Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011●•٠·


Berikut adalah antara petikan penting ucapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011. Antara petikan berikut adalah:
  • Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM310.8 bilion (bersamaan dengan USD100.7 bilion) pada 30 September 2010 dan mampu untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • RM100 juta diperuntukkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • Elaun bulanan imam dinaikkan dari RM450 kepada RM750.
  • Imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 berkuatkuasa Januari 2011.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan dan akan dibayar pada bulan Disember 2010.
  • Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sebelum ini dan juga dipanjangkan kepada pesara kerajaan.
  • Perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi. Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.
  • Peruntukan RM365 juta untuk pembangunan dan penyelidikan dalam Kementerian Belia dan Sukan bagi memperbanyakkan lagi penganjuran sukan antarabangsa.
  • Telefon mudah alih dikecualikan daripada cukai jualan.
  • Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.
  • Kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
  • Klinik 1Malaysia yang kini berjumlah 51 buah, akan ditambah sebanyak 25 buah lagi.
Memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

Sumber : a n a s t a s y e a

1 ,2788 Yang Dah Komen:

Anonymous said... [Reply]

kite copy paste kt blog kite tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat