Tuesday, October 26, 2010

TAHNIAH ●•٠·


Sofea Jane. Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia. Orangnya pun cukup cantik. Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan. Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka. Mungkin layak digelar primadona Malaysia.
Baru-baru ini suami Sofea Jane iaitu Meor Zain Azman telah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Maka dengan rasminya Sofea Jane bolehlah dipanggil Datin Sofea Jane.
Untuk pengetahuan, Datin Sofea Jane baru berumur 38 tahun. Sudah berkahwin selama 15 tahun dengan suami tercinta dan mendapat 3 puteri sebagai penyeri keluarga. Melihat gambar di atas membuatkan kami rasa cemburu sebab Datin Sofea Jane tetap nampak muda dan berseri. Apa rahsia beliau agaknya ye?
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sofea Jane atas gelaran Datin ini.

2 ,2788 Yang Dah Komen:

Adinda Amy Sensei said... [Reply]

saya sukee sofea janeee...hehe


**salam kenal yee

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Adinda Amy Sensei AKAK pun suka gak..
ye salam kenal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat