Thursday, August 4, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK PULANGKAN CINCIN PERTUNANGAN●•٠·


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.
Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.
Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian atas alasan itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.
SUMBER : ohbulan

Wednesday, August 3, 2011

WORDLESS WEDNESDAY●•٠·

Tuesday, August 2, 2011

KOLAM IKAN TALAPIA & SIAKAP●•٠·

Assalamualaikum semua...apa mcm puasa hampa semua ok?sat ja kan dah masuk 2 hari kita berpuasa..Alhamdulillah..minta2 boleh la kita berpuasa sepenuhnya...aku kemarin dpt berbuka puasa pun biasa2 ja sbb ank dara aku pun sibuk lebih pada dia yg posa..sampai pecah juga la gelas aku sebiji...hai sbr ja lah...

ok masih ingat lg perkelahanku kat lata mengkuang dan lepas pada tu kami ke ladang anggur tasik beris dan skg sambungannya....lepas pd ke ladang anggur kami terus ke kolam ikan yg di kelolakan oleh En.Kamal kawasannya sgt luas...bila tngk ikan2 dia lg la...sangat menenangkan..dah tu pula siap dpt bg mkn ikan dia lg...pergghh memang best la...jom kita tngk keluasan kolam dia...

ini antara kereta jemaah menteri yg menghadirkan diri...


eemm...luas kan...

jom kita tngk ikan dia pulak...

syiok kan...puas la tngk ikan2 dia..

abaikan model yg memberi ikan itu makan..

dan ada lg model tak berbayar itu...sibuk ja dia...

kat mana ank dara aku dok masa ni?

dah kena tangkap...ponat wey...keja dok belari sana sini...ni pun nak ambik gambo dah tak mau...sbb sibuk nak belari2 lg...aku bukan apa takut dia p lari kat kolam tu ja...

lepas pada tu...dlm perjalanan balik semua kena tembak tertido dlm keta...tinggai incek su0mi aku sorang la dok drive...letih gamaknya...termasuk dgn aku la...ok habis sudah sessi bergosip bercerita aku....

ptg ni nak berbuka entah la nak makan apa...lauk tunjuk tu dah semestinya...nak tunggu aku bersilat kat dapur time cuti ja lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat