Thursday, August 4, 2011

KHAIRUL FAHMI aka APEK PULANGKAN CINCIN PERTUNANGAN●•٠·


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.
Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.
Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.
Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian atas alasan itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.
SUMBER : ohbulan

10 ,2788 Yang Dah Komen:

misya said... [Reply]

SIANKAN,DAH TAK DA JDOH,HARAP BANYAK2 BERSABAR

Rina Rahamat said... [Reply]

benda dah terlanjur x leh nak kata apa lah kan..itulah padahnya open sgt kat FB..memasing akan cuba tegakkan kebenaran..

kurus said... [Reply]

hermmm apalahhh .. dah putus nak buat mcm mana kan .. masing2 pun muda layie .. nak2 si apex tuu yg dah ada komitment besar ..

sepatutnya si elia nie kena lebih bersabar .. hermm x perlahh doakan semoga mereka tenang ..

Scha406 said... [Reply]

dah xde jodoh...kite doakan la mereka bahagia dgn kehidupan masing²...ade hikmah semua tu kn kak comel?

intan morsalin said... [Reply]

org tua2 kate alam pertunangan ni byk dugaannya...kalau bleh bertahan...sampai le ke pelamin...tapi kalau x leh tahan...cenggini le jadinya...
papepun masing2 kena muhasabah diri...dimana silapnya & jgn diulang lagi kesilapan tu

zaidah said... [Reply]

dah tak ade jodoh.....carik aje lah yang lain...

aizamia3 said... [Reply]

yang dah lepas tu biarlah lepas..
dah takde jodoh.. memasing ada buat silap tapi kalau boleh janganlah mencanangkan kat tempat umum.. nanti diri sendiri juga yang malu

yanamib said... [Reply]

mcm² dunia glemer nih..hehh hope dorg dpt selesaikn cara baik la..xnk la sorg ckp lain, pihak lg satu ckp len..nmpk buruk kedua2 pihak nnt..hurmm~

matahati-aishahazhar said... [Reply]

takder jodoh.. mungkin ada hikmahnya.

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

yup, mungkin dgn cara ini masing2 boleh berjaya dgn karier masing2 kan.
everything happens for a reason. moga2 mereka berdua bahagia pada hari depan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat