Sunday, June 12, 2011

DIMANA-DIMANA ANNISSA●•٠·

Assalamualaikum...
kat mana aku nak cari ANNISSA ni? *kat TV3 la...* yg tu pun.. mau tanya ka?hehehehe...saja ja buat lawak tengahari2 ni...hampa ada dak tngk drama bersiri ni?bagi aku la kan...best la juga tngk drama bersiri ni...selain dari Nora Elena tu...  ini la antara pelakon2 nya...


klu hampa tak pernah tngk drama bersiri ni aku ada masukkan sikit sinopsis yg aku Go0gLE tadi...

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?
Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


kalau nak tau lagi cerita selanjutnya silalah hampa semua kena tngk Drama bersiri ini setiap Selasa-khamis jam 10.30mlm...ewah2 siap buat promo lg....


ha mcmana best kan?ni kat bawah ni aku ada sertakan sekali lagu tema ANNISSA....lagu tema pun best jg..jom layannnn...

18 ,2788 Yang Dah Komen:

Eja GaNu said... [Reply]

eja pun suka gak drama nim...best gile..x pnah tggal mmng sntiasa menonton ^_^

emak. bukan penari tiang said... [Reply]

memula aku ingat ada budak nama Annisa hilang kena culik ka hapa!

rupanya drama! cis!

ct N honey said... [Reply]

hati tu mmg nak tgk,tapi bila tidurkan anak..dgn ibunya sekali terlelap,hbs cam ne...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Eja GaNu : ni mesti peminat fanatik ni...mcm kakD jg...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Lady RaRa non-illuminati : hehehhe..sory wey tajuk N3 aku mengelirukan...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@ct N honey : kamu boleh aja tngk kat www.tonton.com.my

kurus said... [Reply]

not bad cite nie .. akak tgk jugak cuma x lah mengikuti .. pelakon2 yg sgt2 jelita dan mantopss paling x tahan RCW tuu .. bodayyy alamak !

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@ieda: kan2 kita yg pompuan ni tngk pun dah cair...apa tah lg lelaki...bomm2..pong..la...

Zaza said... [Reply]

mcm mnae la keadaaan malaysia skg ye?

::Hanyll:: said... [Reply]

hmm saye xbrp ikut sangat aneesa ni sbb lewat sgt..(hehe alasan tido awal).tapoi nora elena tu sy follow lah..tgk iklan aneesa ni besa la pmpuan bleh bgaduh sbb lelaki

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@z a z a : jadi kamu skg ada kat mana?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@::Hanyll:: : oooo...lewat ka?rasa2nya mcm tak la lewat sgt waktu dia tu..

☾SHiemaCMa786☾ said... [Reply]

lepas nora elena anissa plak..hehehe..
layan jugak citer ni kak..

misya said... [Reply]

wah sipnosis dah menarik

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@♥cmª shIemª♥ : tu la kan...cerita ni kak syok tngk RCW memang mengiurkan+menggoda gitu....memang kena lah dia memegang watak Balkis tu la...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@misya : tunggu apa lg....moh kita tngk hari selasa ni...

dwatyKNY said... [Reply]

suka tgk rozita che wan...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@dwaty : kakD pun suka juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat