Tuesday, November 23, 2010

Tips Penjagaan Laptop●•٠·


Penjagaan laptop agak berbeza bebanding dengan komputer biasa (PC) walaupun kebanyakan teknik penjagaan boleh diaplikasikan kepada kedua-duanya Ini adalah kerana penggunaan laptop yang lebih versatil dan boleh dibawa ke mana-mana, menyebabkan ianya terdedah kepada risiko yang lebih tinggi. Di samping itu laptop mempunyai komponen yang diintegrasi menyebabkan kerja-kerja memperbaiki adalah lebih sukar dan menelan belanja yang lebih berbanding dengan komputer biasa (PC) yang mempunyai komponen yang berasingan dan mudah diceraikan.
Berikut adalah beberapa tip untuk penjagaan komputer laptop:

1. Memilih beg laptop yang sesuai

Ciri-ciri beg laptop yang sesuai:
- Tahan lama
- Mempunyai alas (padding) mencukupi bagi menyerap hentakan
- Tidak terlalu longgar (hingga laptop mudah bergerak)
- Tidak terlalu ketat (hingga boleh merosakkan bahagian laptop)
- Sesuai untuk semua pengguna terutamanya untuk dibawa dalam perjalanan

2. Penjagaan umum

Antara penjagaan umum yang perlu:
a) Jangan campak atau letakkan dengan kasar bagi melindungi bahagian-bahagian dalaman yang sensitif. Hentakan pada laptop anda boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada komponen dalaman termasuk hard disk
b) Jangan penuhkan beg laptop sehingga sendat dengan pelbagai perkakasan yang lain
c) Jangan tindih laptop (sama ada yang terbuka atau yang ditutup) dengan apa-apa sekalipun terutamanya benda berat yang boleh merosakkan bahagian sensitif laptop
d) Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan keras. Elakkan daripada meletak di atas katil atau permukaan yang lembut dan tidak sekata termasuk di atas riba anda untuk jangkamasa yang lama (walaupun laptop itu bermaksud di atas ribaan anda )
e) Jauhkan laptop anda dari sumber magnetik yang tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen dan data di dalam hard disk anda

3. Penjagaan skrin

a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.
b) Gunakan fungsi “screen saver” dan “power management” supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi “screen saver” yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.
c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin
d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.
e) Jangan tutup bahagian atas laptop (skrin) semasa sedang beroperasi. Haba pada laptop boleh merosakkan skrin anda.

4. Penjagaan papan kekunci (keyboard)

a) Lindungi laptop anda daripada habuk dengan mengelakkan ianya terbuka (walaupun dengan suis tertutup) dengan jangkamasa yang lama tanpa digunakan. Ini kerana habuk boleh memasuki ke dalam bahagian dalam melalui keyboard.
b) Jangan terlalu kasar ketika menekan butang atau ketika mengelapnya dengan kain
c) Adalah bagus untuk menyediakan keyboard dan tetikus berasingan bagi mengelakkan penggunaan keyboard dan touchpad secara lebih kerap dan intensif (sesuai jika anda bukan di dalam perjalanan, contohnya ketika berada di rumah).

5. Memindahkan laptop

a) Jangan angkat laptop dengan memegang bahagian skrin, sebaliknya angkat pada bahagian kiri dan kanan dasar dengan mengekalkan kedudukannya
b) Jangan tutup bahagian atas laptop dan membawa secara menegak (seperti di dalam beg laptop) semasa ia sedang beroperasi, kerana ini boleh merosakkan hard disk yang sedang berpusing dan sensitif.
c) Cara terbaik adalah menutup secara “shut down” agar hard disk boleh berada dalam kedudukan yang selamat (parked) sebelum memindah laptop anda
d) Pastikan semua komponen yang disambung telah dicabut dengan cermat, kerana bahagian yang bersambung mungkin boleh rosak atau merosakkan laptop anda semasa pemindahan

6. Penggunaan laptop

a) Jangan biar laptop anda beroperasi telalu lama (lebih daripada satu hari) tanpa rehat. Berikan masa untuk ia berehat dengan “shut down” secara sempurna bagi mengelakkan haba yang berlebihan (overheating) sebelum menggunakannya semula.
b) Jangan tutup bahagian skrin dan jangan simpan di dalam beg laptop semasa laptop sedang beroperasi (walaupan di dalam mod “sleep” ) kerana hanya dengan “shut down” yang sempurna tiada haba yang terhasil dalam laptop anda
c) Jangan biar laptop anda terdedah tanpa pengawasan kerana anda boleh menjadi mangsa kecurian atau pencurian data sulit di dalam laptop anda. Simpan rekod berkenaan laptop anda seperti nombor siri dan model untuk menghadapi kes kecurian laptop anda.

7. Perlindungan daripada air atau wap

a) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)
b) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda
c) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.
Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang “power” dengan segera
- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada
- lapkan saki-baki cecair yang masih ada
- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda
- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air
- sebaik-baiknya jangan “on”kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).
- hubungi penyelenggara komputer anda untuk mendapatkan nasihat dan dapatkan pemeriksaan rapi untuk laptop anda bagi memastikan tiada sebarang kerosakan serius atau untuk membaik-pulih sebarang kerosakan

8. Perlindungan daripada panas cahaya matahari

Jangan biarkan laptop anda terbiar di bawah cahaya matahari yang terik ataupun di dalam kereta anda.

