Thursday, October 20, 2011

KAU ADA?●•٠·

Assalamualaikum...

Ada yang kata tak ada....ada yang kata tak tau....dan ada yg tanya siapakah beliau....untuk pertanyaan disebalik WW kemarin....


Siapa Dr. Azizan Osman?

Dr. Azizan merupakan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif untuk Richworks Group of Companies yang mempunyai 12 buah syarikat dibawahnya.

Kepakaran beliau adalah di dalam pemasaran & pengiklanan bersepadu (On-line & Off-line Advertising) dengan lebih 10 tahun pengalaman mengendalikan kempen pemasaran, pengiklanan dan jualan bagi syarikat-syarikat, daripada SME ke syarikat bertaraf korporat melalui prinsipalnya. Beliau terlibat dengan projek pemasaran untuk syarikat besar antaranya seperti Telekom, DIGI, Celcom, HSBC, Standard Chartered sehingga menjadi pengumpul dana bagi WWF (Worldwide Life Fund for nature) dan MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Beliau juga merupakan pakar transformasi potensi diri, kekayaan & kejayaan. Ini dibuktikan apabila ramai individu serta usahawan telah terbukti berjaya hasil daripada "sentuhan emas" beliau di dalam siri seminarnya seperti Seminar Kenali Potensi Diri, Seminar Hidup Luar Biasa dan Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan- Transformasi Hidup Luar Biasa.

Dikenali sebagai 'mentor kekayaan & kejayaan' terutamanya dalam aspek keusahawanan dan pemasaran, beliau telah membimbing lebih 100,000 individu hanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini serta telah membantu lebih 10,000 usahawan meraih pendapatan sehingga 400% hanya dalam tempoh beberapa bulan menerusi Seminar Marketing "P.O.W.E.R", satu konsep pemasaran yang diformulasinya sendiri berdasarkan 10 tahun kejayaannya dalam bidang pemasaran.

Dr. Azizan membimbing peserta-pesertanya melalui ceramah, siri seminar, menulis di kolum majalah seperti Majalah Jutawan, akhbar seperti Metro Ahad, radio dan kemunculan di televisyen.

Beliau juga selalu diundang untuk bercakap oleh organisasi seperti Maybank, Alliance Bank, Etiqa Takaful, ICU di Jabatan Perdana Menteri, YaPEIM, UiTM dan banyak lagi.

Selain berdaftar sebagai ahli Institut Pemasaran Malaysia (Malaysian Institute of Marketing) serta ditauliahkan sebagai satu-satunya Certified Master Trainer di Asia untuk Guerilla Marketing International, USA yang diasaskan oleh Jay Conrad Levinson, beliau juga mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Sains (Metafizik), Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran, mengkhusus dalam bidang Psikologi, Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan serta Diploma Analisa Pelaburan (UiTM) dan sekarang ini, meneruskan pengajian untuk Ijazah Doktor Falsafah khusus dalam bidang Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar Neuro-Semantic Neuro-Linguistic Program (NS-NLP) & Clinical Hypnotherapist bertauliah dan kepakaran beliau digunakan untuk membantu membangkitkan potensi minda dan pencapaian optimum individu serta organisasi.

Sekiranya organisasi anda memerlukan perkhidmatan beliau atau ingin mengundang beliau untuk bercakap mengenai pembangunan potensi sumber manusia, jualan, pemasaran, kepimpinan atau kualiti perkhidmatan pelanggan, beliau boleh dihubungi di Chairman's Office, Richworks melalui Puan Sharina di sharina@richworks.com.my atau hubungi 03-55191260 -Admin-


sekarang mungkin dah ada yg faham dgn sedikit penerangan dari Admin Alumni Dr.Azizan ni ye....

ok berbalik pada cerita aku plak....bg aku la kan..pada sapa2 yg baru nak mulakan perniagaan..dalam perancangan nak buka perniagaan...atau dah pun memulakan perniagaan...anda WAJIB (siap bold lg tu...)kena dgr talk yg diberikan oleh beliau....insyaallah perniagaan anda mesti akan menjadi huru-hara....huru-hara?ya...kenapa anda harus terkejut dgn perkataan huru-hara tu?hanya anda akan mendapat jawapannya setelah anda mendengar talk oleh beliau......rugi pada sapa2 yg tak dgr talk beliau...memang best giler...giler pun tak best mcm tu...<--(bak kata Dr.Azizan...)moga aku kaya & berjaya....dan tak lupa juga aku doakan kepada hampa semua...semoga anda kaya & berjaya....

18 ,2788 Yang Dah Komen:

misya said... [Reply]

cer kongsi sikit

NM02 said... [Reply]

femes dia skang ni

qemaishak said... [Reply]

Good luck kak..g penting usaha+rajin & tawakal..

Kakcik Seroja said... [Reply]

Setahu kakcik, kakcik memang tiada minat/bakat meniaga. :)

Admin said... [Reply]

sangat ingun nak berniaga,
sedang mengumpul kekuatan :)

Terbaru:
1. Berterusan Kau Tanya, Lagi dan Lagi.
2. Sembunyi Kata Saat Kau Terluka.

Unknown said... [Reply]

tak pandai berniaga kak yus ni, cerlah kongsi sikit apa yg best giler nya tu...hehe

zaidah said... [Reply]

TAK BERAPA ADE AURA UNTUK BERNIAGA....

Maya Mayana said... [Reply]

semoga Kak D sukses dlm apa jua lapangan...tp nk dgar talk dia ni berapa yer? sure mahai kan..uhuhu

kalau dia blh bg talk free kat saya oke jugak..haha

☾SHiemaCMa786☾ said... [Reply]

pergghhh...
"kau ado"

mekasih kak..sya nk pergi jgk ke kelas dr ni..tggu...
^^_

Mek Onie said... [Reply]

onie rasa onie paham apa yg dimaksudkan dengan huru hara tu :D

So Shy Lady (SSL) said... [Reply]

ayu bisnes apa... ce citer gak. Prmpuan better buat bisnes sndiri, ms lbih flexible n bleh tngok anak skali

syariza09 said... [Reply]

kwn saya dh polo dia, skrg apa2 aktiviti dh senang coz dh ada bas sendiri

dwatyKNY said... [Reply]

bestnya kalau dapat jumpa fave to face dan dengar ceamah beliau...

pena rozie said... [Reply]

Nanti nak niaga boleh la kongsi rahsia yer...

☆♥L@dy @yU♥☆ said... [Reply]

x kenal uwaaaa
but ok la if ada sifu nak tujuk ajar cara nak buat bizz online ni

aizamia3 said... [Reply]

biar kaya sama2.. ;)

Ijah EmoTemo said... [Reply]

heheh all the best kak :)

alin said... [Reply]

pernah gak dengar dia ceramah..memang best jugak la..tapi xminatlah nak meniaga..hihihihi.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat