Monday, October 4, 2010

Aidil mahu bincang terlebih dulu hal rumah tangga

Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, mahu berbincang terlebih dulu dengan keluarganya berhubung keadaan rumah tangganya yang dikatakan mulai goyah ketika ini.
Aidil Zafuan berkata, beliau masih belum membaca laporan akhbar dibuat isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 34, kerana kesibukan tugas yang digalasnya di dalam dan luar negara.

“Saya baru tiba dari Vietnam untuk perlawanan Piala Millenium Thang Long dan saya tidak mengetahui mengenai cerita ini dan akan melihat laporan akhbar yang dibuat oleh Rita sebelum berbincang dengan keluarga saya.
“Malam ini (semalam) saya ada perlawanan di Seremban dan keesokannya pula, saya akan berada di Singapura selama dua hari...jadi, saya perlukan masa,” katanya ketika dihubungi sejurus tiba dari Vietnam, semalam.

Aidil Zafuan yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu berkata, beliau akan membuat kenyataan sebaik saja mengadakan perbincangan dengan keluarganya dalam tempoh terdekat ini.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kenyataan Rita mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan individu tertentu, terutama keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.
Hasil daripada perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil Zafuan dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Sumber bharian

p/s : ini la.. orang dah cakap jgn kawen dgn artis ko nk kawen juga...

Sunday, October 3, 2010

Nak merajuk ka Nak MARAH?

HurMm...macamana aku nak stat cerita ni ye....klu aku cerita korang jgn la gelak plak ye... kdg2 ada setengah korang2 ingat benda ni biasa2 aja tapi bg aku memang terasa hati sgt2...semalam kan... my hubby aku ada keluar jumpa kawan dia..pas 2 aku ada la pesan kat dia suruh belikan aku seperti gambar di bawah....


dan satu lagi.....



pas 2 aku tunggu punya tunggu sampai aku pun tertidur....bila saja dalam aku tidur 2....tiba2 aku terjaga...masa 2 dah pukul 12 lbh dah kot...aku tngk my hubby dah blik tapi dia xcakap apa pun...aku hairan la juga...kenapa dia tak ckp apa2 pun...lantas dgn terasa hati aku pun bertanya..."abg beli dak apa yg syg pesan?" dia dengan selambenya trus berkata "dak pun"sampainya hati abg*dalam hati aku berkata*aku pun tanpa membuang masa aku terus tidur dan berdiamkan diri sampai ke hari ni..rasa merajuk pun ada...marah pun ada....klu korang la kan apa yg korang akan buat?

Saturday, October 2, 2010

Beringat-ingat lah kita ●•٠·

 ~Perhatian : Video ini mungkin bakal mengubah hidup anda!....Berdasarkan komen di youtube, ramai yang insaf dan berubah setelah melihat video ini. Dakwa mereka video ini membuatkan mereka lebih mendekatkan diri kepada Allah. Satu soalan…kenapa negara kita Malaysia tidak siarkan iklan sebegini?


Disini aku kongsikan pada kalian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat