Wednesday, January 19, 2011

Zaquan, Ayu nikah Jumaat●•٠·

Assalamualaikum semua....

SEREMBAN: Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.

“Kira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.

“Saya berdoa agar semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar kerana ia hari paling penting dan detik bersejarah bagi diri saya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum majlis akad nikah Jumaat ini, majlis berinai diadakan di rumah pengantin perempuan pada malam esok.

Mohd Zaquan berkata, keserasian hubungannya dengan Ayu Raudhah bukan disebabkan bakal isterinya itu memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk terus berjaya hingga ke persada antarabangsa.

“Perkahwinan ini dan sokongan padu bakal isteri dijadikan sumber motivasi saya untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak tambahan pula selepas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.

“Saya yakin ia tidak menjejaskan tumpuan saya kerana dia (Ayu) amat memahami kerjaya saya,” katanya.

Mohd Zaquan adalah pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan, juga pemain bola sepak kebangsaan yang sebelum ini berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Sementara itu, bapa Mohd Zaquan, Abd Radzak Salleh, 61, berkata, pihaknya hanya membuat majlis sederhana dengan menjemput saudara-mara dan rakan anak lelakinya.

“Namun, sebagai seorang bapa, saya tetap berharap majlis berkenaan berjalan dengan lancar dan meriah. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.




P/S : TAHNIAH PADA KALIAN....AKU DOAKAN SEMOGA JODOH KALIAN KEKAL HINGGA KEAKHIR HAYAT....AMIN




Sumber : hmetro
Gambar : disambar dari pokcik Go0gle

15 ,2788 Yang Dah Komen:

pena rozie said... [Reply]

Tahniah........

sahromnasrudin said... [Reply]

nk tgk rozita che wan hehehehee

eMMe said... [Reply]

sah mereka kawen, tahniah to zaquan n ayu...bahagia selalu hendaknya...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@sahromnasrudin : sabar2 kakD pun memang nk tngk dia jg...mungkin dia bg adik2 dulu...pas tu last2 br dia kot...

Diela Zaimi said... [Reply]

kakD minat diorang ek...hehehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@eMMe: nanti klu kakD p majlis lepa kakD snap gambo ye..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Diela Zaimi : ada la sikit2...sbb ayu tu cumel benar dia..

noor said... [Reply]

kawen jgk yer...ingt xjd

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@noor: hehehehehhe..jadi2...

KakD said... [Reply]

alhamdulillah kawen jugak dieorang, mudahan perkahwinan mereka akan kekal bahagie buat selamenyer :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@MAPPIAU : jadi la...tapi byk yg menduga lepa ni dah tak jadi kawen...kita ni hanya mendoakan yg terbaik ja lah....

Admin said... [Reply]

hehe..
smoga kkal bahagia sokmo2
tnpa gosip hangat dan menyengat :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@ahsfantasy24 : insyaallah..kita sama2 la berdoa utk kebahagian mereka bersama...

Solihin Zubir said... [Reply]

lat masjid sultanah?
wahh.. x jauh sgt ngan umah saya..
bleh la pi wat kacau.. haha.. ;-p

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Solihin Zubir : jom2 kakD pun nak p jg ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat