Sunday, July 10, 2011

"BU" NAKNAK●•٠·

Assalamualaikum...hampa semua sihat?aku? Alhamdulillah..sihat2 aja...aku kembali bersiaran seperti biasa...NI PUN KENA TAIP LAJU2 OK...tak tahu nak stat story mory yg mana dulu...kalau ikut memang byk aku nak story mory ni..TAPI apakan daya...masa tak mengizinkannya....aku hapdet yg penting dulu lah ye..

al-kisah bermula begini....
bila kita tanya dia mana ibu dia boleh ja tunjuk aku..cumanya dia tak boleh nak panggil aku ibu...sebenarnya...2 hari lepas aku TERsangat2 lah gumbira kerana ank aku FARAH NAJWA dah boleh memanggil aku IBU walaupun cuma dia memanggil dgn cara dia..."BU"

aku tak tau nak gambarkan mcmana Perasaan aku masa tu...betapa gumbiranya aku...sampai lompat bintang..*aku bohong ja...*sblm ni dia cuma boleh panggil "abah" saja pada abah dia...kat aku dia tak tau nak sebut...kdg2 dia sebut "ma" TAPI aku tak mau dia panggil "ma" aku lebih suka dia panggil "IBU" bila dipanggil ibu terasa lemmbuut gitu....cewaahh...

akhirnya....dpt juga aku mendengar dia memanggil aku "BU" tu pun dia naknak apa tah dia kata kat aku "BU NAKNAK..." lepas pada tu keja suruh dia ulang2 ja panggil aku "ibu"....hehehhehe...

umur 1tahun 8bulan baru boleh panggil aku "bu"

ni pun gigi dia tak penuh lg perasan baru ada 14 batang...TAPI kawan yg tua sebulan(amsyar ank besfren aku) dari dia gigi dah penuh dah...pasal lambat ha?ank hampa umur bopa gigi dah tumbuh semua?& anak2 hampa umur bopa boleh panggil hampa dgn panggilan ibu,mama,mak,mummy dan sewaktu dgnnya?kesian kat aku kan...ank lambat panggil aku "ibu" tu pun nak story mory kat hampa kan....biasa la...aku kan exsaited...


Thursday, July 7, 2011

MCM-MCM NAK STORY NI TAPI●•٠·



nanti bila2 aku senang aku story ok...

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LG BAHU YG MEMIKUL●•٠·

Tadi bila aja aku BW aku ada la singgah blog adik piyah ni...tiba2 aku sebak bila baca N3 dia...dan2 aku rasa nak shARE dgn hampa semua....


Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib.. by fillanie.

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb 01070068677528 Noormawati Mohd Rasif 

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan.. hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


nota tangan : sama2 kita doakan kesihatan norma & dan pada yg nak tolong panjangkan lg cerita ini sila la sebarkan dgn seikhlas hati kita....pada yg nak tau cerita lanjut tentang norma silalah ke blog  ---> Moon Punya Blog

copyright : Safiyyah Osman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat