Monday, January 10, 2011

Buang ibu demi kekasih asing●•٠·

salam semua....
hari ni aku rasa terpanggil jg utk kongsi cerita ini....

TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.

KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.
Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.
“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

“Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah ‘menghiris’ hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya,” katanya yang ditemui, semalam.


Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

“Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

“Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

“Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

“Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu,” katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

“Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

“Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

“Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya,” katanya.



P/s : Bg aku kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya...ibu bukan boleh kita p beli kat kedai @ mana2 pun...nanti bila ibu dah tiada br nk rasa kesal nk buat apa...btoi dak?sayangilah ibu anda..


info : hmetro

20 ,2788 Yang Dah Komen:

Unknown said... [Reply]

takutnye..alahai bdk2 skang, kesian lah makpak..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Ieda Al-Habsyi : tu la...risau dgn budak2 zaman skg...minta2 kita jgn la jd mcm ni n0....

S.3.V.3.N said... [Reply]

ish..derhaka nama nya tu.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Ultraman s.3.v.3.n : minta2 kita dijauh kan dr perkara tersebut ye....

zaheeyah said... [Reply]

semoga budak tuh insaf la ek.. dan kita ni pulak dijauhi dari perkara2 macam tuh,,,,


http://akumezashi.blogspot.com/

Maria Amir said... [Reply]

Sesungguhnya setiap perbuatan pasti ada balasannya.. Tak bahagia jugak hidup kalu buat mcm tue kat ibu dan ayah..

De Mois said... [Reply]

Yup..memang tak boleh dinafikan lagi. Saya ada pernah post kan entry macam ni before ni

Isteri Encek Bard said... [Reply]

mintak terbukak hatinye runtuk bertaubat.. kesian ibu nie

kiwi said... [Reply]

kesian mak dia..x baik la..syurga tu kn di bwh tlpak kaki ibu..huhu

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Zaiya,Maria Amir,De Mois,Isteri Yang Comel, kiwi : kita sama2 doa untuk dia ye...insyaallah minta2 dia cepat2 blik ke pangkal jln..

Lulu Caldina said... [Reply]

jahat! sob sob

Isteri Encek Bard said... [Reply]

kak untuk next n3 ni saya promote blog akak lak...

Isteri Encek Bard said... [Reply]

kak d sue dah promote akak maser entri rn97 http://bintangkita080808.blogspot.com/2011/01/harga-ron-97-naik-10-sen-lagi.html
takper esok sue promote blog akak lagi

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

bahaya betoi penangan orang asing ni..

TERKINI: JOM KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@Lulu caldina : sabo2...

@Isteri Yang Comel : hehehehehe..tq na...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : lepas ni kena hati2 tau....kamu tu ank dara lg....hehehehehe

Lydia Miza said... [Reply]

org asik yg tak tau asal usul juga yg dia nak?huhu

fyna ahmad said... [Reply]

huh!!~
derhaka da namenye tue..
x baek..


jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply]

@LM : tu la kan....

@fyna : ini 1 pengajaran buat kita...jgn la derhaka dgn org tua kita ye...ok jap lg akak singgah ye..

Lulu Caldina said... [Reply]

Jom GA..

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/01/my-1st-giveaway-in-2011.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Reserved to ·٠•●★MY BLOG MY STORY★●•٠·˙™
Design with love by CikBulat