9. Tip semasa perjalanan

a) Sekiranya anda menaiki kapal terbang, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:
- bawa laptop and ke tempat duduk, jangan letakkan bersama bagasi anda yang lain.
- Jangan bawa laptop anda menerusi alat pengimbas “human metal detector” kerana tahap Xray yang tinggi boleh merosakkan hard disk anda berbanding dengan alat pengimbas bagasi.
b) Sebelum perjalanan, back-up data anda di tempat lain selain daripada laptop anda bagi mengelakkan risiko kehilangan data akibat kerosakan hard disk anda, malah persiapan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian ke atas laptop anda.
c) jangan gunakan laptop semasa berlaku gegaran kuat, contohnya semasa perjalanan di atas jalan yang kasar dan tidak sekata atau berbongol-bonggol. Ini bagi mengelakkan risiko hard disk rosak akibat gegaran yang berlebihan.
d) Sekiranya anda pergi ke luar negara, periksa voltan negara tersebut bagi mengelakkan spesifikasi yang tidak sesuai dan merosakkan laptop anda (dan barangan elektrik anda yang lain)
e) Sekiranya anda menginap di hotel dan ingin menggunakan modem, pastikan talian telefon itu menggunakan talian analog dengan voltan yang rendah. Talian digital dengan voltan yang tinggi boleh merosakkan motherboard dan modem anda.

10. Penjagaan bateri

Seperti bateri telefon bimbit atau PDA anda, bateri laptop mempunyai jangka-hayat yang rendah tanpa penjagaan yang rapi.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk jangka hayat bateri laptop yang lama:
a) jangan caj bateri laptop anda melebihi had. Sebaik-baiknya tutup suis elektrik apabila bateri laptop telah dicajkan sepenuhnya (100%)
b) penjagaan paling baik adalah dengan menggunakan elektrik apabila bateri telah dicajkan sepenuhnya, tetapi ini agak rumit kerana anda terpaksa menanggalkan bateri anda, atau ada sesetengah laptop yang tidak boleh beroperasi jika bateri ditanggalkan. Gunakan bateri hanya bila tidak sumber elektrik atau bila suis elektrik telah ditutup.
c) ambil langkah mengurangkan penggunaan bateri (apabila laptop anda beroperasi dengan bateri sepenuhnya tanpa sumber elektrik) dengan mengambil langkah-langkah berikut
- kurangkan pengcahayaan pada skrin dengan mengurangkan “brightness”
- elakkan menggunakan bunyi speaker yang kuat
- kurangkan penggunaan CD atau DVD drive
- hentikan (disable) fungsi wireless, Bluetooth dan infrared sekiranya tidak digunakan
- hentikan fungsi “screensaver”, sebaliknya gunakan fungsi untuk menggelapkan skrin setelah beberapa tempoh yang ditetapkan
d) sekiranya anda ada bajet yang lebih, dapatkan bateri laptop tambahan dan cajkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kehabisan bateri apabila sumber elektrik tiada.

11. Waranti

Sekiranya laptop anda masih di dalam waranti, elakkan daripada membuat sebarang tindakan termasuk membuka skru laptop anda untuk melihat bahagian dalaman laptop anda. Sebaik-baiknya terus hubungi penyelenggara yang ditetapkan untuk melihat atau memeriksa sebarang kerosakan.

12. Penyelenggaraan

Sebagaimana kenderaan atau tubuh badan anda memerlukan pemeriksaan selepas jangkamasa tertentu, adalah bijak untuk menghantar laptop anda untuk diperiksa oleh penyelenggara komputer yang pakar tentang laptop anda untuk diperiksa dan dibersihkan komponen bahagian dalamannya termasuk untuk memeriksa segala proses berjalan dengan lancar.
Tip-tip ini berguna sekiranya anda ingin mendapatkan jangka hayat dan prestasi yang berpanjangan untuk komputer anda. Sekiranya anda menukar laptop anda setiap 2 atau 3 tahun sekali (untuk mendapatkan model yang terbaru), tip-tip ini mungkin boleh menaikkan nilai laptop anda semasa anda menukar-beli atau menjualnya sebagai laptop terpakai.

info : dakjaat

4 ,2788 Yang Dah Komen:

Mashe said... [Reply]

bgus nih.. byk ilmu dapat... huhuhu/.. maceh~

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Siti : sama2..apa2 yg akak dpt insyaallah akak kongsikan...sharing is caring...

apekinahdotcom said... [Reply]

tq akak.. nie tip yg bgus utk penjagaan laptop.. kdg2 kita x tau.. hope akak perbanyakkan lg tips yang berguna.. mekasih

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@kinah : sama2..apa yg akak leh kongsi akak kongsi aja..ni pun hasil BW klu tak akak pun tak tau mcmana nk jaga....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat