tlg la sapa2 yg belum aku folo blik blog hampa bgtau dgn kadar segera secepat mungkin....akan aku folo skg juga..... 

Thursday, December 16, 2010

MINI GATHERING BLOGGER UTARA●•٠·

 PENGUMUMAN!!!
Dgn ini diistiharkan...ceh2 mcm nk raya la plak ye..knapa la aku br perasan...hehehehe..nasib jg tadi Cik Mas ada bgtau aku klu tak mesti dah terlps.....
untuk korang semua yg berada di UTARA tanah air jom la kita memeriahkan suasana....
masa dan tempat semua dah terpampang....kat sebelah..jadi tunggu apa lg jom la....
utk korang nk join MINI GATHERING ni
korang boleh klik sini >>>  GaDiS kaMPuNg SepaRa BaNDaR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat