Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
P/S : Semoga hampa semua tabah menghadapinya...ada lg dgr2 yg putus tunang ni..cer klik sini--->siapakah mereka ini?
sumber : ohbulan
12 ,2788 Yang Dah Komen:
ish..mcm2 lah donia skrg nih ...
dah elok2 tunang , gi putus2 lak..kesiannnn....
dah agak perkara ni akan berlaku..sama mcm kes mawi dan ina naim dulu..
lgpon elia juga x tahu nak jaga perhubungan mereka dgn menulis isu pergaduhan mereka di laman sosial..
tak betul tu kan...
kalau dah jodoh takkan kemana...
salam ramadhan kak...
Haaa dah putus wuwuwu betul ckp swath tu..
Salam ramadhan kak dhi...
tgk depa cam lovely couple jer.. sian..dugaan melanda.. ainiway, selamat berposa kak D!
huhu..dh putus dh
ade bace jugak...nak buat mcm manekan...
Selamat Menyambut Ramadhan dari kak ain sekeluarga...
mmm... sebab tu bila darah tgh manis, kena kawal perasaan, emosi, perangai dan segalanya
tapi mulut orang mmg tak boleh elak dan bila syaitan dah masuk campo sama, mcm2 lah boleh jadi
mungkin apex sentap dengan kenyataan elia dalam pesbuk dia.. hati lelaki weh.. ckp pulak soal asal usul.. kalu aku pun sentap.. memasing ada salahnya mungkin.
perkara dah jadi, redha aje lah..
pjg plak komen aku. hahahaha
salam..selamat berpuasa.
orang terkenal cam tu lah byk dugaan,klu tak sabar..habislah
semoga elia tu tabah
Post a Comment